Thursday, January 9, 2014

Al kisah buku animation

Al kisahnya Jumaat lepas kitaorang subuh-subuh sapi lagi dah masuk kereta sebab nak menghantar budak-budak pergi sekolah. 

Elok semua duduk dalam kereta...krekk...krek....tau tak bunyi apa? Bunyi engine kereta tak boleh start. Alternator kereta buat hal pulak so tak boleh nak start engine kereta. Masuk rumah baliklah kami semua. Nasib baik jugaklah sebab I memang kebetulan cuti hari tu. Tarik selimut baliklah jawapnya sebab mana ada bengkel kereta yang buka lagi. Dekat pukul 10-11 pagi baru mechanic datang betulkan kereta.

Cadangnya hari tu lepas hantar budak berdua tu pergi sekolah, kami nak pergi BB Plaza sebab nak cari buku Abang yang kena beli. Kedai kat BB Plaza tu jer yang ada jual buku tu. 

Lamanya tak masuk Jalan Bukit Bintang tu. Aduh sepanjang jalan korek sana sini untuk construction buat MRT. Pening kepala guwe masuk KL ni, boleh jadi stress jadinya.



terrer gaklah ayah budak-budak ni cari parking sebab turun escalator jer terus nampak kedai buku tu. Malapnyalah BB Plaza macam tak bermaya jer, harap kat Metrojaya jerlah kot. Itu pun tak ada orang kat Metrojaya. 


budak kecik ni sukalah kedai buku ni sebab segala macam buku animation ada dalam kedai ni


Nama kedai ni Basheer Graphic Books. Location kat tingkat 3 dekat dengan orang jual buah-buah dan minuman.



Inilah buku yang dicari-cari, Animator's Survival Kit. Siap cari kat MPH dan Popular pun tak ada. Dah nak hujung nak masuk sekolah balik, baru dia teringat yang kedai buku ni pernah datang kolej dia promote buku. Aduhlah hai anak.

Sempat jugaklah kami singgah makan tengahari kat Tugu Negara lepas Ayah dan Abang selesai solat Jumaat. Lupa nak tangkap gambar tempat makan tu. It's a nice place kat Tugu Negara tu where you can find kari kepala ikan yang sedap. Masa kami sampai pukul 2 lebih tu banyak lauk dah licin =(

Tapak kaki I ni dah lama sakit sebab ada serpihan tiles termasuk. Tried pulling it out myself guna tweezer dan pencungkil jerawat yang tajam tu but still tak boleh jugak nak korek. So sekarang ni kalau pijak lantai mesti sakit. Lepas balik dr makan tu singgah sekejap klinik sebab Abang komplen dia sakit perut so I teruslah suruh doktor tengokkan sekali kaki I. Doktor belek-belek dia suruh pergi hospital pulak sebab kena x ray.

Pung pang pung pang (malas nak story dah ni) kat Tropicana Medical Centre, there is a splinter dalam tapak kaki tu. 





Nampak tak yang kat penanda ada benda kecik warna putih. Itulah dia serpihan tiles pecah tu.

Specialist kata biarkan dulu dalam tu, tengok dia keluar sendiri ke tak sebab dia kata kalau dia buat nanti kena korek daging keluar and it will be more painful >.<
I have to come and see him again in 3 weeks time. Sekarang ni kalau pakai kasut tak sakit tapi kalau kat rumah pijak lantai memang sakit. 

Gitulah kisahnya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin