Sorry lama tak bersiaran. Tangan tak properly heal lagi so tak boleh nak over work kalau tak nanti malam sure sakit dan sengal/bisa-bisa. Most probably will take about 4-6 weeks to properly heal.
Kita cerita pendek-pendek jerlah ya.
Kisah 1
Mata tu fokus kat bag tu. Model kat atas tu tolong menggayakan saja.
Seksanya nak dapatkan bag tu. Masa hari launching tu, website asyiklah hang pastu tak boleh nak check out. Stress hakak! Beli bag LV lagi senang.
Nasib baiklah ada jugak rezeki sebab lepas tu semua color sold out!
******************************
Kisah 2
CNY deco di Ikano Power Center. Kalau feeling-feeling nak bergambar macam dalam taman bunga tapi tak nak berpanas......bolehlah posing kat sini.
Kami pergi beli handphone baru untuk Abang.
Handphone sekarang ni bila call bunyi macam masuk air jer gemanya. So ayah dia bermurah hati belikan handphone baru.
Hujung minggu ni baru Abang dapat pegang handphone barunya, Insyaallah bila dia balik untuk cuti Raya Cina.
Akak nak suh dia sental satu rumah sempena membelikan handphone baru ni tapi ayahnya kata tak payah ler ....sebab nanti dia ingat everytime kita belikan dia barang tak ikhlas. Gitu pulak......there goes my free cleaning service =P
*****************************
Kisah 3
Al-kisahnya weekend lepas Ayah nak belikan anak bungsu kesayangannya seluar jeans.
So he happily ambik jeans tu dan suruh anak kesayangan try. Tapi lepas try anak kesayangan cakap dia tak nak sebab dia tak suka loose jeans. Dia nak jeans yang fitting.
Ayah dah upset sebab anak kesayangan menolak offer dia. I senyap jerlah....malas nak masuk campur. Dah sampai parking Ayah cakap dia nak belikan jugak baby dia seluar jeans tu jugak.....kalau dia nak pakai atau tidak up to her.
So naiklah balik dua beranak tu, while I ngan Kakak tunggu dalam kereta. Koser mak nak naik lagi.....biag pi lah kat depa. Lama wehh kami tunggu dalam kereta tu.
So selamatlah jeans dibeli. Tapi kemudian-kemudian baru I dapat tahu rupanya Ayah beli 2 jeans untuk anak kesayangan dia. Satu yang loose (ikut piawaian si bapak) and another one yang fitting ikut selera si anak. Lantaklah kome ....dua-dua Capricorn Tahun Kuda yang keras kepala. Nak buek macamana.....anak dah fasa teenager, ada fashion preference sendiri. Kalau ikut Akak...ko tak nak lagi Mama suka...sep(save) duit Mama hahahaha....
ni Ahad lepas sesambil tunggu Adik habis kelas gitar kami tengok orang beradu fitness.
Akak tengok pun dah semput.......tu belum suh Akak buat lagi tu.
Betul punya fit depa ni.....salute!
No comments:
Post a Comment