Sempena kepulangan anakanda untuk cuti sekolah/ semester kita bawaklah anak-anak semua makan steamboat. Sebenarnya ayah derang yang teringin nak makan steamboat tapi bagi alasan belanja anak-anak.
Kali ni kami cuba kedai steamboat baru di Rawang - Kafe D'Manggis.
Lama dah nak pergi makan sini tapi selalu tertangguh-tangguh. Alang-alang ayah budak-budak ni tengah rajin nak drive kami, on sajalah.
kedai makannya dari tepi jalan boleh nampak tapi kalau pergi malam kena alert sikitlah sebab sepanjang jalan banyak kedai makan. Kalau nak senang cari jer kedai yang meriah dengan lampu multicolor...itulah kedainya.
Sampai-sampai terus terjah buffet spread sebab lapar sampaikan Akak lupa nak ambik gambar makanan-makanan yang ada. Lagipun tangan dua-dua tangan penuh dengan pinggan nak mengambik udang, ketam, ayam, sayur blablabla.....
Sekepala untuk steamboat RM26 sahaja. Makanya jumlah makanan buffet spread makanannya tidaklah segah atau sebanyak buffet steamboat lain macam Pak John di Ikano tu. Kat sini berpatutanlah dengan harga yang murah itu.
kuah untuk steamboat ni ada satu choice jer kot iaitu tomyam. Tapi Abang kata best sebab kuah tomyamnya pedas.
ini faberet Adik.....untung bawak budak ni makan steamboat sebab dia akan makan daging blackpepper ni berulang-ulang kali
ini pulak sudah semestinya Akak punya, Ketam dan udang kena ambik banyak-banyak baru berbaloi sebab saiznya yang kecik.
selamat sudah dibakar dan direbus....sedap sehingga menjilat chopstick
anak kesayangan yang mula-mula malu-malu kucing nak makan sampai kena paksa ambik makanan. Sabor jerlah dengan perangai budak-budak ni.
bawak yang ni makan buffet memang rugi sebab dia hanya makan mee dan aiskrim.
Dari kecik picky eater......lantok situ. Lain kali tinggal rumah kalau Mama Ayah makan steamboat.
Maaf sebab resit dah keronyok. Akak campak dalam henbeg jer lepas bayar, nasib baik jumpa.
Alamat ada atas resit. Kalau nak pergi guna google map atau waze jer senang.
No comments:
Post a Comment