Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, April 4, 2016

Happy Birthday Kakak

Sabtu lepas birthday Kakak. Abang tak dapat balik pulak minggu ni sebab sepatutnya dia ada badminton tournament tapi kansellah pulak last minute. Nasiblah ko bang.

Happy birthday my baby girl. Mama and Ayah love you so much. 
Terima kasih Kakak sebab selalu menyenangkan kerja Mama di rumah.
Kakaklah yang selalu potong bawang, sidai kain dan kadang-kadang lipat selimut kalau Adik malas nak lipat. Selalu kalau pesan apa-apa mesti dia yang selalu ingat dan ingatkan Mama Ayah balik. Harap kat Adik hhmmmm.....memang taklahkan. Kakak paling senang suruh buat kerja....dengan segera dia buat. Kalau ngan Adik bertuah tu ...cakaplah 3 kali pun belum tentu bontot dia bangun dari kerusi. That is why Mama & Ayah sayang sangat kat Kakak.

Walaupun Abang tak balik, kami tetap pergi meraikan birthday Kakak.
Plannya pergi dinner pastu tengok wayang. 

Lupa kata kalau weekend restoran semua mesti penuh. Sampai kat Chili's register kena waiting list for 40 minutes. Since we're still early for our movie.....movie starts at 9pm, kami pukul 7.30pm dah ada kat One Utama so we decided to wait. Sesambil tu kami main Snapchat.....terbelahak-belahak gelak tengok muka kami. Nanti Akak post gambar-gambar Snapchat kami. Dalam setengah jam jugaklah baru dapat seats tapi since we're having fun taking funny photos kat Snapchat so tak terasa sangat menunggu.


Mama's girl


merasa order nachos sekali banyak gila tak terabis 4 orang






Fajitas


ni Adik dan Ayah yang makan....Akak tak berapa minat cendawan



tu nak wassap kat kawan-kawanlah teww.....


licinnnnnn.....habis makan dah almost 9pm.

Terus proceed naik ke panggung wayang. Dah kenyang pun still kena belikan budak-budak ni drinks and popcorns >.<


the movie not badlah.....I boleh layanlah semua scene. Tapi one thing that pops in my was I need to mosturize and exfoliate better lepas tengok muka Lois Lane. Nampak kedut dan dry sangat muka Lo La tu. Then the two DC fanatics (Ayah & Adik of course) explain to me that Lois Lane memang dah tua sikit time Superman mati pasal tu nampak wrinkle. (sorry for the spoilers kalau you all tak tengok lagi)


Abam Superman tu nampak remaja sentiasa while Abam Batman tu nampaklah dah berusia



Adik.....botak mana yang kau kiss ni?

That's our small celebration for our beloved daughter. Happy Birthday Kakak....



Tuesday, December 22, 2015

Gitu jer endingnya?

Datang dah mood malas nak update. 
Teruk betul penyakit malas ni lebih-lebih lagi dah dekat nak holiday ni.
Insyaallah besok hari terakhir Akak kerja untuk tahun ni pastu cuti........macam nak lompat bintang rasanya. Tak sabar rasanya nak duduk rumah mengadap TV.....banyaklah ngadap TV. Duk rumah sebenarnya lagi banyak kerja nak buat tapi tak apa asalkan happy.

So last Saturday boleh tahan busy gaklah. Pagi Akak ada appt doktor. Tapak kaki Akak ni dah dekat sebulan sakit especially bangun pagi. Nak pijak lantai punyalah sakit. Jumpa doktor....doktor jab steroid sekali kat tapak kaki ....haaaa terus baik keesokan harinya. Alhamdulillah.

Adik pulak pergi Comic Festival kat The Mines. Disebabkan Akak ada doctor's appt kat hospital maka bapaknyalah menghantar. Kus semangat jap gila nak masuk The Mines tu. 
Terpaksa Akak menunggu sejam untuk ayah budak-budak ni pick up Akak dari hospital.

Malam pulak kami pergi tengok Star Wars movie. Cerita best tapi ending tu Akak tak puas hati. Tunggulah lagi few years untuk kesinambungannya. Bencik! Sesapa yang tak tengok lagi tu pi tengok sendiri.



kaki sakit pun ku gagah jugak sebab ayah budak-budak ni dah booking ticket sebulan awal hokeh. 
Gigih tak gigih?


hasil tangkapan berjalan lunch sorang-sorang.
Berbaloi jugak ada member card Popular ni sebab ada diskaun sampai RM10 untuk 2 buah buku novel ni. Stok bacaan masa cuti ni =D

Monday, July 27, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 - Syawal ke 11 Dah mula kerja

First of all I tak tahu nak suka atau nak sedih sebab selepas 10 hari straight bercuti I kena kembali ke alam nyata. Syawal yang ke sebelas I kembali bertugas.

Duduk rumah kerjanya asyik masak dan makan. Gemuklah Akak kalau berterusan duduk rumah. Sehari sampai 3 kali meal Akak masak. Gigih okay masak sampai 3 kali hahaha.....asyik nak melantak jer kerjanya. In between tu duk merapu goreng itu ini lagi untuk snacks.

Bagus jugaklah balik kerja at least tak ada makanan atas meja ni. Besok Akak ingat nak bawak kuih raya ler bawak ofis. Boleh jugak kunyah-kunyah menghilangkan kebosanan.

Sorrylah Akak lambat update harini. Selain daripada menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak, Akak sibuk backlog gossip-gossip hangat hahahaha.....

Minggu lepas after Adik dah discharge dari hospital kami book tiket wayang untuk tengok Ant-Man. Ialah dah janji nak bawak derang adik beradik tengok wayang, sekali Adik kena admit pulak.


dah macam cover album kumpulan rock kapak dulo-dulo pulak budak-budak ni posing.


duduk atas lantailah sementara menunggu ayah budak-budak ni pergi solat dulu.
Tiket beli online so tak payah nak beratur ambik tiket. Makanan tu kalau boleh beli online, dah lama beli online jugak hehehe....


Kalau peminat Marvel mesti nak tengok. Anyway, to me cerita ni bestlah jugak sebab tengok jam dah separuh movie berjalan. Tak rasa bosan pun sebab cerita pantas dan tak meleret.



teringin punya pasal beli jugak sebiji D24. Harga sebiji dalam RM36 @38 macam tu tapi puaslah sebab semua isi dia elok. Puas makan. Durian you are the king!

Nak repeat lagi takut ayah budak-budak ni tak nak layan jer sebab dia tak minat bau durian. 
Arwah my MIL dulu jual durian so everytime musim durian kami memang makan free. Dia akn bagi top quality pulak tu. Siap bawak balik untuk my parents lagi. Told my husband, times like thislah yang I miss his mom more. Bertuah punya menantu ya. 
Al-Fatihah untuk Mak...you are still the coolest MIL.

Monday, June 16, 2014

Happy Father's Day and socket terbakar


I would like to wish to all the fathers out there Happy Father's Day especially to my father and husband.

So sad that I didn't manage to take my dad out for Father's day treat cause my shoulder and back was killing me......damn painful. Lepas makan pain killer Tramadol yang my specialist prescribe tu, terus ting tong tak boleh bangun. Cuba bayangkan I took the medicine at 3pm sampai pagi ni still groggy lagi. I just bangun solat pastu tidur balik sampai pagi ni. Jalan nak pergi ambik air wuduk pun macam orang lalok sampai nak terlanggar dinding semua. I think I'll skip Tramadol after this and just take Arcoxia for my pain. 

The hubby belanja us to two movies in fact. Thank you Ayah =)
But I still have to belanja them pop corn and drinks =P
The night before we watch Maleficent. Gigih okay pergi tengok wayang pukul 10 malam.
Nasib baiklah cerita tak boring kalau tak mau ada yang berdengkur dalam wayang.

Go watch the movie with your kids especially if you have girls. I am sure they'll love it.
No spoiler here. Anyway, Maleficent (Angelina Jolie) is not that the evil one here. Broken heart can turn even pure hearted people into indictive evil. But true  love can cure it all. 

Some people may not like the 'disney-like' movie but we do. 





Yesterday pulak kami pergi tengok The X-Men. X-Men pun best jugak.....wah semua cerita best ya.

I tak tahulah tapi everytime I tengok movie, mesti ada moron yang akan sibuk nak tengok handphone derang dalam gelap-gelap tu. It is so annoying okay seba here you are trying to concentrate on the movie, tetiba orang depan you duk buka handphone derang. 

I almost nak baling popcorn to the ignorant person in front of me tu. Simpanlah handphone tu sampai habis movie. Your facebook friends takkan gi mana pun. =P


ada tempat main snow slades kat bawah new wing One Utama but we didn't go to the ground floor yesterday.

********

Bersyukur sangat that nothing bad happen to my room. 2/3 hari sebelum ni ada macam bau terbakar bila I switch on  my room aircond. Tapi bila tanya orang lain dalam rumah tu derang kata tak ada pun bau hangit. Aikk takkan I sorang jer yang bau hangit.

Sekali last last two night dalam pukul 2 pagi macam tu, ayah budak-budak ni kata ada bau hangit. Bila I on and off balik aircond, terus satu rumah blackout. Main fius kena tendang.
Rupa-rupanya wall socket terbakar. Ialah banyak sangat power point guna socket tu agaknya tu yang dia terbakar. Nasib baik tak jadi apa-apa benda yang lagi teruk. 

Malam tu kami semua tido kat hall sebab kat situ jer yang ada aircond. Next morning tengok teruk jugak terbakar plug extension. Nasib baiklah ayah budak-budak ni pandai ganti wall socket tu kalau panggil electrician mau ratus ringgit jugak tu. 

Itulah orang kata sebelum tidur tu baca surah kursi. Nak keluar rumah pun jangan lupa baca surah kursi kerana malaikat melindungi kita Insyaalah. Malam tu I dah nyaris-nyaris nak lupa baca surah kursi tapi nasib baik teringat dalam keadaan mamai-mamai tu. Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah melindungi kita selalu. 


P/s: lupa nak cerita. My husband was so happy, senyum sampai telinga bila anak lelaki dia call wish Happy Father's day kat dia semalam.

Monday, December 9, 2013

The Hungry Games

Lama dah tak tengok wayang. Tak ada cerita yang membuatkan teruja nak tengok wayang, lagipun semua cerita sekarang boleh download free jer atau tengok kat viooz.com

Sabtu lepas ayah budak-budak ni belanja kami tengok The Hunger Games kat One Utama. Wayangnya start pukul 3.30pm tapi pukul 3 petang baru terhegeh-hegeh nak keluar rumah. Pepaham jerlah kalau weekend nak cari parking kat One Utama tu macam seksa sikit. Nasib baiklah sempat beli pop corn minuman semua, wayang tak start pun lagi. Biasa tau wayang ni....tak pernah start on time.

Tak mau ceritalah jalan cerita, nanti spoil pulak bagi sesiapa yang tak tengok lagi. Tapi memang bestlah. Ingatkan kali ni tak ada dah Katniss kena main balik Hunger games tu rupanya kena main balik....sian dia. Ehh tercerita pulak hahahaha. Tapi memang tak sabarlah nak tengok the next sequel sebab sure best jugak. All I have to say is that Katniss Everdeen ni memang kentallah. 

Lepas tengok wayang budak kecik tu nak makanlah pulak. Nasib baiklah masa bayar utang kat Aeon haritu ada ambik booklet Aeon. Belakang tu ada vouchers KFC/ Subway etc. Guna voucher subway tu beli satu sandwich + 1 air dapat 1 subway sandwich free. So beli 2 dapat lagi 2 sandwich free......safe duit Akak hahahaha.



my baby. Nampak tak boot yang dia pakai tu?. It actually belongs to me like 16/17 years ago. Elok lagi kasut Doc Marten tu. Sampai ke anak boleh pakai lagi. Dulu masa belajar kat Amerika nun kenalah pakai time winter sebab snow tebal. Ialah kita jalan kaki jer pergi balik sekolah. Kalau pakai kasut sport atau kasut biasa mau beku kaki sebab basah and sejuk. On another note OMG.....budak 11 tahun ni sama saiz dengan kaki mak dia. Nanti umur dah belas2 saiz berapalah kaki kau Dik?


Nasib baik tak patah wooden pony tu Dik


ni pulak model pasar malam, malam tadi.

Orang pergi pasar malam awal tapi ayahnya degil nak pergi lepas Isya', orang pasar malam banyak dah bungkus nak balik >.<

Teringin nak makan laksa, balik rumah tuang dalam pinggan.....kuah laksanya secair-cair kuah. Frust sungguh! Nak buat sendiri tak reti hahahaha pastu nak komplen pulak. Tak kira nak gak komplen macam chep Wan komplen makan laksa kat MO tapi rasa macam Mee Kari. Dahlah semangkuk RM40 ya Chep Wan, mahal nak mamp pastu tak sedap pulak. 
Orang nak meniaga makanan ni kena make sure makanan derang sedap baru orang datang repeat beli. 

TV kat bilik I tu tetiba kaput on Saturday tak boleh nak on. Nak meleleh ayor mata tau. Sabar jerlah. Aiii mementanglah dah hujung tahun nak suruh beli TV baru ke?.
Nasib baiklah ayah bebudak ni jadi McGyver pergi bukak isi perut TV tu. Rupanya fius terbakar. Beli fius RM1.50 ganti benda alah tu jer wallahhh bernyawa balik TV tu. Selamat duit Akak nasib baik tak gelojoh beli TV baru lagi

Itu jerlah bebelan untuk hari ini. Salam.

Saturday, May 26, 2012

Movie date - MIB3

Aktiviti hari ni dating berlima.



beli tiket online memang menyenangkan. 
Tak payah susah payah beratur beli tiket. 




Will Smith memang kelakar. Boleh pulak dia buat straight face tapi dialog kelakar gila.









It's rated PG13. The kids seems to be enjoying themself. Ketawa berdekah-dekat dalam wayang. 

If you've seen the previous Men In Black, you should watch this one too cause it's still hilarious. Gotta love Will Smith.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, December 15, 2011

Misi Mustahil.....memang mustahil

Sekejap jer dah masuk hari ke cuti saya......cepatnyaaaaa.....ada lagi 3 hari lagi sebelum masuk kerja balik huhu...

Minggu ni marathon tengok movies. Cerita melayu jer dekat 4 title tengok semalam...Cun, Aku Bukan Tomboy, Haq The Movie, KL Gangster tapi semuanya tengok kat Malayfullmovies.blogspot.com.  Tapi kalau tengok dar Malayfullmovie ni kena bersabarlah sikit sebab semua movies tu dia break sampai 6/7 parts dalam Youtube version.

 


sibuk jer budak tecit nih..... kita nak ambik gambar dengan Aaron....dia pun nak jugek
pfftttt...



 
sorry Maya....move aside =P
dapat gak ai diri sebelah Bang Aaron...
alamak I dah sama size tong gas from the side >.<
 

- Posted using BlogPress from my iPhone
Hari ni pulak kitaorang pergi tengok Mission Impossible: Ghost Protocol. Tom Cruise aged a little...a little apa...memang Tom Cruise dah tua punkan =P
Nak cerita panjang pun tak boleh sebab I missed a lot of important parts sebab asyik lari masuk toilet. Salah makan punya pasallah ni.Tensi makciklah, tu yang jadi misi mustahil tu...mustahil nak tengok wayang sebab perut meragam!. Ada satu part tu...masuk-masuk balik wayang keluar muka Anil Kapoor. Eh ....mana datanglah pulak si Anil Kapoor ni, salah wayang ke aku ni?. Rupa-rupanya gang Mission Impossible tu pergi Mumbai. Kelas Bollywood dah masuk Hollywood.

Lately rasa kecewa pulak sebab semua cerita yang I tengok tak sampai my expectation, tak ada rasa nak repeat tengok balik cerita tu. Tengok Twilight: Breaking Dawn Part 1 hari tu pun rasa macam kecewa sebab alahai banyak sangat part yang kena potong so macam potong stim.

Teringin nak tengok Ombak Rindu tapi cam biasalah orang rumah saya kata dia boleh pengsan kalau pergi tengok cerita tu. So kita redha jerlah tunggu sampai VCD dia keluar.

Thursday, November 24, 2011

Surat saman ke??

Dua hari lepas, ayah budak-budak ni dapat mail courier. Kawan tu dah panik dah....aikk takkan saman kot. Selalu saman jerkan yang dihantar thru courier. Cuak jugaklah nak bukak tu.

Terus dia suruh I  bukakkan....I pun saspen gaklah. Kalau saman mau RM300 tu....


Baca Bismillah dulu sebelum bukak...




Hembus sikit kiri kanan....








Hmm.....nak koyak dengan tangan payahlah pulak.








Cari gunting dulu...

















Bismillah lagi sekali...



































Laaaa.....tau tak apa isi dalam courier tu?































 
2 tiket free GSC gift dari Maxis

Alhamdulillah....Edward....Bella....Jacob...

I'm comingggggggggggg.......



Ehh tapi apasal I tak dapat pun free ticket....I pun pelanggan post paid Maxis jugak...

tak aci ni!!!


Monday, July 18, 2011

Converse and Harry Porter


Kasut raya? ehh taklah. Over nak pakai kasut ni raya...lainlah kalau umur belas-belas tahun.

Jenuh jugaklah cari kasut ni. Converse kat One Utama tak ada size 5.

End up sampai ke Sunway Pyramid nak beli kasut sepasang.

Dapat kasut terus balik tak ada dah menyinggah tempat lain.

Anak bungsu nampak mak dia beli kasut, dia pun nak jugak. Anak tunggu Ayah belikan nanti for raya. Mama beli pun ada sebab kalau tak tak adanya nak beli.

Tetiba feeling remaja =)

Semalam kami pergi tengok Harry Porter and the Deathly Hallows Part 2


Ada orang yang kata dia menangis tengok HP kali. I didn't cry, I was more kagum with the movie. I must say that this is the best HP sequel yang pernah diterbitkan. Special effect filem HP kali ni memang amazing and convincinglah. Rasa macam I ada sekali dalam filem tu. Imagine kalau tengok 3D mesti lagi best.

Not gonna do any review on the film cause tak nak bagi spoiler kepada sesiapa yang tak tengok lagi tu. I recommend all the Harry Porter fans pergilah tengok.

Monday, May 23, 2011

Kapal pirate at Midvalley

Sapa dah tengok Pirate of The Carribean - on strangers tides angkat tangan?

Saya...saya....*angkat tangan*

Macam biasalah penuh aksi dan kelakar. Tapi still tak boleh lawan Fast 5.
Fast 5 lagi penuh aksi yang mendebarkan (termasuklah wanita-wanita yang gorgeous).

Tapi tak kisah. Buat peminat Pirates of The Carribeans, Midvalley ada replika kapal 'Queen Anne's Revenge'. Also other props used in the film.

Saya yang sakit pinggang ni pun sanggup telan pain killer and muscle relaxant sebab nak tengok replika dan props. Pastu terus cari kerusi nak duduk. Padan muka sendiri. Balik rumah terus flat.

So kita tengok gambar-gambar yang sempat I ambik.


Peace

 


















harta ini Ahmad Albab yang punya...



patung vodoo Jack Sparrow


















































My mum ajak pergi tengok Nur Kasih. Siap pesan dengan cucu dia lagi.
Alamak camner nih....

-Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin