Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Password

bila orang bagi password hhh123

janganlah pulak kau pepandai letak hhh1234


memanglah tak boleh Syaitonnnn!!!


Ha ...kan dah kena sekali...geram pulak haku!


Monday, October 5, 2015

RA Goes to Thailand - Sawadeekap


Assalamualaikum,

Sorry for the short hiatus.....tak ada orang rindu Akak pun kan. 
Akak menghilangkan diri 4 hari sebab dari hari Khamis lepas Akak berlepas ke Chiang Mai, Thailand untuk company team building for 3 days.

Nanti lepas Akak habis resize semua gambar-gambar Akak semasa di Chiang Mai, Akak akan post kat sini okay. 


Missing the laidback Chiang Mai town and the clean air.
At least dapat gak Akak hirup udara segar selama 3 hari. 


so stay tune for my updates. 

Sawadeekap...kap kung kap....makan ikan siakap......


Tuesday, August 11, 2015

Jamuan Raya opis

Minggu terakhir Syawal baru kami seofis berkesempatan nak buat jamuan makan.
Kitaorang kutip sorang RM10 pastu order jer makanan dari ex-staff.

Gambar semua random tak ikut susunan sebab Akak malas. Senang alasan gitukan.


barisan jelitawan opis Akak. 
Terpaksa Akak nyorok separuh badan kalau tak nampak sangat Akak gadang diri tepi manusia-manusia kurus ni semua


Tamak...semua nak sumbat dalam satu pinggan
Dalam pinggan Akak ada rendang ayam, nasi impit, lemang, kuah lontong dan watermelon.
Bihun Akak tambah kemudian. Tak ambik pulak gambar sebab sedap sangat melahap.
Kuih karipap dan kuih satu lagi tu pun Akak tak snap gambar.





muka tak ready. Dah macam apa muka Akak.


Ahh better...semua orang dah pose.
Ni antara opismet Akak. Ramai lagi tapi tahun ni derang sibuk so semua makan kat meja masing-masing.





Bukan nak menolong tapi menyibuk nak tangkap gambar





Penuh sederet meja dengan makanan. Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap dan cukup-cukup.
So tak ada pembaziran. Air oren Akak minum bercawan-cawan sebab sedap.


Nampak tak Akak gadang berdiri sebelah orang-orang kurus. Akak posing menyenget pun still tak nampak kurus. Menyampah Akak tau. 

Inilah ruang yang budak-budak opis exercise beryoga. Opis ni pelik sikit semua menyempit kat depan tu pastu ada space kosong kat tengah-tengah. Ntah apa-apa.

Harap-harap tahun depan jamuan Raya adalah kambing golek sekor. 


Friday, April 10, 2015

Ketegag sungguh


Eeee....ada sorang umat manusia ni kat opis Akak ni ketegag sungguh. Akak rasa macam nak cekik-cekik dia sebab ketegag sangat.

Nasib baiklah jugak Akak muhasabah diri......keep calm hari ni dah Jumaat. Kalau tak mau aku pulas-pulas telinga dia!!!

Tarik napas lepasssss...tarik napas....lepasssss (sambil buat yoga pose untuk inner peace)






sapa-sapa yang tak tahu makna ketegag tu pi tanya kawan-kawan yang orang utara.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin