Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Padan muka

My 3 year old Macbook Air went kaput yesterday.....tak leh nak tengok apa sebab screen dia tukar jadi warna putih. Padan muka cause it's all my own fault. 

Kisahnya semalam I sakit kepala dan sinus teruk. Dah tau sakit kepala bukannya nak tido tapi gatal nak download TV series baru.

My favorite TV series dah ada balik for Fall season. Semalam tengok New Girl dan The Mindy project dah ada. Tapi tak boleh nak download for some reason. Tension makcik jadinya.

 Tapi lately ni my Macbook ada macam cookoo sikit. Bila I nak buka page baru, icon tu akan pusing-pusing tapi tak bukak-bukak jugak. So yesterday, fuse I pendek sikit......tak sabarkan. I pi reboot dia 2 /3 kali.....pastu terus sadakallahullazim jadinya.

Disebabkan tau salah sendiri, tak adalah rasa sedih sangat.......or was it the effect of the panadol and flu medicine that makes me have no feelings.....more to mengantuk masa tu. 

Lantak kaulah situ Macbook. Hari ni nak hantar dia pergi repair.....tengok how much is the damage. Kalau mahal sangat....ada yang I trade in dan beli Macbook Pro ni kang. Tapi dear hubby sure tak bagi punya :(

Takkan nak beli Lenovo jer kot....tak besh lah =P


************************************************************************

Masa pergi Alamanda hari tu, sementara tunggu budak-budak tu beli aiskrim kami duduk lepak kat bangku depan McD. Depan tu adalah booth jual deoderant, shampoo and so on lah barang-barang Guardian. Duklah perati amoi-amoi tu buat promosi. . Beli barang dapat headphone. OMG......I tak tahu kenapa buat I am a sucker for free gifts. Kalau ada barang free mulalah menggediks nak pergi beli walaupun sebenarnya tak guna.
Tak payah promosi pun kat I susah-susah sebab I willingly go and buy hahaha....

So instead of buying 1 penyembur badan, I end up buying two penyembur badan and a shampoo yang tak tahu bila nak guna cause I just bought a bottle of shampoo untuk yang bertudung (siap pesan my husband jangan guna cause it's for orang yang bertudung sahaja lol).
Beli sebab nak dapat satu headphone dan voucher KFC RM5.00. Tapi amoi tu bagus sebab she gave me lots of free gifts. I dapat 2 mini deodorent and 2 mini shampoos. Which I bagi to my kids.

Senang sangat nak ambil hati saya....bagi jer free gift. 


Monday, January 7, 2013

Smoky atau Natural

One of my weaknesses is makeup. So bila ada yang cucuk jarum recommend makeup baru yang best, mulalah menggelupur macam cacing kepanasan nak membeli.

So semalam sanggup ke Sephora Paradigm Mall semata-mata nak beli palette makeup baru.



blame it on this makcik yang telah berjaya menghasut I beli. Dia kata palette eyeshadow Sephora ni best sangat. By the way lawa tak my MAC lipstick?. Kalau suka cari color Chatterbox.


Pro lesson pallette Sephora ni ada macam-macam kaler ikut warna mata kita. Memandangkan mata I brown so kita pilihlah palette untuk Brown Eyes. Kalau mata korang hijau, korang pilihlah untuk Green eyes. Gitulah konsepnya.

Palette ni harganyaRM115



yang best about this palette is that ada instruction dalam tu how tu apply the eyeshadow.

Ada 6 eyeshadow colors. Sebelah untuk dapatkan natural eye and satu lagi for smoky eyes.

Senangkan....just follow the instructions.



seronok tengok budak-budak tu main tangkap-tangkap air pancut tu




ini hasil pakai palette eyeshadow baru. 

Tak nampak sangat sebab pagi tadi tergesa-gesa nak cepat pergi kerja. 

Besok nak cuba lagi dengan lebih gigih.

Friday, January 4, 2013

Tengah gila accessories

Ntah apahal ntah lately ni suka sangat beli accessories. Pantang nampak mesti nak beli.



Cincin and bracelet tu beli kat this one shop yang naru buka kat Level 2 depan entrance Jusco Bandar Utama. Kebetulan hari tu hari pembukaan, so purchases yang lebih RM50 dapat RM10 rebate. Woohoo...suker..


iPhone cover ni pulak beli kat ada this one whosale shop kat Jalan Petaling. Murah jer dalam RM24



cincin ni terkenan lepas ternampak blogger Shea Rasul pakai kat dalam blog dia.
Pi carik kat Diva ya. Harga tak ingatlah pulak. Actually cincin ni terbesar sikit. Sanggup I gi lilit benang kat bawah tu so dia jadi ketat.


ribbon rings ni beli kat The Curve. Cutekan...matchy matchy with Kakak


cincin ni pulak beli kat Butik Colors One Utama. Harga dia RM20++ . Faktor umur ni mulalah susah nak ingat harga barang yang dah dibeli.

Itu jerlah nak cerita. Kepala ting tong sangat ni lepas makan ubat muscle relaxant tadi. Jalan pergi toilet tadi terhuyung hayang macam mat pit. Fuhh lain kali memang tak boleh makanlah ubat ni time kerja sebab rasa macam nak tidur jer bawah meja ni.

Wednesday, December 26, 2012

The Curve Christmas Deco


Sabtu lepas plannya nak pergi Tesco sebab nak pergi beli groceries sikit-sikit. Alang-alang dah sampai Tesco mutiara Damansara tu teruslahkan ke The Curve. Tersinggah sekali kat Metrojaya dan terbeli barang. Banyaklah terbeli kan....sebenarnya memang niat nak beli pun.

Christmas deco at The Curve ni tak pernah mengecewakan. Tiap-tiap tahun mesti lain-lain idea and gerenti meletup cantik.













Little fairies. Cutekan

My little fairy. Budajk ni gak yang happy bila orang tangkap gambar dia. Budak berdua lagi tu dah tak nak ambik gambar dah >.<
Budak ni sekarang dah tak suka pink tapi dia menggila suka kaler purple pulak. I think I should change my blog name to She Loves Purple-lah.
Beli cincin sama. Satu untuk mama and lagi satu for Kakak.
Cantik tak Adik lukis komik.
Berbaloi beli perfume kat Metrojaya sebab dapat voucher RM30 plus a few miniatures perfumes.

Voucher RM30 tu ayah bebudak ni beli stokin dengan boxer shorts dia. Isykkk nyosal pulak den kasik kat dia. Kalau tak boleh beli kasut sepasang =P

Oklah....nak sambung balik kerja. Sian orang yang berkerja ni kan. 

Bagi orang yang cuti sampai hujung tahun tu....I jeles tau!!



Monday, September 10, 2012

Rahsia kecantikan (saya)


Macamlah cantik sangatkan =P


Ramai (ramai ke?) yang tanya about my complexion. Alhamdulillah setakat ni tak banyak masalah kecuali adalah jerawat seketul dua yang degil nak keluar especially "that time of the month"

Antara produk pencuci yang I guna on a daily basis




1)Mustika Ratu Sari Jeruk Nipis untuk remove my makeup. I guna produk ni dah lebih 15 tahun. Dulu my face ada banyak masalah jerawat especially masa sedang membesar, masa tu hormon badan tak menentu so banyaklah jerawat. Sejak guna produk ni, Alhamdulillah banyak kurang masalah jerawat sampai licinlah muka memancar-mancar

2) Safi Rania Gold Gel pembersih Wajah sebagai pencuci muka. Bila tukar pencuci muka lain, mulalah jerawat semua tumbuh =(
I ada baca dalam majalah In-Trend kalau tak silap, produk ni bagus sebab dia ada habuk-habus(nano) emas. Kira macam kita bersihkan muka dengan emaslah. Tak dapat pakai susuk emas, pakai jerlah pencuci muka emas.

3) O'slee Rosehip Beauty Solution. Toner ni memang best. Selalunya I guna sebelum I sapukan my BB Cream. I dapat tips ni pun daripada beautician. Kalau nak makeup long lasting, sapukan dulu toner then only apply makeup kita.

dan.....

sebelum tidur I akan pakai 



4)Trilogy Rosehip Oil. See baguskan Rosehip ni. Titikkan aja 2 titik atas tangan dan sapu rata ke satu muka. 20ml ni dalam RM66.00.

Ada jugak petua orang tua-tua, kalau nak muka berseri-seri jangan tengok cermin malam-malam. Dulu masa muda-muda pantang jugak tengok cermin malam-malam sebab takut hilang seri tapi sekarang.....hmm selagi nampak cermin selagi tulah nak belek muka =P

So itu sajalah....tak ada rahsia pun. Lepas ni kalau ada orang tanya lagi, sialah rujuk belog saya =P





- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 3, 2012

Magazines


I went overboard buying magazines this month.


there's Glam (which came with the Glam Lelaki),
HIjabista and In-Trend. Next time don't leave me alone cause I'll wonder into bookshop and start buying magazines to kill my time.

Apa penyakit ntah bulan ni beli banyak sangat majalah. Now I dah kena sawan nak beli handbag...ohh Coach...ohh Prada....penyakit...penyakit.Tak tidur malam terkenang si Prada biru.Bilalah nak kena durian runtuh ni.Lama dah tak kena penyakit sawan beli handbag ni. 

Blame it all on the magazines :'(

Tapi, Datin Norjuma memang cantik jelita nampak muda remaja dalam majalah In-Trend. Kalau tak percaya pergilah beli atau browse thru majalah tu (ehh nak menjebakkan orang pulak ya)


katalog IKEA ni pun sama bahaya macam majalah-majalah atas =P


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, February 11, 2012

Long vs short

Selasa lepas bawak the girls potong rambut. Derang yang beria-ia nak potong rambut after diracun by their father >.<

Ayah derang memang dah lama suruh potong rambut budak-budak ni sebab dia rimas but I yang sayang sebab dah panjang. It takes almost 3 years for their hair to grow that long. 

I finally gave in after Adik beria-ia nak potong rambut. Anyway, it's getting harder to comb her long hair sebab rambut dia tangles. Tangle teruk sampai kadang-kadang in the morning on school days, I just tie her hair without combing the lower end of the hair sebab sikat pun boleh patah.

My sister brought her 4 year old for a haircut the day before at TTDI and it cost RM25 for that tiny head. I instead took my girls to a hair saloon in Kota Damansara. Kedai amoi yang I selalu potong rambut. Manyak murah only RM8 per head for these two kids. Cheapo mummy hahahaha....as long as potong lawa ok per.






sayangnya rambut dah panjang ='(

Snip....snip.....

taraaaaaa.....dah pendek


shorter hair. Both girls happy only mummy a bit sad.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 22, 2011

Ariani sale lagi







shopping tudung lagilah kita




- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 29, 2011

Ribbons







RM5 each at The Curve flea market.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 10, 2011

Love my accessories

Some of the accessories that I have collected. Just love them.







- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 27, 2011

Friday haul at Body Shop

It's Friday...friday....it's my payday...payday....hehehe...
Sorrylah hover gitu. Excited sebab besok holiday.

Plannya lunch nak pergi makan saja tadi tapi dah lalu depan Body Shop terstoplah pulak.
Body Shop sale sampai 70%. Mula-mula pegang-pegang saja-saja tak ada plan nak beli pun. Sekali adik SA tu cakap shower gel tu dalam RM5 jer satu. Kalau ada apa-apa kad Maybank, tak kiralah kad ATM pun boleh, dapat lagi 10%. Banyak bagus dah tu. 80% diskaun dah tu.


7 shower gel, tapi 3 jer I punya lagi 4 tu kawan punya =)
Adik SA tu duk kecek beli lebih. Tapi rasanya macam dah banyak dah tu.
Siap bayar semua, kami berdua pergi makan dulu.

Soto RM4.50 and teh ais RM2

Tengah makan ni hati kat Body Shop. Ialah shower gel tu tak sampai RM4 sebenarnya.
Pergi balik Body Shop, hmm...licin dah shower gel tu. Habis kena rembat semua.
SA tu ada cakap yang customer siap suruh simpan 20 botol, nanti dia nak datang collect kemudian. Rugi pulak sebab beli 3 jer tadi.

But aside from 3 shower gel tu, I bought lip balm cranberry, EDT white musk and body lotion.



Diskauns + additional 10%




Total spent. Berbaloi rasanya sebab shower gel tu actually sebotol RM19.90


=)

Lupa nak cakap Maybank member sale tu untuk 3 hari saja.


Friday, April 29, 2011

Merah sangat ke?

Saya baru beli lipstick merah menyala akibat terpengaruh tengok Kim Kardashian pakai lawa.
Sekali bila tunjuk kat my friend terus dia nak tersedak.

Dia kata merah sangat...oklah I know I bukan Kim Kardashian =P




merah menyala sangat ehh...

 


I guess I'll stick to my pink lipstick then =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin