Showing posts with label malls. Show all posts
Showing posts with label malls. Show all posts

Tuesday, July 11, 2017

Genting Highlands premium outlet


Assalamualaikum semua,

Kakak nak cerita ni, Raya yang ke 4 haritu kami sekeluarga pergi menjejakkan kaki ke Genting Premium Outlet. Akak korang ni biasalah kalau ada tempat shopping jer mesti nak kena melawat kawasan.


kedai Coach belakang tu kena nampak walaupun sebenarnya tak kuasa Akak nak masuk.



cuaca nyaman tak panas macam shopping kat JPO tu ya u'olls

Sebelum tu Akak nak bagitau GPO ni kat jalan menghala ke Genting Highland, atas sikit dari tempat cable car lama. Kalau tak tahu kat mana sila google sendiri.

Parking jangan risau sebab parking kat bawah bangunan banyak....ample parking space.


Antara kedai-kedai yang ada...nampak tak? 😂

Nahlah Akak bagi link korang clicklah sendiri ---------> List 150 kedai


ramai jugak orang masa kami pergi tu


ni ada short video yang Akak ambik haritu nak tunjuk keadaan kedai-kedai di GPO













Cuma yang slack sikit adalah food courtnya sebab kecik compare to JPO punya food court.
Sesak manusia dalam tu.

Would I come again......definately yes!


Wednesday, March 1, 2017

The Starlings, Damansara Utama

Assalamualaikum,

Ada mall baru kat Damansara Utama tu, nama The Starling.
Ishh best sangatlah sebab besorrrrr....
tapi banyak lagi kedai belum buka. 
Sabtu ni nanti Akak rasa macam nak repeat baliklah pergi sana.
Banyak kedai yang Akak nak menjelajah ni.
Hari Sabtu lepas, Akak dah jejak kaki pergi Miniso, Padini, Jaya Grocer, Ace dan kedai Original Classics. Hisshh tak puaslah jalan.

Kalau duduk area berdekatan go check the new out.

Tengok-tengoklah gambar ni ya...













Monday, March 21, 2016

Jalan-jalan One Utama

Monday blueskan....plus cuaca panas disebabkan oleh El Nino so kita tengok gambar jerlah.
Akak malas nak menaip banyak-banyak sebab scar dari surgery carpal tunnel tu kadang-kadang sakit sengal. It hasn't properly heal yet.

Sabtu lepas kami pergi One Utama sebab nak pergi kedai U Mobile pastu ayah budak-budak ni nak pergi bayar bil Celcom sekali Celcom is on the other side of 1U....koser Akak nak menapak jauh-jauh tu.

Ada pameran sempena TGV  Cinema Flix Fiesta. Kalau selfie dengan characters tu boleh menang tiket wayang tapi Akak seperti biasa malas nak participate.


So jomlah kita tengok patung apa yang ada


favorite Kakak ni....Ironman


Superman ni macam dah balding sikit eh


Captain America


Thor



Hulk dan pompuan sexy yang dah kena censored dengan Akak hahaha



Batman.....nanti nak tengoklah Batman vs Superman


ini Akak tak tahu character apa


Deadpool pun ada...



adik beradik sepupu sepapat Batman



Gang Bajan Hitam....ehh acah jer....Star Wars tu kan



motip pompuan sexy ni menonggeng.
Tak paham Akak bila character pompuan terdedah sana sini tapi character jantan elok bertutup semua 


Deadpool character favorite peberet Adik






Lepas jalan One Utama kami ke.....jeng ...jeng...jeng...

tunggu next post



Wednesday, February 3, 2016

Borak lepas rindu


Sorry lama tak bersiaran. Tangan tak properly heal lagi so tak boleh nak over work kalau tak nanti malam sure sakit dan sengal/bisa-bisa. Most probably will take about 4-6 weeks to properly heal.

Kita cerita pendek-pendek jerlah ya.

Kisah 1 


Mata tu fokus kat bag tu. Model kat atas tu tolong menggayakan saja.
Seksanya nak dapatkan bag tu. Masa hari launching tu, website asyiklah hang pastu tak boleh nak check out. Stress hakak! Beli bag LV lagi senang.
Nasib baiklah ada jugak rezeki sebab lepas tu semua color sold out!

******************************
Kisah 2




CNY deco di Ikano Power Center. Kalau feeling-feeling nak bergambar macam dalam taman bunga tapi tak nak berpanas......bolehlah posing kat sini.

Kami pergi beli handphone baru untuk Abang.
Handphone sekarang ni bila call bunyi macam masuk air jer gemanya. So ayah dia bermurah hati belikan handphone baru. 
Hujung minggu ni baru Abang dapat pegang handphone barunya, Insyaallah bila dia balik untuk cuti Raya Cina. 
Akak nak suh dia sental satu rumah sempena membelikan handphone baru ni tapi ayahnya kata tak payah ler ....sebab nanti dia ingat everytime kita belikan dia barang tak ikhlas. Gitu pulak......there goes my free cleaning service =P

*****************************

Kisah 3

Al-kisahnya weekend lepas Ayah nak belikan anak bungsu kesayangannya seluar jeans.
So he happily ambik jeans tu dan suruh anak kesayangan try. Tapi lepas try anak kesayangan cakap dia tak nak sebab dia tak suka loose jeans. Dia nak jeans yang fitting. 
Ayah dah upset sebab anak kesayangan menolak offer dia. I senyap jerlah....malas nak masuk campur. Dah sampai parking Ayah cakap dia nak belikan jugak baby dia seluar jeans tu jugak.....kalau dia nak pakai atau tidak up to her. 

So naiklah balik dua beranak tu, while I ngan Kakak tunggu dalam kereta. Koser mak nak naik lagi.....biag pi lah kat depa. Lama wehh kami tunggu dalam kereta tu.
So selamatlah jeans dibeli. Tapi kemudian-kemudian baru I dapat tahu rupanya Ayah beli 2 jeans untuk anak kesayangan dia. Satu yang loose (ikut piawaian si bapak) and another one yang fitting ikut selera si anak. Lantaklah kome ....dua-dua Capricorn Tahun Kuda yang keras kepala. Nak buek macamana.....anak dah fasa teenager, ada fashion preference sendiri. Kalau ikut Akak...ko tak nak lagi Mama suka...sep(save) duit Mama hahahaha....




ni Ahad lepas sesambil tunggu Adik habis kelas gitar kami tengok orang beradu fitness.
Akak tengok pun dah semput.......tu belum suh Akak buat lagi tu.
Betul punya fit depa ni.....salute!

Tuesday, January 26, 2016

One Utama Chinese New Year deco

Gambar-gambar ni sebenarnya dah upload sebelum operation tangan.
Taken at One Utama new wing concourse.

This temporary handicap lady can only type so much.....so enjoy the pictures.





















LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin