Pagi ni boleh terjaga time yang sama macam hari-hari sekolah biasa sedangkan cuti sekolah dah mula. Agaknya memang dah tune dalam otak pukul berapa nak bangun tu yang terbiasa. Awal lagi so sambung balik tidur semula.
Bercinta sangat rasanya pagi ni nak pergi kerja, lebih-lebih lagi Jumaat Akak MC sebab tak sihat. Tiga hari cuti duduk rumah memang seronok sangatlah. Habis semua TV series yang Akak download dah dikhatamkan. Tengok Akademi Fantasia kat Astro Ria tu sampai nak muntah sebab asyiklah diulang-ulang.
Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat panaskan nasi dan balance tomyam ayam malam tadi untuk budak-budak. Call Kakak tadi tanya dia dah makan atau tak. Katanya Abang dah masakkan derang burger daging sorang satu. Abang balik cuti semester seminggu.....senang hidup Mama sebab budak tu memang boleh diharap walaupun suka memerap dalam bilik main komputer game. Tak kebulurlah adik-adiknya kat rumah, Insyaallah.
pagi ni datang ofis ada bungkusan atas meja. Ada collegue yang hadiahkan ole-ole dari Korea.
Terima kasihlah banyak-banyak. Harap-harap glowy-glowylah muka lepas memakai face mask ni =)
Akak tengah think positive ambik mood ni. Minggu ni Akak kerja 3 hari jer sebab Jumaat Akak dah apply leave sambung cuti Raya Haji.
No comments:
Post a Comment