Semua barang dalam trolley ini adalah hasil tangkapan Sabtu lepas.
Orang nak raya, kami membeli laptop Lenovo baru untuk Abang. Lama dah tertangguh nak belikan dia laptop baru. Kesian dia sebab kena banyak homework kena buat dan assignment 3D yang memerlukan laptop yang canggih sikit. #makdahkopak
I dulu kalau nak buat assignment bertenggeklah kat computer lab. Siap berebut komputer hahaha. Komputer kat rumah ada tapi sajalah nak beramai-ramai kat computer lab. Sebenarnya kat lab computer tu bukannya buat assignment sangat pun tapi lebih main MiRC hehehe. Hello channel #kampung.
Budak-budak student tahun 90an mesti tau punya channel #kampung. Kadang-kadang seharian chatting tak sedar diri hahaha.
Lagi satu port yang I suka lepak masa kat universiti ialah kat library. Bukan nak baca buku tapi nak guna komputer kat library untuk chatting hahaha.
Back to the shopping cart. Brand Outlet Store ada sale sekarang. RM50 dapat 3 helai T-shirt. So I suruh budak-budak ni pilih T-shirt masing-masing. Abang pulak pilih kemeja buy one free one for RM69.90. Mak derang pun pau lah jugak baju blouse dua pasang. Dah kata buy free one =)
Telur satu papan tu baru beli Sabtu lepas tapi semalam tinggal suku jer sebab Kakak terlanggar tray telur dalam petiais sampai pecah semua atas lantai. Bekas plastik tray telur yang kat tepi pintu petiais tu pun pecah. Memang nak mengundang kemarahan mak lerkan. Telur pecah yang banyak-banyak tu I okay lagi tapi tengok tray telur tu pecah retak hati I tau sebab petiais my house tu hadiah from my father masa kitaorang mula-mula pindah dulu. Sentimental value tu. Memang kena bebelan ler Kakak. Pastu dia nak sentap-sentap pulak kena marah. Berani nak sentap-sentap dengan mama dia....memang nak kena bebelan lagilah.
Tapi budak-budak ni tak takut dengan mama derang pun. Tiga beradik ni kata mama marah tak garang langsung >.< #epicfail
budak yang baru potong rambut. Rambut raya =)
ini pulak video yang I ambik dr persembahan di One Utama Sabtu lepas. Kinda cool to make music with tong sampah.
Enjoy
No comments:
Post a Comment