I dah selamat habis baca novel Kerana Terpaksa Ku Relakan. Selagi tak qatam macam tak puas hati. Dalam kereta bergerak pun sanggup concentrate membaca. Bagus jugak sebab tak ada motion sickness - pening2 kalau membaca.
Alangkah bagus kalau semangat ni dapata dipraktikkan dalam membaca Al- Quran.
Lepas berbuka puasa jer mata automatically layu. Astagfrirullahalazim.
Kalau membaca novel ni banyak plot yang tak ada dalam TV. Lagi syok sebab detail penceritaannya. Boleh feeling lebih sikit.
Pastu tak adalah story si Wati dengan Yazid tu banyak sangat macam dalam TV....buat menyemak jer. Orang nak tengok scene Abang Zen dan Indah, ni sikit2 pi tunjuk dua ekor malaun tu buat apa. Ini pun dah berapa episod Abang Zen keluar 2/3 minit jer....hampeh.
Hero keluar 2/3 minit apa kehal.......tak feel tau.
Nak cerita ni. Last Monday I balik kerja naik teksi sebab kereta ada merajuk sikit.
Teksi stand yang terdekat dengan my ofis tentulah kat One Utama.
Sampai-sampai rezeki terus dapat teksi. Tapi seram sikitlah.
I masuk-masuk jer teksi, baru I perasan yang semua lock pintu belakang dah patah. Dah lah pemandu teksi tu automatically lock the door. Dalam hati cuak giler ok. Kalau apa-apa jadi, nak buka macamana sebab sah-sah tak boleh nak tarik lock tu.
Dalam hati duk berdoa kat Allah supaya peliharalah I. Takut siot.
Dahlah pemandu teksi tetiba nak promote kuih raya bini dia buat pastu siap nak whatsapps kat I. Isykkk....koser I nak bagi no tel I kat orang I tak kenal. So I pretend nanti I check fb page dia.
Dalam perjalanan tu I buat biasa jer sembang-sembang dengan dia walaupun sebenarnya hati cuak gila. Handphone pun dalam genggaman jer...kalau apa2 buat emergency call jawapnya. Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi dengan selamat.
Bukan nak burukkan orang tapi kita sebagai perempuan kena sentiasa berhati-hati. Selalunya I akan bawak payung kalau naik teksi tapi haritu boleh terlupa pulak. Kalau apa2 senang ku jolok/ ketuk jer.
Pengajarannya lain kali kalau nak naik teksi, buka pintu teksi tu tengok dulu lock dia ok ke tak.
Kalau pemandu teksi tu lain macam jer....silalah tunggu teksi lain.
jam tangan free dapat dari mekanik. Rezeki Abanglah berjam baru.
No comments:
Post a Comment