Tuesday, September 8, 2015

Buat passport

Jumaat minggu lepas Akak coti. Akak kena pergi buat passport sebab nak pergi company team building. Cubalah buat TB dalam Malaysia jer tak payahlah Akak nak kena keluar duit renew passport.

7.30 pagi Akak dah sampai Jabatan Inigresen Cawangan Kelana Jaya.


Akak orang yang ke 36. Kalau datang pukul 8 pagi ntah nombor berapalah agaknya. 
Turn Akak sampai dekat pukul 8.45 macam tu. 
Tips nak renew passport - pakailah tudung kaler hitam.
Kalau baju tak ada collar (bagi lelaki) nanti dia suruh pakai jaket yang derang provide.
Gambar akan diambil oleh pegawai Imigresen. So tak payahlah pergi kedai gambar macam dulu untuk tangkap gambar.

Anyway, gambar dalam passport kita tu hitam putih okay.
Disebabkan gambar hitam putih so tak adalah nampak jerawat manis Akak tapi macam biasa muka Akak horror. Sedih kalau tengok gambar IC dan passport tak lawa langsung.

Lagi satu Akak ada masalah thumb print Akak yg belah kiri ni Imigresen tak boleh baca sebab halus sangat.  So pegawai Imigresen kata guna right thumb jer nanti.

Pukul 9 pagi Akak buat pembayaran so estimate dalam sejam passport siap.
Sementara tunggu passport siap tu kitaorang pergi breakfast dulu. 

Pukul 10 pagi passport Akak siap. So moral of the story kalau nak buat passport pergilah weekdays sebab weekend selalunya ramai orang.

*update: lupa nak bagitau bayar RM200 renew untuk 5 tahun tau.

Habis urusan Imigresen, singgah Giant beli groceries sikit.
Ternampak ada mesin refleksologi so trylah.


sakit + geli. I last for only two minutes sebab tak tahan sakit so balance tu paksa budak-budak and ayah derang guna hahaha...
Semua mengadu sakit gelilah .....sebenar okay jer tapi lepas habis tu kena reharkan kaki kejap sebab rasa macam lenguh-lenguh sikit.


Ini rupanya mesin refleksologi tu. RM2 untuk 10 minit.


Amboi tiga beranak ni siap silih berganti kaki untuk menghabiskan 10 minit tu hahaha...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin