Showing posts with label ootd. Show all posts
Showing posts with label ootd. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

OOTD Raya

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?
Akak sekarang ni balik kerja jer terus landing atas katil tengok cerita Rumi dan Jawi dulu.
Best pulak cerita tu. Macam matching pulak Fatiya Latiff dengan Remy Ishak.

Ahad lepas kami jemputan open house kawan ayah budak-budak ni kat Shah Alam.
Alang-alang nak hantar Abang balik hostel sejalan dengan rumah open house kita pun singgahlah sekejap. 
Budak lelaki tu dah mengomel risau sebab kalau lambat sampai hostel kena denda RM10.
Rilekkkkklah bang Shah Alam dengan Cyberjaya bukannya jauh sangat pun.
Sekali masa nak hantar balikhostel tu jalan boleh jamlah pulak. Nasib baik sempat sampai sebelum curfew hehehe.....


OOTD Akak bila malas nak pakai baju kurung/raya
Sarung jer jubah hitam .......jalannnnn



nampak Abang kat belakang tu kerisauan sampai tak nak makan
last-last bila ayah dia sound baru dia nak makan....
itu pun dia pau dari pinggan Akak....
kacau jer sebab kacau satay orang


budak ni tengok mak dia OOTD....dia pun menyibuk sama sampai kami kena marahlah dengan ayahnya sebab lift dah sampai kami duk sibuk OOTD hahahaha...
mana tau....ingatkan nak pergi daftar dulu 


open house kat tingkat 21 


woooooshhhhh.....
bila kena tiup angin terus tersingkap pakaian bawah jubah hehehe....



Tuesday, March 5, 2013

Art class

Gambar minggu lepas.

this is what I usually wear on weekends. T-Shirt, kimono cardigan on top of it and jeans.
(Cardigan kimono tu tolong mengcover mana-mana bahagian yang terjojol keluar. Read : perut hahaha)



Lepas art class minggu lepas.
Minggu lepas tak ada painting tapi craft class.

a closer look of the craft. 
Suka dia bila teacher bagi 4 star untuk her craft. 

Teringat masa I kecik-kecik dulu, kalau nak buat aktiviti-aktiviti macam ni every Saturday selalu pergi library kat Taman Tun. Library kat Taman Tun tu best sebab every week ada jer aktiviti yang dianjurkan untuk kanak-kanak. 

Dah tua-tua ni jer yang malas nak jejak kaki ke library. Even nak pergi shopping mall pun dah malas. Duduk rumah rehat browse internet, download TV series lepas tu tengok berejam-jam lagi best. Duit pun save. 

Orang dah tua memang macam ni =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin