Hari ni actually hari pertama I bekerja untuk tahun 2014. Welcome back to the hectic daily life of sending kids to school dan mengadap jam. Semua jalanraya kat KL/ Selangor ni rasanya ada jer projek korek sana-sini, mana tak jam jalan jadinya. Jalan yang dua lorong dah jadi selorong, memang mengundang kesesakanlah jawapnya. Time-time macam nilah rasa macam nak pindah jauh ke pinggir bandar yang tak sibuk. Kalau nak cerita pasal jalan jam ni sampai Subuh besok pun tak habis cerita.
Cuti tahun baru 1haribulan haritu, kami ke Kuala Selangor makan seafood. Sejak awal Disember lagi dah merancang nak ke Jeram. Alkisahnya boleh pulak tersesat barat nak mencari Aroma Ikan Bakar sedangkan dah 2 kali makan dekat sini. Waze pun tak boleh harap haritu, weng semacam. Nasib baik bukan I yang drive, kalau tak mau balik rumah terus.
KamisSampai dalam pukul 4 petang, dah penuh restoran dengan pengunjung. Tempat parking pun semua penuh. Meja penuh dengan tanda reserve. Nasib baik jugaklah ada pengunjung yang dah habis makan, dengan segera kami ambik alih table. Lainkali kalau nak datang memang kena reserve awal-awal pastu pesan makanan sekali. Tak payah nak tunggu lama sangat.
Masalahnya bila datang time peak macam ni, jenuh menunggu untuk makanan dan minuman. Tapi bila minuman sampai lagi lambat daripada makanan memang mengundang resah. Nak makan pun serba salah. Dibuatnya makanan pedas atau tercekik ke……mana nak cekau air. Ada yang meja sebelah punya air yang kita terjah kalau terpaksa.
Meja belakang kami tu, dekat setengah jam ke 45 minitlah menunggu orang nak datang kemas meja. Muka masing-masing dah kelat macam nak telan orang. Begitu ramai orang sampai tak sempat busboy nak kemas meja.
Pilihan seafood adalah segar-segar.
Ikan kerapu masak tiga rasa. Recommended kuah masak tiga rasa dia adalah sangat sedap. Kalau makan cicah roti pun feel. Ikan tu digoreng garing so sangat ngam dengan kuahnya.
Udang macam biasa mesti masak my favorite masak butter. Tapi tenggelam sikit kesedapan udang sebab ikan masak tiga rasa tu memang meletup.
Ikan dan ketam goreng tepung. Anak-anak dara I ni sukalah makan ikan goreng tepung. I tak layan dah ikan kembung goreng tepung tu sebab dekat rumah pun boleh masak sendiri. Pastu lala masak pedas. Tak ketinggalan semangkuk kerang, hak tu si kecik tu belasah sorang-sorang sebab dia lapar sangat tunggu makanan lambat sangat nak sampai. Nasib baik kerang sampai awal.
Bila seafood dah sampai, kailan goreng ikan masin dengan telur dadar terus lupa. Masa time order tu macam-macam nak sebab ikut tekak dan perut lapar. Insaf kejap hari ni bila baca kisah sedih ni. Orang lain dhaif sampai nak bayar yuran sekolah cucu pun tak mampu, kita yang Allah kurniakan rezeki lebih sikit ni selalu alpa dan membazir.
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.
No comments:
Post a Comment