Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Monday, November 9, 2015

Edisi borong jangan tak borong katanya- Star Hype Fiesta - Vol 6

Sabtu lepas ada weekend market lagi di The Strand - Star Hype Fiesta - Vol 6. Akak kalau dengar ada food and fashion festival vendors macam ni mulalah tak senang duduk hahaha. 

Tajuk macam Akak memborong banyak sangatkan. Taklah Akak borong lite-lite jer...Akak sedor diri lagi.

Sementara tunggu Adik pergi kelas gitar dia, Mama dan Kakak ambik kesempatanlah shopping. Kali ni tak banyak sangat stalls, only half jer kawasan depan The Strands digunakan oleh vendors. Tapi boleh tahanlah jugak banyak vendors.



tuan belog dan anak daranya....all my kids are taller than me. 
Who say life is fair.....shortest in the family #cry 


walaupun hujan ramai jugaklah crowd Saturday tu


somehow most of my photos are blurry cause ambik gambar laju-lajukan...pastu Kakak duk marah sebab I duk sibuk nak snap semua gambar LOL


stall jual Keknis shawl ni yang paling 'hot. Laku sungguh sebab murah kot shawlnya...sehelai RM10 jer. Pastu macam-macam kaler ada.


Akak borong gak kat sini ....nanti Akak tunjuk kaler apa yang Akak beli



Penat jalan kita singgah beli air pulak....ni gerai jual air macam Starbuck tapi pirate punya.
Haritu Akak beli satu cawan dalam RM7.....sedap gaklah.


Kami beli baked pasta dan baked beef meatballs at RM5 each.
Makan sementara tunggu Adik habis kelas gitar. 



Tiffin ni Akak berkenan sangat tapi quite pricey jugaklah. 
Nasib baiklahs edar diri yang tiffin/ mangkuk tingkat biasa kat rumah tu pun tak guna sangat pastu ada hati nak beli tiffin kaler-kaler ni. Udah...tak payah mengada-ngada!


Ahad repeat balik datang Star Hype Fiesta sebab budak kecik ni nak pergi jugak.
No problemo......Mama pun ada agenda lagi ni hahaha



selaku pengumpul pin tudung.......ini mesti beli. Comel-comel pulak tu.


nasib baik mak tak ada baby kecik kalau tak mau borong kasut  kecik-kecik ni...alololo comelnyaaaa. Cuba tengok boot yang kaler coklat tu....ee...rasa nak gigit-gigit #sindromtakadababykecik


Akak ada ternampak sebelum ni kat IG Ayaq Kopi/ Teh ni so belilah sebotol.
Harganya RM5...rasanya macam air tehlah LOL.





Lawa tak tudung pink Akak?. Tu tudung RM10 Keknislah tu.

Okay mari kita post-mortem barang-barang yang Akak beli Sabtu dan Ahad dengan vendor-vendor di Star Hype Fiesta.



sponge berbentuk telur. 
Puas Akak cari di Sephora dan tempat-tempat lain. Terjumpa pulak di satu booth.
Purchase paling win bagi Akak. Price RM15.
Senang Akak nak blending foundation/ concealer sekarang.
Harap-harap muka Akak bertambah gorgeouslah lepas ni..kalau hauk jugak tu memang sejak azalilah. Cannot do anything dah =P


hari pertama Akak beli 3 helai tudung Kek. Best tudung ni sebab lepas basuh tak payah gogok terus zas terus pakai. Material dia heavy chiffon georgette.


hari kedua Akak beli lagi sehelai tudung Keknis.
Akak beli 3 batang pin tudung comel-come; for  RM12 dan serum untuk eyelashes for RM5.
Akak dah pakai serum tu harini untuk panjangkan bulu mata tapi Akak tengok sama jer panjang bulu mata Akak ni....lantak situlah. 


Adik pulak beli 3 peelable naiil polish. Satu RM5.
Ni pun nyorok-nyorok dari ayahnya...kalau ayahnya nampak bising 10 hari 10 malam tak boleh bawak solatlah. Ialah kita pakai time bendera merah jer Ayah oii.

Harap-harap minggu depan tak ada dah ler festival-festival ni......kopak Akak dibuatnya hahaha...


Wednesday, May 6, 2015

Kunjungan ke Vendville dan Vendeur Festival

Ahad lepas Akak ke Vendville di The Strands Kota Damanasara.
Impromptu visit saja sebenarnya. Sebenarnya malas nak pergi sebab tengok IG post ramai manusia pastu kena ambik nombor giliran nak masuk. 
Tapi Akak terjebak jugak sebab BFF Akak ajak. Anasir jahat sangat tau....sebenarnya sama jer naik gatal nak pergi tengok apa yang best sangat kat situ hahaha...

Ingatkan hari kedua dah tak payah beratur lagi nak masuk butik. 
Silap disitu okay, Akak tetap kena beratur walaupun 10 minit. 
Kawan Akak kata hari pertama butik bukak dia kena tunggu 2 jam. 
Dapat no giliran 400 lebih. Pitam!


Nasib baiklah depan kitaorang sorang jer tapi nak masuk butik macam nak masuk peti besi Bank Negara.



Ni jerlah gambar yang Akak sempat snap dalam butik. 
Seganlah pulak nak snap gambar banyak-banyak.

Kesimpulannya kitaorang keluar tangan kosong sebab tak ada satu pun baju atau tudung yang kitaorang berkenan. Full stop. 

Cuma nak cakap maybe they can improve more on their customer service and get better trained staff. Kawan Akak kata nak try baju pun tak boleh sebab fitting room depa letak stock barang. Pastu kawan Akak kata cashier tu so unfriendly. Penat agaknya melayan customer ramai sangat tapi kita berniaga ni kenalah manis muka dan mulut baru orang suka.

Tapi ini personal opinion Akak jer tau.

Akak prefer pergi Modvier lagi banyak brand muslimah designer yang famous amos kat situ dan choices are much better.

End up kitaorang pergi Vendeur Festival kat open space The Strand Mall.
Sini lagi banyak choice yang cantik-cantik dan reasonable price.


mak dan anak. 


cantikkan skirt ni tapi tak ada fitting room so tak boleh nak try
Makcik ni borong banyak gaklah baju. Pastu dia nak beli this one skirt with embelishment....mana nak pergi pakai skirt heavy macam tu. Lainlah ada function hehehe..



Akak tak ambik gambar banyak sebab sibuk membelek tudung, jubah, baju segala kat sini.
Rambang gaklah mata. 


End up ini jer yang Akak beli haritu. 3 pin tudung for RM10.

Alhamdulillah selamat godaan nafsu nafsi hehehehe....

Wednesday, April 29, 2015

Baju raya Emel by Melinda Looi


 
Dua bulan saja lagi Aidilfitri akan menjelang. Puasa pun tak habis ganti lagi dah cakap pasal hari raya....sabar jerlah. Semangat nak puasa dan raya dah berkobar-kobar ni.

Tapikan risau jugaklah sebab tahun ni macam tak sempat dah nak beli kain dan hantar tempah. Kalau hantar pun rasanya kedai jahit pun dah tak ambik tempahan. 

Pening ....pening kepala....padan muka jugaklah sebab tiap-tiap tahun pun macam ni last minit baru nak terkocoh-kocoh cari baju raya.   

Tapi nasib baiklah jugak sekarang ni nak cari baju raya yang cantik-cantik dihujung jari sahaja. 

I am so glad that I came across koleksi baju raya Emel by Melinda Looi . 

Senang kerja Akak tahun ni. Tenaga dan duit minyak pun save. Tak payah susah-susah nak meredah butik untuk cari baju raya Akak dan budak-budak.

Cantik-cantik sangat koleksi baju Melinda Looi tahun ni special untuk menyambut hari lebaran. Rambang mata nak pilih,kalau boleh semua pun nak. 


I am a sucker for pink color.....nama pun Pink Mama pasal tu kalau nampak baju kaler pink laju jer nak sambar. 

Baju kurung bunga kuning tu pun sweet sangat. Kalau sapa-sapa yang pergi rumah bakal mak mertua mesti dapat green light sebab nampak sopan sangat.



Image result for emel by melinda looi zaloraImage result for emel by melinda looi zalora

Boleh beli untuk Adik dan Kakak sekali ni. Boleh bayangkan kalau budak-budak tu pakai masa raya mesti sweet sangat. Tak habis-habis sweet, tapi memang sweet pun koleksi Melinda Looi kali ni.



Alahai lawanya yang pink tu.....yang ni pun I berkenan. 
Macamana ni...kalaulah duit boleh petik kat pokok semua koleksi Melinda Looi I sambar.


Design dua kat atas ni pun sesuai sangat dengan remaja. Sweet and simple. 
Sesuai untuk Kakak dan Adik pakai di Aidilfitri. 
Baju potongan lebih kurang sama tapi color lain. Budak berdua tu sekarang tak mahu dah pakai baju yang identical, almaklumlah dua-dua pun dah teenager. Malu orang panggil boria.
Nampaknya kena sambar cepat ni sebelum kehabisan stok.




Tapi dalam banyak-banyak Akak paling berkenan yang purple ni sebab nampak sopan sophisticated sesuailah untuk fesyen ibu-ibu macam Akak. 

Akak nak pergi online shopping ni. Korang pun kalau susah-susah sangat nak cari baju raya cepat klik link atas tu. Akak tengok tadi kat Zalora baju-baju Melinda Looi pun ada tengah ada diskaun. Apa lagi cepat sebelum menyesal tak dapat beli nanti.
Selamat menyopping baju raya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin