Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Thursday, June 21, 2018

Hari Raya 2018

Antara gambar-gambar raya pada tahun ini


Raya pertama macam biasa Raya di Melaka. Kampung my father.





Raya kedua pulak raya di Bentong, Pahang. Kampung my mother.



Raya ketiga kami beraya di KL. Di rumah saudara mara husband sekitar kawasan KL.
Tak ada dah baju melayu....pakai baju omputih jerlah :P


Raya ke-empat pergi tengok Mr Incredibles. Best jugaklah ceritanya.
Akak dah gemuk huhu....ramai orang dah tegur. Ni semua salah ubat doktor dan belasah teh ais hari-hari masa berbuka puasa.



Raya ke-lima pergi beraya rumah childhood friend. Kawan baik sejak lahir sebab our parents berkawan baik. Memang banyak spend childhood bersama-sama.
Ada gambar masa muda-muda dulu. Nanti kalau rajin Akak tepek.


Raya ke-enam dah seterusnya Akak dah kerja. Sedih!

Itu jerlah cerita raya tahun ni.

Friday, June 8, 2018

Seminggu jer lagi


Approximately a week to go.
Hari Raya Aidilfitri is just around the corner.
How's your Raya preparation?
Tahun ni I tak beria sangat buat raya preparation, mungkin sebab baru pindah office. Banyak benda tak fully settle in office so mood nak beraya tu kurang sikit.
Tapi yang penting baju Raya dah beli. =)
Kuih raya tak cari lagi ni.......susah-susah beli kuih raya kat Giant jer nanti.


Monday, July 10, 2017

Hari Raya 2017

Assalamulaikum,

Dah dekat separuh Syawal baru nak update....sorrylah Akak busy sikit lepas balik dari cuti raya. Akak cuti seminggu Raya kali ni (sebenarnya 3 hari jerlah). Masuk kerja balik terkejut tengok email banyak sangat sampai ada terskiplah email penting sampai dapat reminder kena hantar on deadline hehehe....


thema baju raya kami kali ni Adik kata kena warna merah...so berbaju merahlah kami

Macam biasa kalau raya pertama tu mesti balik Melaka sebab bapak Akak nak pergi jumpa adik dia dan kakak-kakak ipar dan sedara mara dia. Nasib baiklah jalan tak berapa jam raya pertama tahun ni.


adik beradik Akak tema warna biru tahun ni...jadi Akak menonjol disitu sebab lain kaler 😎
Gambar ni kami ambik kat rumah Mak Kecik kami. Mak Kecik ni adik bungsu my father.
Buat macam rumah sendiri jerkan 😁


#teammerah


ni kat rumah mak ngah Akak. Budak lelaki tu.....masuk-masuk rumah orang nampak laksa Penang terus capai pinggan. Tak malu betul.....orang tak jemput lagi makan 😂



Akak pakai tudung bawal sebab nak memadankan dengan baju kurung Akak.
Jarang Akak pakai tudung bawal tau.


rumah favourite kami kalau pergi beraya sebab macam-macam juadah ada.
Akak kalau pergi rumah mak ngah memang tuju cari laksa Johor jer.


tu adik bungsu Akak.....budak-budak ni panggil makcu


ni pulak raya kedua.
 Patutnya, mengikut tradisi kena balik Bentong, Pahang tapi disebabkan Akak terceri berri sampai 10 kali pagi tu Akak terus call mak Akak kata tak bolehlah pergi.
Rupanya adik ipor dan mak Akak pun tercerri berri jugak.
Adik ipor Akak lagi haru, tak sempat nak cari tandas dah kat hiway menghala ke Bentong tu, tepi semak kat Lentang tu pun jadik 😅😅
Nasib baik Akak kensel u'ollssss.....kalau tak Akak pun sama.

Dah tengahari sikit, perut Akak dah settle sikit baru kami keluar beraya ke rumah sedara mara ayah budak-budak ni kat area KL jer.


ni raya ketiga, rumah sepupu ayah budak-budak ni.
Baju raya pun dah hilang 



diakhiri dengan muka kami yang perasan comel 

Rasanya Akak belum lagi buat ucapan ni...

"Selamat Hari Raya"

Maaf Zahir dan Batin

Kalau ada penulisan Akak diblog ini yang secara tak sengaja mengguris hati atau tersilap kata, harap dimaafkan 💕


Wednesday, April 29, 2015

Baju raya Emel by Melinda Looi


 
Dua bulan saja lagi Aidilfitri akan menjelang. Puasa pun tak habis ganti lagi dah cakap pasal hari raya....sabar jerlah. Semangat nak puasa dan raya dah berkobar-kobar ni.

Tapikan risau jugaklah sebab tahun ni macam tak sempat dah nak beli kain dan hantar tempah. Kalau hantar pun rasanya kedai jahit pun dah tak ambik tempahan. 

Pening ....pening kepala....padan muka jugaklah sebab tiap-tiap tahun pun macam ni last minit baru nak terkocoh-kocoh cari baju raya.   

Tapi nasib baiklah jugak sekarang ni nak cari baju raya yang cantik-cantik dihujung jari sahaja. 

I am so glad that I came across koleksi baju raya Emel by Melinda Looi . 

Senang kerja Akak tahun ni. Tenaga dan duit minyak pun save. Tak payah susah-susah nak meredah butik untuk cari baju raya Akak dan budak-budak.

Cantik-cantik sangat koleksi baju Melinda Looi tahun ni special untuk menyambut hari lebaran. Rambang mata nak pilih,kalau boleh semua pun nak. 


I am a sucker for pink color.....nama pun Pink Mama pasal tu kalau nampak baju kaler pink laju jer nak sambar. 

Baju kurung bunga kuning tu pun sweet sangat. Kalau sapa-sapa yang pergi rumah bakal mak mertua mesti dapat green light sebab nampak sopan sangat.



Image result for emel by melinda looi zaloraImage result for emel by melinda looi zalora

Boleh beli untuk Adik dan Kakak sekali ni. Boleh bayangkan kalau budak-budak tu pakai masa raya mesti sweet sangat. Tak habis-habis sweet, tapi memang sweet pun koleksi Melinda Looi kali ni.



Alahai lawanya yang pink tu.....yang ni pun I berkenan. 
Macamana ni...kalaulah duit boleh petik kat pokok semua koleksi Melinda Looi I sambar.


Design dua kat atas ni pun sesuai sangat dengan remaja. Sweet and simple. 
Sesuai untuk Kakak dan Adik pakai di Aidilfitri. 
Baju potongan lebih kurang sama tapi color lain. Budak berdua tu sekarang tak mahu dah pakai baju yang identical, almaklumlah dua-dua pun dah teenager. Malu orang panggil boria.
Nampaknya kena sambar cepat ni sebelum kehabisan stok.




Tapi dalam banyak-banyak Akak paling berkenan yang purple ni sebab nampak sopan sophisticated sesuailah untuk fesyen ibu-ibu macam Akak. 

Akak nak pergi online shopping ni. Korang pun kalau susah-susah sangat nak cari baju raya cepat klik link atas tu. Akak tengok tadi kat Zalora baju-baju Melinda Looi pun ada tengah ada diskaun. Apa lagi cepat sebelum menyesal tak dapat beli nanti.
Selamat menyopping baju raya.

Tuesday, September 11, 2012

Open house minggu lepas


Sabtu lepaskan I ada appoinment dengan Specialist. Rupanya hospital pun buat Open house bersama pelanggan. Macam tau-tau jer I nak datangkan.


staff hospital pun pakai baju Melayu/kurung

saya jer yang tak pakai baju kurung walaupun lepas appoinment ni saya ada 2 open house invitation.
Koser Akak nak berbaju kurung on weekend melainkan terpaksa pergi wedding.

konsep gerai. Sempai jugaklah kami jamah sementara nak tunggu mak jemah ni call sebab kami nak gi konvoi.


kalau bawak budak jantan ni open house atau makan buffet memang rugi sebab dia tak makan >.<


tak tipukan. Majlis sambutan Hari Raya bersama Pelanggan.

Lepas tu ke open house kawan kolej. So berjumpa dengan my BFF. Bila dah berjumpa tu prok prek prok prek non stop buat macam rumah sendiri silakan.

sila order jer anak anda untuk mengambil makanan kerana kaum ibu sibuk prok prek prok prek



kalau tgk gambar kitaorang tahun 2009 compare to 2012, tahun ni kitaorang semua lagi slim awww....perasan. Nak paste gambor 2009 tak dapatlah pulak. Tapi silalah percaya


finally...dah balik rumah baru dapat upload gambar.
Cuba compare gambar kami. 2012 masing-masing lagi kuruskan....kan?kan?

dengan anak-anak masing-masing


kawan-kawan dari zaman kolej. Semua vertical mengembang.
Kalau nak cerita pasal derang ni 10 hari 10 malam tak habis. Dalam gambar ni ada couple yang berjumpa dan berkahwin sebab ada 2 orang manusia dalam gambar ni jugak yang mengintroduce dan meneman pergi 1st date. =)

Faham tak? Tak faham sudah =P

Nasib baiklah ada open house lain dan sedar diri yang ini bukan open house sendiri, makan lepas berpinggan-pinggan makan kami pun mengundur diri ke next open house.

Dari Batu Caves nak ke Ampang makan masa almost sejam lebih. KL jam wehhhh...stress Akak duduk dalam kereta. Besok tu terus sakit pinggang sakit lutut...segala sakitlah.

Nasib baiklah open house customer husband tu dia buat kat kedai Asam Pedas Commando Kiosk. Orang Ampang tahulah kot kedai asam pedas ni.


berbaloi dapat makan asam pedai kepala ikan jenahak
Kuah dia memang bestlah. Nasib baik dah kenyang makan rumah member tadi, kalau tak memang hirup pinggan tu terus.

budak ni berbaloi bawak makan sebab semua benda dia sapu


ni jerlah yang dia makan >.<
 
Minggu depan ada lagi open house ni. My tummy minggu ni meragam teruk. Itulah makan lemak berkrim santan berlada banyak sangat ni. Nampaknya kena puasa ni.
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 2012

Dah masuk 2 minggu Syawal, baru terhegeh-hegeh nak update cerita Raya. Dah basi dah kot tapi sebab gambar semua dah siap-siap upload dalam draft so kita carry on jerlah ya.

1 Syawal lepas solat sunat Aidilfitri, lepas session mintak ampun mintak maaf kat rumah sendiri baru bergerak pergi rumah my parents. Memandangkan jalan lenggang so 10 minit dah sampai.

Mintak mahap dengan parents, hulur duit raya (memandangkan raya tahun ni jatuh kat haribulan yang tak dapat gaji lagi so beri ikut kemampuan jerlah. Lain kali kena bajet duit kutu jatuh kat bulan nak raya). Lepas sessi makan ketupat, rendang, kuah kacang mak I yang meletup tu kami seperti biasa akan dipaksa balik ke Melaka, kampung my father.

sessi bergambar is a must every year.
Atuk, nenek dan cucu-cucu. Tahun ni color theme kami warna biru tapi semua biru tak seragam all shades of greyblue ada.

Alhamdulillah perjalanan KL - Melaka tak berapa jam 1 Syawal tu. Mungkin sebab semua orang dah balik awal.


Baju 20 by Rizalman for Tesco.
Tambah aksessori rantai beli kat Jusco.
Tudung recycle tahun lepas punya. Inner neck from Al-Humaira Contemporary (AHC).

All my baju raya tahun ni menggelobos macam khemah >.<


my kitty kats wearing blue


budak ni dah nak mengamuk nak tukar baju sebab panas. Tak ensemlah Bang kalau tukar baju lain



first house singgah kat Melaka, rumah my late grandmother sister's house.

Memang terbaiklah dapat lontong, rendang lemang. Nasib baik sedar diri yang ada lagi rumah lain nak kena pergi kalau tak mau tambah lagi 3-4 round.

ni pulak rumah arwah my uncle. Rumah ni memang meriah dengan makanan sebab each of my cousins have their own signature dish so memang penuh mejalah. Cuma tahun ni tak ada satay jer cause my cousin brother balik raya belah wife dia.

Nasi dagang, laksa Johor, laksa Penang, ketupat, lemag, rendang, agar-agar...macam-macamlah sampai sendat perut nak makan.


budak ni sukalah sebab ada favorite dia laksa Penang.
Sampai berpeluh-peluhlah makan.

Syawal ke 2 pulak as usual balik kampung my mom pulak kat Bentong, Pahang. Seksa nak lepas tol Gombak tu sebab jam teruk. Lane smart tag pun jenuh beratur (tak termasuk lagi malaun-malaun yang potong queue orang. Lepas tol eloklah pulak tak jam pun.

My cousin nak balik Kuantan hari Jumaat 2 hari sebelum raya, jalan jam teruk sampaikan derang decide to sleep kat Selesa Hillhomes. Teruk tu...nasib baik rumah mak bapak 10 minit jer kalau tak jam. Itu pun sampai my uncle bengang-benganglah menunggu anak-anak semua tak sampai-sampai.

balik kampung...ohh..ohhh..balik kampung



Raya ke 2 pun pakai baju 20 by Rizalman.

Tudung dari butik Al-Humaira Contemporary 


anak-anak dara pakai baju kebaya nyonya dan anak bujang dah tak nak pakai baju melayu pffttttt





amacam lawa tak kasut Adik?
Beli kat Isetan One Utama. Dah rupa macam kasut sekolah tapi lukis jer gambar kat atas tu. Dah itu yang dia berkenan.
Handbag ehsan mama dia.


Syawal ke 3 pulak kita ronda rumah sedara-mara belah ayah budak-budak ni kat dalam KL. Pusing Cheras, Gombak and Batu Caves.


my baju from Jalan TAR.Beli last minit sehari sebelum raya. Scarf from AHC

Lawa langsir rumah mak Lang my hubby. Langsir rumah kitaorang jugak recyle yang lama hehehe.



Budak kecik ni dah tak nak pakai baju kurung on 3rd raya. T-shirt raya from Uniqlo.


ni pulak at my BIL's house (my husband's brother)
Punyalah payah nak suruh budak berlima sepupu ni ambik gambar together sampai kena marah jegil-jegil matalah nak suruh derang duduk elok-elok. Inilah gambar yang paling senonoh sekali, yang lain tu  >.<

Raya ke 4, 5, 6 semua kitaorang bantai duduk rumah. Yang ada datang beraya pun kawan-kawan Adik jer. Nak keluar beraya dah malas sebab bila petang jer hujan. Duduk rumah layan cerita raya best jugak. Itu yang bila kena kerja last Monday macam lemau jer.

So how's your Raya?

Oh ya....sejak budak-budak ni dah besar, dah tak boleh pau duit raya derang dah ...huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin