Monday, September 14, 2015

Cerita hujung minggu

 Assalamualaikum,

How was your weekend people?

Terukkan jerebu ... macam tak ada improvement langsung.
Ikutkan hati malas nak keluar rumah tapi banyak pulak aktiviti hujung minggu.
Aktiviti saja gatal nak pergi warehouse off season sale Longchamp kat Citta Mall hahaha..

Dah tahu ada warehouse sale, pukul 10 pagi baru nak keluar rumah pastu siap pergi breakfast dulu.
Sampai Citta Mall dah dekat pukul 11 pagi.


ni feeling macam kat London....gloomy gitu. 
Tapi dalam kereta pun masih boleh bau asap

Sampai kat Citta Mall dari entrance parking dah boleh nampak orang queue panjang giler.
Naik tingkat dua tengok orang beratur berkilometer jauhnya....sampai ke lift hujung blok orang beratur. Tak jadilah Akak beratur.....pukul berapa nak sampai turn. Tak sanggup Akak semata-mata nak beli handbag LC murah.


gigih sangat derang beratur. Agaknya yang depan-depan tu pukul berapalah sampai.....agaknya lepas Subuh dah sampai.

Dah tak jadi beratur ke warehouse sale, Akak ajak anak-anak ke Wondermilk belanja derang cupcakes.


favorite Adik red velvet.


Citta Mall tu tak banyak tempat pun nak bershopping sakan.
So lepas pergi Harvey Norman nak baliklah. Nak balik tu kena lalu kat tempat entrance warehouse sale. Tengok pintu dah tutup. 
Rupanya stok dah habis agaknya sebab ada orang jerit sale dibatalkan.
Kesian orang yang queue panjang. Nasib baiklah Akak tak berapa rajin nak beratur gak...kalau tak mesti hamukan.


gambar anak-anak buah.

Malam ada short meeting sikit kat rumah parents sebab nak discuss family trip hujung tahun. Dah ada persetujuan semua baru senang nak booking hotel and benda-benda lain.



 


Minggu ni Akak kopak sebab handphone Adik rosak so terpaksalah Akak belikan dia handphone baru. Kalau tak dia asyik mengacau nak guna handphone ayah dia. Itu pun Sabtu kena bagi dia pinjam handphone Kakak sebab dia ada birthday party to attend. Nanti nak balik susah pulak nak call. Bukan senang nak dapat handphone baru .....Akak dera dia buat house chores hahahaha....nothing is free in the world.

Hiruscar post acne scar tu Akak beli kat Watson. Kebetulan haritu ada voucher diskaun RM12 so dapatlah kurang harga asal RM41.10. Nanti Akak dah pakai a few weeks, Akak bagi review okay. Muka Akak ni ada bekas jerawat tegar so kita tengok macamana.

Anyway, semalam Akak beli jam baru brand Swatch. Dah macam budak-budak pulak pakai Swatch ...tak kiralah Akak suka sebab tali dia glitter-glitter. Ni semua salah Abanglah sebab dia rembat jam Fossil Akak. Asalnya tak ada plan nak beli jam baru pun. Jam Gucci lama Akak ada lagi tapi kena ganti bateri jer. Semalam cari selongkar sana sini tak jumpalah pulak. Itu yang gatal pergi beli jam baru. Akak cakap dengan husband, lepas ni semua barang Akak nak beli kaler pink sebab budak-budak ni semua allergik kaler pink hahaha....so selamat barang Akak dari kena rembat.



Panjang pulak membebel pagi ni.

Dua gambar atas ni pemandangan dari opis Akak. Selalunya nampak bangunan Ikea tapi pagi ni jerebu teruk sangat tak nampak langsung dah bangunan.

Akak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kren tumbang di Mekah. Semoga mereka dirahmati Allah.

Al-Fatihah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin