Friday, January 3, 2014

Bunga api sambutan tahun baru di The Curve


Tahun sebelumnya, kami malas nak menempuh lautan manusia kat The Curve so kami tengok bunga api dari parking Giant sahaja. Tapi itulah kemeriahannya tak sama denagn menyambut tahun baru dengan ribuan manusia lain.

Jadi tahun ni, instead of pergi dalam pukul 11 malam dan seksa mencari parking kat The Curve, kitaorang beli tiket awal-awal dan tengok wayang The Hobbits dekat eCurve. Ambik  tiket pukl 8.15pm, habis dah pukul 11 lebih malam. Makanya tak adalah melangut lama sangat nak tunggu bunga api. 

Tak payah reviewlah kot cerita Hobbits tu. Cuma yang tak bestnya ada sambungan lagi. Sabar jerlahkan.

Ramai sangat manusia malam tu. Macam-macam bentuk manusia ada, yang kecik, yang gemuk, yang tinggi, yang kemetot, yang lonjong, yang kerek, yang kuat memekak….nampak sangat dah tua tu yang macam tak berapa berkenan nak pergi tempat orang ramai-ramai sangat ni…..rimas. Dengan the youngsters tak habis-habis tiup bendalah yang bunyi macam bubuzela tu…..memang bisinglah. Rasa macam nak bagi penampar sekor-sekor. Nampak tak kesan penuaan disitu hahaha...

Ada lebih kurang 45 minit sebelum bunga api muncul, so kitaorang pergi cari port nak duduk dan makan. Paling senang The Teh Tarik Place jer yang dekat dengan tepi jalan. Tapi tempat tu semua kerusi meja penuh. Nak dapatkan meja macam nak kena berebut dengan pirahna…..seksa. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk, kena agressive sikitlah. Kalau lembab-lembab memang melangutlah ko kat situ.

Depan Ikea tu sebenarnya ada show. Kalau tak silap ada Ning Baizura dan Aizat Amdan. Youngsters sukalah kot nak berparty ramai-ramai. Kitaorang ni datang semata-mata nak tengok bunga api. Lain feelingnya bila tengok bunga api live. 

Here's a few photos and videos yang I ambik malam tu. Kalau rajin clicklah tengok youtube  tu. Memang meriahlah.


















Adios

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin