Thursday, February 11, 2016

Aktiviti cuti Raya Cina

Orang lain semua bergasak-gasak keluar KL balik kampung sempena cuti panjang Raya Cina. Memandangkan kampung Akak sekangkang kera jer dari rumah....kalau tak jam 15 minit boleh sampai rumah parents Akak. Kami sekeluarga bercuti-cuti dirumah sajalah.
Kami tobat dah nak keluar KL time cuti panjang ni sebab pernah terkena satu tahun tu kami ingat nak bersantai bercuti-cutian di Cameron Highland. Sekali Cameron Highland jam....berjuta manusia pergi Cameron Highland. Dari nak bercuti jadi stress sebab ngadap jalan raya yang jam. Sejak dari tu duduklah korang kat rumah...jangan cari pasal sebab semua highway mesti jam.

Tapi yang seronoknya duduk KL time cuti panjang ni.....semua jalan kat KL ni lengang. Semalam dan harini Akak pergi kerja, jalan kosong. Kalau tak ngadap jalan jam hari-hari. Kalaulah hari-hari macam ni, 10 minit boleh sampai opis. Minggu depan ngadaplah balik jam. -________-

***************************************
Dentist


Back to our holidays activities. Ada budak lelaki tu big mouth sangat. Akak saja mengusik derang tanya derang semua gosok tak gigi pagi-pagi (dah besar pun kena tanya gigi dah gosok ke belum....hailah anak-anakku). Akak nyakat kata kalau tak gosok gigi Mama hantar pergi dentist bersihkan gigi. Pastu budak lelaki tu kata, 'haa jomlah pergilah Mama'. Eh mak korang ni pantang kena cabar.

Merasalah tiga beradik tu kena hantar scalling gigi. Melayanglah duit ayah derang hahaha....

Kami selalu pergi klinik pergigian Rohaya di Seksyen 6 Kota Damansara. DAh berpindah rupanya klinik dari premis lama tapi premis baru berdekatan saja.
Premis baru atas kedai makan KD Steak House. Kalau di premis lama kena menapak naik tangga agak tinggi tapi kat premis baru dah ada lift (kemajuan disitu bagi orang pemalas naik tangga macam kami ).


gambar Akak pinjam dari google



interior dalam klinik cantik dan modern compare to the old clinic. 

Dan proses scalling pun bermula. Tahu tak sapa yang paling lama doktor kena bersihkan gigi?........Si Abang tu. Nasiblah ayahnya menemankan anak lelaki sebab kena dengar doktor membebel hahaha. Nasib baik Mama teman gegirl dua orang ni. Paling sekejap scalling si Adik sebab gigi dia consider bersih jugaklah.




Tak payah takut sebab doktor pun baik. Pastu doktor siap explain kat Akak kena gigi budak-budak ni berkerak. Siap suggest berus gigi apa nak guna supaya memudahkan derang berus gigi. Paling baik jangan guna berus gigi yang keras.

Moral of the story....gosoklah gigi selalu supaya tak kena bebel dengan doktor gigi hehehe...

Total scalling budak 3 orang ni RM330. Bersihkan gigi Abang yang paling mahal dalam RM150 sebab doktor kena banyak bersihkan. >.<

************************************

Nu Sentral


Sian Akak sebab first time pergi Nu Sentral. Tak ada orang sudi nak bawak.
Isnin lepas pun dapat pergi kejap jer sebab ayah budak-budak ni tak berapa sihat sangat. 
Boleh tahan banyak jugak kedai dalam Nu Sentral tu rupanya.....orang pun ramai maybe sebab bersebelahan dengan KL Sentral.


Akak sebenarnya teringin nak pergi kedai Typo sebab selalu dengar orang beli stationaries best-best kat situ. Tapi bila dah masuk, tak ada pulak yang Akak berkenan. Akak cuma belanja budak tiga beradik tu sorang sebatang pen hahaha. 
Tapi Akak ada terbeli lipstick sebatang kat Sephora, satu tingkat atas dari level kedai Typo.
Kedai faberet Akak tu. 


Akak tak habis explore satu Nu Sentral. Baru masuk 2 kedai ayah budak-budak ni dah tarik muka patblas......lain kali jerlah kita datang lagi.

Tu jerlah lebih kurang aktiviti kami. Nak buek macamana nak jalan-jalan Ayah budak-budak ni pulak tak sihat. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin