Showing posts with label annoying things. Show all posts
Showing posts with label annoying things. Show all posts

Friday, November 13, 2015

I've concluded that the more expensive the car the bigger snobs they've become

I rant a lot on my facebook page....sorry friends. 
Korang baca jerlah...kalau tak suka baca unfriend sajalah. 
Ehh bunyi macam sentap jer hahaha...

Anyway, lately I've encountered a few incident involving 'expensive cars'.

Snobs....they think just because they own a big expensive cars, they own the road.
Orang lain pun bayar road taxlah!

My facebook page screen shot is self-explanatory.







Tuesday, October 20, 2015

Marah sekali pun tak payahlah throw an insult

Makin teruk jerebu harini. I wonder whether school will open tomorrow.
Anyway, dikejutkan pulak harini dengan berita wabak thyphoid (demam kepialu).
Better stay indoor people.....orang yang bekerja tak ada choicelah kena jugak keluar bekerja. Tapi dalam office pun masih bau asap walaupun office air-conditioned.

Anyway, since the kids tak sekolah kenalah bawak derang keluar lunch. So the best place untuk makan indoor that I can think of is Tesco's food court. Lagipun kat situ ada makanan that I know the kids will eat. 


macam biasa mesti makan western. Tengahari ada promotion untuk some western food so I ordered chicken chop and soup for me. 

Tapi sebelum tu I nak cerita pasal kejadian kat kaunter makanan. There were chaos at the counter cause the customer and the cook had some miscommunication. Amoi (young chinese lady) tu order spaghetti with salad or something tapi cook tu buat spaghetti biasa. They were arguing at the counter sebab salah order.....mostly the amoi yang mengamuk kat situ. Cook tu kata dia tak boleh nak refund her money cause he keyed in already in the cashing machine. He instead offered to replaced her food. But the amoi dah mengamuk and said she wants to talk to the managerlah bagai tapi manager tak ada. Then she decline when the cook nak bagi replacement food. Siap cursing cook bangla tu siallah. Then siap cakap lagi....tak nak makanan baru sebab mana tahu nanti cook bangla tu ludah dalam makanan dia.

I was like.......amboii busuknya pikiran kau. Told my husband about the incident and my husband said ntah2 that girl dah selalu buat kat orang. Tu yang dia duk fikir orang nak ludah kat makanan dia. Selalunya kalau kita hati baik, kita takkan terfikir orang nak buat benda jahat kat kita melainkan we had the same intention to do to other people. 

Youngsters sekaranglah memang tak ada manners and tak respect orang lain. Salah dia jugak....yang dia pi order lain dari apa yang tertera kat menu tu sapa suruh. Pi complicatekan order....nasiblahkan. Told my children if the were ever rude or being disrespectful to other people tak kiralah siapa.....memang I lempang jer derang. 
Tengok mamat yang tampar bangla kat car wash tu ...kan dah kena reman dengan polis. Benda kecik bukannya tak boleh settlekan. You just need to be rational and be cool. Orang baran ni selalu rugi.



budak ni tak habis-habis dengan lasagna. Dia suruh I buat but mak kau tahu masak asam pedas jer =P
So she said she's gonna google how to cook lasagna


minah spaghetti sentiasa


Thai iced tea - RM7.30 (including GST) beli kat kiosk Chill Chill dalam Tesco Mutiara Damansara. Reminded me of Chiang Mai Thai tea ice-cream....sedapppp.


gambar pagi tadi. Tak ada intention pun nak selfie...sebenarnya nak tengok tudung okay ke tak guna camera phone. Sekali tengok timer on. Tudung tie-rack satin ni hanya boleh pakai time period saja sebab payah nak adjust. Pagi tadi pun terkial-kial nak pakai.

Friday, August 7, 2015

Beradablah sikit makan kat kedai


Husband Akak kata Akak terlampau sensitif. Ntahlah agaknya Akak ni memang spesis cepat terasa.

Ada 3 orang mamat duduk meja berdepan dengan Akak. Cakap dahlah punya kuat bertiga tu macamkan kedai tu rumah derang. Mengganggu pelanggan lain nak makan. Padtu ketawa terbahak-bahak macam kat rumah tokwan sendiri.


Tapi kalau kalau dah gini caranya memanglah Akak angin.
Tanggal kasut pastu kaki letak atas kerusi mengadap Akak.
Akak dah bagi tenungan tajam pun tak faham-faham. 
Akak rasa macam nak pergi terlangkupkan jer ABC tu atas kepala mamat tu.

Belajarlah sikit adab. Kedai makan bukan rumah kita.
Orang lain pun ada hak sebab orang lain pun paying customer.

Ntahlah orang muda sekarang ni makin kurang adab. Kalau anak aku....aku seligikan dia sekali!

Akak dah ban kedai tu. Malas dah Akak nak pergi makan situ lagi.


Thursday, November 13, 2014

It's a serious business (to me)

I take it seriously. 
I hate taugeh so the person taking my order should really take it seriously too.
There are times that they don't pay attention to my request no taugeh in my noodles and there's taugeh (lots of it)  in it. I feel like strangling that person 

cause this will happen

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Wednesday, October 8, 2014

Gentleman takkan

Ni Akak nak bagi nasihat sikit kat jantan-jantan sekelian. Jantan tau bukannya lelaki sebab ada beza antara dua ni.

Adalah satu hamba Allah ni everytime dia jumpa I every word yang keluar dari mulut dia mesti menyakitkan hati I. If you don't have anything nice to say, then please just zip your mouth.



Gentleman just don't :-

1) Tell straight to a lady's face that she's fat. 

Kalau cakap I gemuk I still boleh terima sebab I sedar memang I gemuk pun. Tapi kalau menambah perisa kata tak sedap mata dia memandang semua. Kau sapa dengan aku yang kau nak cakap macam tu. Tak ada pertalian apa-apa pun selain daripada kerja satu tempat.

Even my own husband don't criticized me that way, engkau pulak yang over. Tak suka tak payah terhegeh-hegeh datang jumpa I. Banyak lagi muka lain kau boleh jumpa. Aku tak suruh pun kau datang jumpa aku pastu duk nak brag nak meng'up'kan diri everytime.


2) Ask a question if someone is pregnant

Nak tanya boleh tapi agak-agaklah weh. Kalau orang tu tengah duduk kadang-kadang jacket atau baju dia macam mengelembung sikit. Pastu tanya bunyi macam sinis. Macam nak memerli. 

Kalau aku pregnant pun apa kau susah.....aku ada laki. Anak tu rezeki Allah bagi. Aku tak suruh pun kau bagi makan anak aku.


3) Bragging terlebih 

 Dialah paling bagus dapat tackle budak-budak kolej semua dan dapat travel overseas sokmo. Anak sendiri pun dah baya budak-budak pompuan kolej tu tapi tak sedar diri jugak. Dahlah cerita kat kita macam tak ada perasaan malu sekelumit pun. Malulah sikit wehh.....kau tu bukannya remaja lagi. Anyway, ada aku heran kau dapat travel gi merata-rata. Aku pun dah pergi dah overseas daripada sekolah rendah lagi ok. My parents can afford it. Itulah sian dah tua-tua baru nak dapat merasa dapat travel sana sini tu yang meriak tak hingat dunia.


I jarang tulis post marah-marah macam ni tapi species sekor ni semalam memang buat I hilang sabar sangat. Benci menyampah sangat. 
Bukannya I sorang jer yang tak suka dia, it seems that ramai lagi yang tak berkenan dengan perangai dia. 

Mungkin lepas ni kalau dia datang jumpa I lagi.....I'll just pretend to be deaf!



kalau handsome macam ni tak perlah jugak buat cuci mata =P




Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan 2014 - Day 9 teksi seram

I dah selamat habis baca novel Kerana Terpaksa Ku Relakan. Selagi tak qatam macam tak puas hati. Dalam kereta bergerak pun sanggup concentrate membaca. Bagus jugak sebab tak ada motion sickness - pening2 kalau membaca.   

Alangkah bagus kalau semangat ni dapata dipraktikkan dalam membaca Al- Quran. 
Lepas berbuka puasa jer mata automatically layu. Astagfrirullahalazim.


Kalau membaca novel ni banyak plot yang tak ada dalam TV. Lagi syok sebab detail penceritaannya. Boleh feeling lebih sikit. 

 Pastu tak adalah story si Wati dengan Yazid tu banyak sangat macam dalam TV....buat menyemak jer. Orang nak tengok scene Abang Zen dan Indah, ni sikit2 pi tunjuk dua ekor malaun tu buat apa. Ini pun dah berapa episod Abang Zen keluar 2/3 minit jer....hampeh.
Hero keluar 2/3 minit apa kehal.......tak feel tau.

Nak cerita ni. Last Monday I balik kerja naik teksi sebab kereta ada merajuk sikit.
Teksi stand yang terdekat dengan my ofis tentulah kat One Utama. 
Sampai-sampai rezeki terus dapat teksi. Tapi seram sikitlah.

I masuk-masuk jer teksi, baru I perasan yang semua lock pintu belakang dah patah. Dah lah pemandu teksi tu automatically lock the door. Dalam hati cuak giler ok. Kalau apa-apa jadi, nak buka macamana sebab sah-sah tak boleh nak tarik lock tu. 

Dalam hati duk berdoa kat Allah supaya peliharalah I. Takut siot.
Dahlah pemandu teksi tetiba nak promote kuih raya bini dia buat pastu siap nak whatsapps kat I. Isykkk....koser I nak bagi no tel I kat orang I tak kenal. So I pretend nanti I check fb page dia. 
Dalam perjalanan tu I buat biasa jer sembang-sembang dengan dia walaupun sebenarnya hati cuak gila. Handphone pun dalam genggaman jer...kalau apa2 buat emergency call jawapnya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi dengan selamat. 

Bukan nak burukkan orang tapi kita sebagai perempuan kena sentiasa berhati-hati. Selalunya I akan bawak payung kalau naik teksi tapi haritu boleh terlupa pulak. Kalau apa2 senang ku jolok/ ketuk jer. 

Pengajarannya lain kali kalau nak naik teksi, buka pintu teksi tu tengok dulu lock dia ok ke tak. 
Kalau pemandu teksi tu lain macam jer....silalah tunggu teksi lain.



jam tangan free dapat dari mekanik. Rezeki Abanglah berjam baru.

Monday, April 8, 2013

Tak faham




Tau musim mengundi dah tiba

Tapi yang tak fahamnya bila orang yang bukan calon yang beria-ia emotional bagai, kutuk sana-kutuk sini dalam facebook dan twitter. Kalau calon tu ku faham jugaklah sebab nak raih undi.

Ni tak masuk dalam gerakan calon pun tapi dia yang over berkempen.

*Garu kepala yang tak gatal*

Ada yang yang ku unfriend kat pesbuk ni kang. Rimasssssssss.....

Monday, October 15, 2012

Mesin jahit dan pompuan bimbo






The Mini Sewing Machine.~Simply Compact, Portable & Ideal for All Your Sewing Needs! RM69 Buy Now Value : RM138
Discount : 50%
You Save : RM69

•Sews in a durable chain locking stitch.
•Mini size, light, portable and with good space for guiding sewing cloth by hand
•Large spool can be used with rewinding device for easy replacement of bottom bobbin.
•Comes with pedal for easy foot control.

 
Comel tak sewing machine tu? Alamak membuak-buak rasa nak beli walaupun haram tak reti menjahit. Kadang-kadang tu ada rasa macam nak alter baju sendiri. Jahit tangan nampak tak kemas. Nak hantar pi tailor malas (+ kedekut).
 
Tapi kalau beli nanti tak reti guna pulak. Nak cucuk benang tang mana pun tak reti. I have no idea how to work this machine tapi apasallah hati ni teringin sangat nak beli. Ishhh...merepek sungguh.
 
Sapa dengar topik pagi Hot.FM hari ni?.

Kurang ajar betul caller pompuan yang  nak adakan 'Hari Poligami sedunia' tu. Ada ker cadangkan pada hari Poligami semua suami nak kawin lain tak payah mintak permission first wife. Apa ke punya pompuan ler. Mementang kau dah tunggu boyfren kau dua tahun untuk kawin tapi tak dapat kawin-kawin lagi sebab tak dapat permission wife dia, kau nak bagi cadangan macam tu. Pastu yang lebih kurang ajar tu sentence to 1st wife boyfriend dia lebih kurang macam ni, "Kalau laki kau dah ada orang lain, maknanya laki kau dah tak sayang kau.Mintak ajerlah cerai".
 
Memang betul bimbolah pumpuan ni. Takkanlah tak boleh nak fikir logik. Kalau boyfriend kau tu ikhlas nak kawin dengan kau, takkan dia buat kau tunggu dua tahun. Plus kalau dia dah tak sayang bini dia, I am sure dah lama dah dia ceraikan bini dia and kahwin dengan kau. Memamg tahap dungu ler kau ni.
Open your eyeslah women!

Lagi satu dahlah nak ambik hak orang, tak payah menyombong dan kurang ajar sangat boleh tak? Kalau kau merendah diri dan pandai ambik hati wife boyfren kau, mesti lembut sikit hati dia. Pompuan...pompuan bimbo. *geleng kepala sepuluh kali*



Friday, August 10, 2012

Ramadhan 2012 - Day 18 - MRT and sampul raya


Dah berbulan sebenarnya MRT ni bermeeting/discussion dengan penduduk Taman Tun yang rumah derang affected as laluan MRT. Ada a few rumah yang betul-betul dilaluan MRT, senang kata keluar pintu rumah jer terus nampak tiang MRT. One of the houses adalah rumah my parents. Tak sampai 6 kaki dari pintu rumah, they plan to build the MRT track. Cuba bayangkan macamana bisingnya nanti.

Pihak MRT pada mulanya bercadang untuk ambik a few houses yang terlalu dekat dengan tiang MRT dengan membayar pampasan harga rumah and take these few houses. But I guess the house value in Taman Tun are a bit expensive. Sebijik rumah teres 2 tingkat dah bernilai 1 juta lebih. Ura-ura sekarang pihak konsesi tak nak bayar pampasan harga rumah instead they will just 'adjust' the rules to allow them to build the MRT line.

Pedulik apa kalau tiang MRT tu depan rumah orang sekali pun. Tak pedulilah walaupun yang tinggal dikawasan tu semua kebanyakannya adalah retiree dan warga emas. Asalkan projek mereka dapat dijalankan dah cukup bagus. Tak payah fikirlah penat lelah orang masa membayar ansuran rumah sambil membesar anak dan keluarga. Ada mereka peduli....tidak sama sekali. Most of us have live in that area for more than 30 years. Suddenly they have to endure this kind of stress. Dah tua-tua pun kena duduk kawasan yang bising. MRT akan lalu at least sebijik every 15- 30 minutes. Kiralah berapa trip sehari. Expect a lot of lori akan keluar masuk dalam lorong rumah my parents masa pembinaan. Expect a lot of noise and habuk. Harga rumah pun akan for sure drop banyak. Siapa yang nak beli rumah betul-betul dekat dengan tiang MRT?. Bagus sangatlah untuk kesihatan warga emas.

Also expect me to vote the other party this year. Government tak tahu nak value voters and bekas pekerja kerajaan sendiri. If MRT agree to at least pay them the pampasan mengikut current house value, boleh jugaklah my parents pindah dan cari rumah lain. Ntahlah kecewa rasanya, especially my parents are a very loyal government servants and very loyal to the Government.

Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang

laluan MRT


my heart sinks bila nampak benda ni. They are already planning to cut down the trees in front of my parents house.

hmm ...mana nak parking kereta lepas ni tak tahulah.

MRT akan siap end of 2016 and expected to launch 2017. So nanti kalau lalu dilaluan TTDI, lambailah sikit kat rumah my parents cause you will be able to see it from the train. Also don't forget to thank those people who have to endure the noise polution daily.


sampul raya Deutsche Bank ni comelkan. Sayang pulak rasanya nak guna


Sorrylah for the emo post. But I seriously pity my parents sebab dah tua-tua kena endure this kind of things. Sepatutnya dah tua ni kena tenang, relax and happy.

Tuesday, June 19, 2012

I want Horlicks not Teh Tarik

This morning orang dah screw up my order.
I ask for Horlicks suam as usual tapi yang sampainya teh tarik.
Lama dah I avoid minum teh tarik sebab akan menyebabkan keanginan melampau (yang kemudiannya akan menyebabkan naik angin)
Satu perangai I, although dapat order yang salah.
I takkan pulangkan order tu sebab rasa macam menyusahkan orang nak buat air lain.
So redha jerlah makan/minum order yang salah walaupun sebenarnya bengang.
Separuh jerlah air teh tarik tu I minum.

I think bila early in the morning dah screw up.
The rest of the day akan follow sama terscrew up sama.
But anyway, my parents is back from Guangzhou Shenzen.
Awal-awal lagi my mother dah declare yang dia tak beli apa-apa pun from China.
My mom kata sama jer barang-barang kat China tu macam our trip last year.
So no gift for me. I get it Mom. :'(

Anyway, I don't know is it me or is it my department yang tak ngam dengan IT department.
Kesian Ikami asyiklah kena jerit dengan IT sampai my collegues pun dah naik fed up nak deal dengan IT Department.
Depa tu macam maksom sangat.
Tak bolehlah orang hantar komplen.
Cepat jerlah melentingnya.
Hari tu siap ada sessi antara kami mengutuk IT Dept.
Masing-masing meluahkan perasaan terbuku tak puas hati dengan IT Dept.
So I guess it's not me alone. Fuhh *kesat peluh*
Ingatkan I yang bermasalah hahahahaha....

Sekarang ni my stomach is so bloated.
Takkan makan laksa Johor boleh menyebabkan perut kembung gila ni?
My friend kata might be because of the spaghetti.
Spaghetti tu berangin ya?

Sooooooo bloated right now *sigh!*


No more teh tarik for me early in the morning.
Only Horlicks please!!!!


P/S: Baru jer dapat email dari boss memujuk kami supaya bersabar dengan IT Dept. I think she can sense that one of these days akan terjadi perang dunia ketiga kot hahahaha...


Friday, May 18, 2012

Please don't pinch my kid

Tak tahulah kenapa orang Asia ni suka sangat nak cubit-cubit cuit-cuit pipi anak orangkan, even strangers.

Petang semalam I naik (actually turun) satu lift with of our client. Baya uncle-uncle dah client tu. So I just tanyalah kenapa balik lambat sedangkan stock market tutup pukul 5. Masa I balik tu dah 5.30 petang. Tapi ntah apa ntah uncle tu merapu kata hari terang lagilah pastu kata dia nak pergi naik Genting dan turun balik besok pagi. Siap bagitau that he's a terrible gambler. Dalam hati cakap apalah orang tua ni merapu....mabuk ke apa?

Sekali dekat 2nd floor tu masuk a mat salleh couple with two young children. Salah sorang anak mat salleh tu duduk dalam stroller.

Si Uncle ni dengan selambanya tegur toadler tu macamlah kawan lama dia.
"Hey long time no see boy....how are you". Sambil tangan tu gatal pi pegang-pegang cubit pipi anak mat salleh tu.
I think the father sudah annoyed. Apa lagi kena soundlah uncle tu.
"Don't touch her....she's trying to eat", dengan muka kelat sangat.

Rasakan cubit lagi pipi anak orang, kan dah kena sound. Rasa akward gila masa tu. Nasib baiklah level yang I nak turun tu sampai. I pun terus keluar, kalau tak sure uncle (lalok) tu lagi malu.

Cerita pasal cubit mencubit cuit mencuit anak orang ni. I am seriously annoyed dengan mamak-mamak kat kedai makan tu. Who give them permission to touch my kids?. Kalau anak-anak I tu baby lagi tak perlah. Ni budak-budak perempuan berdua tu dah 10 & 12 tahun. Janganlah nak pi gatal-gatal usap kepalalah kacau-kacau anak aku. Pastu kekonon nak bergurau with my kids siap bawak lari barang-barang kami yang atas meja . Ada sorang tu pulak asyiklah kecek my kids punya handphone. Seriously annoying, sampaikan I dah rasa tak selesa nak pergi kedai makan tu lagi tapi tu kedai peberet ayah budak-budak ni pulak. 

I think lain kali I pi kedai mamak tu, I nak bawak ruler besi satu. Pegang jer anak I, I ketuk tangan depa sekali.

Amacam? Ok tak?

Thursday, May 3, 2012

Rasa nak lempang


1) Si Aril Fatah

tak kenal sapa Aril Fatah? Tak tengok Cinta Buat Emeldalah tu =P

Suka-suka kau pukul dan seret si Emelda tu ya Aril. If it was me.....teruk kau kena bantai balik Aril. Ingat senang-senang nak buli bini ke?. Emelda cepat ambik kelas Judo, karate, silat bagai....

Pantang sungguh dengan dengan lelaki dayus yang suka pukul isteri ni....haiyakkkkkk....karate sekali!




2) Orang-orang yang tak habis-habis mention pasal Bersih kat twitter dan facebook.
Tak kiralah parti pembangkang atau tidak.....dua-dua sama. Fitnah berluasa sana sini.
Cukup-cukup.....udah-udahlah tu. Aku dah naik meluat dan benci nak baca.



On a lighter note, it's a good news that budak yang kena kidnap kat Mount Kiara tu dah kembali ke pangkuan keluarga dia. Alhamdulillah.

Wednesday, April 25, 2012

Customer service itu penting

Kisah 1

Minggu lepas saya dah termarah bangsa jerit nak keluar anak tekak dekat customer service Maxis.

Rasa macam bersalah sangat lepas tu. Hubby siap cakap, pi marah budak customer service tu buat apa....dia buat kerja jer.

Ialah tapi cara dia explain tu membuatkan darah saya mendidih.

Kisahnya begini. Pada pertengahan bulan saya dapat bill talipon daripada Maxis. Saya belek-belek macam ehh apasal mahal pulak bil bulan ni. So beleklah satu-satu itemize billing tu. Itemize billing sangat penting okay so kita takkan ditipu oleh service provider.

Saya perasan yang Maxis telah mengecharge saya untuk supplimentary line 30. Bilalah pulak yang saya sup kan line talipon saya ni kat orang. Nombor talipon anak-anak semua, sup to their father's phone line. Dahlah nombor yang tak kenal langsung.

So saya pun reportlah kat Maxis kata saya tak ada supplimentary line, apasal charge saya?. So customer service kata dia akan buat launch lodge a report regarding the matter.

Besoknya, ada customer service Maxis call saya balik.
Dia kata yang supplimentary line 30 tu actually Maxis offer to their loyal customer, which is me lahkan. And it is free for 5 months.

Apalagi teruslah naik darah saya. Kau kata Maxis offer theline but nobody call me to ask for my consent/ permission whether I nak add another line or not. Plus nombor yang kau add tu nombor sapa? Habag sikit....nombor bapak hang ke?. Bukankah kalau I nak add supplimentary line, I should be the one yang decide which number yang I nak masukkan.
Then kau kata, it's free for 5 months....habis yang kau pi charge aku apahal?
Memang mengundang aku nak menagalahkan. Suka-suka hati jer nak pi add macam-macam service yang customer tak mintak.

I told the customer service to refund me back and cancel the supplimentary line immediately or else I'm gonna lodge a report to MCMC (Suruhanjaya Komunikasilah)

Wrong way of explaining telah membuatkan customer menaga. So terima jerlah. Sianlah pulak dengar budak tu apologize non stop. Tapi nak buat macamana saya cukup marah bila saya kena con.

Oleh itu people next time go through your itemize billing betul-betul.


Kisah 2 


Pagi tadi saya telah menalipon satu bank ini. Seksanyalah nak dapat line talipon. Kalau operator dah angkat dengar crossline pulak. So operator suruh call balik. Bila call balik sampai sudah tak dapat.

So I called another branch. Kali ni dapat bercakap dengar officer tapiiii.....
officernya adalah sangat sarcastic. Kalau kita ni tahu semua procedure bank, tak adalah kita call tanya. Ni jawap soalan kita macam nak perlekeh-lekehkan kita balik pulak. Paling sedap tu siap panggil kita "sayang". I am not sayang, I am a customer of the bank. Apa punya customer servicelah tak ada adab langsung.

There is a proper way to address your customers. Panggilan Puan, Tuan, Cik, Encik, Madam, Sir adalah lebih appropriate dari "Sayang"! Memang nak kena hantar traininglah derang ni.


Tajuk kisah 1 tu patutnya kena tukar to "Service provider con saya"!





Thursday, April 21, 2011

Update software in my sleep?

Saya adalah amat sensitif to hujan. Bila kena hujan walaupun sikit mulalah selsema.
So last night I took Zyrtec-D a cold medicine. It did help with my cold but I couldn't sleep a winch. I keep seeing this image in my head over and over again.


moral of the strory - lain kali sebelum tidur janganlah update software untuk iPhone dan iPad anda. Kan dah ternampak-nampak image ni jer =/

Also, perhaps I should take Zyrtec-D only in the morning instead of at night. Clarinese is better taken at night cause it causes you to feel sleepy.


Friday, April 8, 2011

Telur pun ada tiruan ke?

China ni semua benda kalau boleh nak ditirunya.

Anyway, here's how you differentiate between the original one and the clone egg.

Hope it's a useful tips


Friday, April 1, 2011

Kisah-kisah kena kejar

Semalam dah terbuka cerita tentang kena kejar anjing. Sebenarnya banyak lagi kisah kena kejar ni.
Antara kisah yang kena kejar yang I ingatlah ya...

Kisah 1
 (Dah macam cerita Sini Ada Hantu pulak)

Kisah ini masa I sekolah menengah dulu dalam form 4 atau 5 macam tu. Tapi tak terjadi kepada I, intead it happen to my classmates. My classmates ni sorang tinggi and sorang rendah. So one day as they were walking towards the school untuk pergi kokurikulum sekolah petang, they were chased by a dog. Disebabkan kawan I tu sorang tinggi dan sorang rendah, maka kepanjangan langkahan adalah amat berbeza. Kawan I yang tinggi tu sah-sahlah kaki dia lagi panjang plus she's an athlete...so jauhlah kawan I yang sorang lagi tu kena tinggi. Part yang tak tahan tu, bila kawang I yang panjang tu pusing tengok kawan I yang pendek tu rupanya terjatuh and anjing tu siap lompat atas my friend yang pendek tu sebab anjing tu focus nak kejar si panjang hahahaha....lawak. Tak boleh nak bayang. Time masa derang cerita tu derang dah boleh gelak-gelak, masa actual kena kejar anjing tu

Kisah 2

Dulu masa I sekolah rendah, I sekolah kat Damansara Utama. So balik rumah jalan kaki jerlah. Dulu jalan nak lintas tu tak tukar jadi highway lagi so oklah lagi nak cross jalan. Sekarang jangan haraplah dah jadi highway bersimpang siur. Masalahnya dulu, ada banyak lembu-lembu berkeliaran. Tuan punya lembu ni pun time budak-budak nak balik sekolahlah dia nak lepaskan lembu dia makan. Masa I darjah 4 dulu, I bawak bag sekolah merah menyala. Selalunya lembu-lembu tu tak adalah interested kat I tapi ada satu hari tu nasib malagg sungguhlah. My school bag sudah attract one lembulah...apa lagi kena kejarlah tak cukup tanah lari. Takut kena tanduk dengan lembu. Cross jalan pun masa tu lari dah tak ingat dunia, nasib baik tak kena langgar kereta. Tu pun sama kisah....bloody fool punya owner lembu.....sumpah jadi lembu kang baru tau.

Kisah 3

Sapa pernah kena kejar dengan nyah angkat tangan?
*angkat tangan* pelan-pelan
I pernah kena kejar dengan mak nyah. Hamlau betullah. Ni semua kawan-kawan I lah ni pandai sangat nak ikut short cut konon kat Chow Kit tu....kan dah kena kejar dengan nyah.
Masa tu kami dalam 5 ke atau 6 orang dalam satu group. Ada perempuan dengan lelaki. Kekonon nak ikutlah backlane jalan Chow Kit tu. Ingat reramai oklah....ramaikan. Sekali datang mak nyah ni kejar kitaorang semua.....bertempiaran semua lari.....padan muka.
Tapi sampai sekarang I tak dapat tangkap lagi kenapa mak nyah tu kejar kami.
*Garu kepala*

Kisah 4
Kisah yang ni paling haru sekalilah. Kalau diingat-ingat rasa macam nak belasah balik manusia tu. Tapi masa tu kami penakut.
Dulu I sekolah at CBN. So the best place to ambik bas balik rumah is at Central Market.
So I dengan kawan2 I yang duduk sama kawasan perumahan would walk together to the bus station. I ingat lagi masa tu kami bertiga. As we were walking towards CM ikut this macam bridge kecik. I have to explain that the bridge was quite sempit so orang macam berlaga-laga. Sekali dari arah bertentangan nampaklah macam sorang mamat rocker ni. Elok jer dekat nak bertembung dengan kami. Mamat tu pergi unzip and keluarkan his 'birdie'. Cilakak punya orang. Being a naive school girl....mau tak menjerit kitaorang dibuatnya. Dah tunjuk dahlah...ni dia pergi kejar kami. Apa lagi.....berteraburlah kami lari. I dengan kawan I lari masuk CM, my other friend lari ntah pergi mana. Masuk CM pergi carik pakguard dulu mengadu yang kami kena kejar dengan orang gila s*x. Bencik sungguhlahhhh. Agaknya dia nampak kami berdiri dekat pak guard tu terus dia blah. Psiko punya orang.
Nasib baiklah kawan I yang sorang lagi tu selamat. Kalau diingat balik geram sungguhlah!!

Kisah 5
Saya terrer pernah kena kejar dengan cikgu sebab ponteng kelas....hahaha. Adoii kalau ingat-ingat balik tergelak sorang-sorang. Kekonon beramai-ramai dalam 5-6 orang nak ponteng kelas bio. Sekali cikgu cari sebab tak masuk lab. Ingat dah cukup cerdik dah menyorok dalam kelas tutup pintu dengan cermin tingkap semua. Sekali cikgu taulah pulak. Apalagi bertempiaran jugaklah semua lari. I dengan baju kurung siap lompat pokok pagar tinggi betis. Time tu dalam otak duk pijir tak nak kena tangkap dengan cikgu jer...udah ler pengawas sekolah hahaha....
Kena jugak sebab sah-sahlah cikgu perasan sapa...awak pakai baju kaler biru lain daripada orang lain. Notti boleh tahan gak masa sekolah dulu =)



Ada lagi kisah-kisah kena kejar ni tapi memandangkan bahu dah stiff sangat lain kalilah sambung ya.
So any of you pernah kena kejar? Storylah =)


Thursday, March 10, 2011

Bila adik saya mengamuk

Adik saya baru call and marah-marah. Ehh bukan pasal I tapi pasal maid kami yang mengada-ngada tu. I've blog about my maid before.

So after she said dia tak nak sambung lagi kerja dan nak balik Indonesia kami pun dah dapatlah replacement maid. Dah sampai pun maid baru tu tetiba bibik lama kata dia nak sambunglah pulak kerja tak jadi balik. Gatal ke tak gatal.....menyusahkan orang sungguhkan. Since my mom insist nak jugak bibik lama tu kerja dengan kami walaupun dah dapat replacement maid, we give in lah. Bagi chancelah dia kerja lagi. My mom siap nak top up lagi gaji dia.

Bibik baru tu nasib baiklah my brother in-law's aunty nak sebab maid dia dah lari. So now we are stuck with the old bibik.
The latest news is that Bibik's husband is now in Malaysia. Working herelah I presume.

Since her husband dah ada kat sini, Bibik sudah demandlah hari Sabtu dengan Ahad dia tak nak kerja. Dia ingat dia kerja opiskah?. Makan dan tempat tinggal semua pun ditanggung free. Itu pun dia yang lebih mengadap cerita Indon tengah-tengahari buta sampaikan anak I boleh hafal dah pukul berapa cerita-cerita Indon ni semua kat Astro Awana.

Kalau tahu macam ni baiklah kitaorang stick dengan bibik baru tu jer. Gaji pun bayar lebih rendah plus tak adalah nak demand itu ini. Bonda sayalah ni bagi sangat muka kat bibik tu...kan dah kena pijak kepala.

Ni yang dikatakan dah bagi peha nak betis. Ada pulak yang kena nanti....my sister tengah nak meletup tu......ada pulak yang kena lesing ni kang.

Monday, February 28, 2011

Email dan SMS-SMS yang menjengkelkan

Have any of you receive an email or text message yang rasa macam kalau jumpa orang ni macam nak strangle2 manusianya....geram sungguhlah.


Contoh-contoh SMS yang I got recently yang memang menjengkelkan hati I sungguh.

Contoh 1



I don't have an Indonesian uncle. Anyway if you have any problem at the police station...IT IS NOT MY PROBLEM!!. Cukup-cukuplah conman. 


Contoh 2


Adalah bagus kalau professor you dah jumpa penawar kencing manis. Tapi adalah lebih baik dipublish dalam Medical Journal dari sms kepada random umat manusia. Buat habis credit jerkan.


Contoh 3

hak ni memang I rasa conman sungguh. I actually dah rasa ni bukan Shell yang hantar ni. Bila I suruh my hubby call the number ask the person regarding menang hadiah ni. The person said he will call back tapi hampeh......and I am still waiting for my cheque SHELL.
Eja promosion pun salah...promosi jerlah =P


Contoh 4

Kecik sangat ya...jap I type balik.

Hello with love,



I am cynthia single I view your profile and become interested in knowing more about you for important discussion reply to me via my mail address (cynthia.azamawilliam@yahoo.com) i will send my pics later.


Yours


cynthia



Hello with love tu yang tak tahan....alloo...kau ingat I lesbo ke?
Send your pic for what? Psiko ker?
 
 
Contoh 5
 
Don't you think I would know if it's my dad's handphone number you idiot?
Anyway my dad never calls himself Ayah and kalau betul my dad kat police station...my mom would be frantically calling me. Tak payah tunggu my dad call pun.

EEE....geram sungguhlah.
Nombor-nombor talipon mereka adalah sengaja tidak didelete sebagai pemberitahuan kepada orang lain suapaya berhati-hati jangan sampai terpedaya.

Sekian. Terima Kasih.

Monday, February 14, 2011

Post khas buat Unifi

Hilang mood I hari ni. Serious terus down satu hari. Semua disebabkan oleh Unifi.
Semalam petir dengan guruh kuat sangat. Dalam hati I dah kata hmm...ada potensi down lagi Unifi ni. Memang betul pun sangkaanku cempedak jadi nangka.
Lepas kilat tu terus Unifi down. Semalam jugaklah I buat laporan kat customer service Unifi.

Pagi ni sedang I bercakap dengan customer service Unifi, technician Unifi call. Terus berasap kepala dengar yang they can only come on the 21st February. Woiii ...Unifi korang tau tak that is like a week from today. They said that my area tu selalu masalah...so is that MY PROBLEM?. Sah-sah ler kena sound dengan I. I gave them a piece of my mind!



Hari tu dari 1hb Feb sampai 5hb Feb I dah out of internet cause they can't send their technician earlier. Sangap okay 5 hari tak ada internet ini kalau 7 hari lagilah sangap.I seriously don't understand why it takes so long for them to fix the problem. Kalau tak cukup manpower, silalah tambah pekerja so that tak adalah customer bengang. TM, you are in a service industry so better buckle up!

I decided to write a complaint to Unifi through their online feedback form. Guess what....tak boleh  submitlah pulak. Bagus sesangatkan Unifi....bagus....syabas.

Tak per tak dapat submit complaint online, I hantar complaint email to them. After the email, ntah depa baca ke tak I pun tak tahulahkan I received another phone call from Unifi. They said that they can send a technician to fix my problem this Thursday. Boleh pulak cepatkan....serius I tak faham.

A friend suggested that I call every 5 minutes sampai derang datang betulkan. Extreme sangatlah pulakkan. Lagipun tak kuasa I nak call every 5 minutes...banyak lagi kerja lain nak buat other than harrassing orang Unifi.

Ada kawan yang kata derang tak ada problem using Streamyx. Betull....tapii.....
Streamyx lembab nak download and upload. Kekadang sampai berjanggut nak tunggu habis.

So conclusionnya...I lah mentimun disini kena gelek dengan durian (Unifi). Nasiblah labu....tapi I tak nak bayar hari yang I tak dapat guna service derang...boleh belahlah nak mengayakan lagi big corporation ni.



pompuan lemau yang pakai tudung tak gosok hari ni....belasah jerlah. Mood off sikit hari ni

Wednesday, July 14, 2010

Block nose and annoying people

Started my day with breakfast orang belanja. Murah rezeki....Alhamdulillah.





two? 
 
one for my boss yang sekarang sibuk hari-hari ada farewell lunch.
 
Kinda tough day for me cause cakap dengan orang pun tercungap-cungap sebab tak cukup nafas because of the cold. Discussion dengan boss pun sampai dia suruh I take a break sebab I was really gasping for air. Bad...bad...cold....selsema oh selsema.

My cold medicine is missing. Can't find it anywhere :'(
Manalah agaknya ku letak. Man...sometime macam ada amnesia pulak tak ingat manalah I letak my medicine ni. Strottt...hidung tersumbat....
 







lunch today...Dave Deli's 1/4 chicken. Not so good and their service really sucks. Macam tak nak layan customer jer patutlah kosong jer tempat tu. Not coming to this place again. Nak kena panggil a few times barulah nak datang tanya nak order apa. Teruk sungguhlah customer service kat Malaysia ni, memang kena improve banyak especially on hospitality services.

Another incident yang tak sedap adalah, while me and my friend were inside the ladies (toilet). This one guy a supervisor there, main masuk jer dalam ladies toilet tu, marah-marah the Indonesian cleaner. Sungguh kurang asam ok sebab dia dah nampak both of us in the toilet, dia boleh berdiri lagi dalam toilet tu lama-lama. Dahlah masa tu my friend tengah bukak tudung sebab nak pakai anak tudung kat dalam. Ada dekat 5 minit kot dia dalam toilet tu membebel about the cleaner tak bersihkan toilet betul-betul. Feel like complaining to the Mall's managementlah. Summore, we already gave him the disapproving look pun dia masih buat tak tau lagi. Cannot imagine kalau tak ada orang lain dalam toilet tu....isyykk...bahaya sungguh.

I'm still trying to find my cold medicine...manalah I misplace ni?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin