Awal-awal Akak nak buh warning jangan pulak korang terkejut tengok gambar budak ni kang.
Ahad lepas kami kena hantar budak tu ke Sunway Pyramid. Dia dengan kawan-kawan dia nak masuk Animax Carnival. Kalau dah namanya pun Animax Carnival expectlah budak-budak ni semua akan pakai costume.
Jangan tanya Akak dia dress as character apa sebab yang selalu layan tengok kartun-kartun Animax ni semua ayah derang. Kalau ikut Akak....tak yah merapu duk tengok kartun-kartun tu semua.
since dia nak pergi sangat....kita kenalah ikut make sure sapa kawan-kawan dia.
Pastu nasihat berbakul-bakul.....don't follow strangers.....don't take drinks from anyone...
anything you call me or Ayah. Yang comel sebelah dia tu kawan kelas Adik...comel jer budak tu. Kawan Adik tu pun kami pick her up from her home. Pergi sama-sama...balik pun sama-sama. I told them that they must stick like a glue. Kalau hilang each other dalam tu mesti ada point jumpa balik.
costume semua dia gigih buat sendiri.
Contact lense kaler pink tu pun dia beli dengan duit dia sendiri.
Focus point ada jual macam-macam kaler.....tapi certain colors kena pre-order dulu.
wig tu pun beli dengan duit dia sendiri. Wig beli online from Lazada.
Hari-hari Akak kena pester untuk placekan order online untuk dia.
Pastu selagi barang tak sampai dia pester Akak...haihhh ingat Mama kerja courier company ke? Wig tu jauh mari....China sana.
haih pelik2 character Anime dia orang ni
Ramai lagi actually budak-budak bercostume dalam McDonald's tu tapi Akak malas nak ambik gambar.
Alang-alang dah sampai Sunway Pyramid kami bertiga - Akak, Ayah dan Kakak pergi jalan-jalan cuci matalah. Kebetulan Converse ada sale, Akak terus belikan Kakak hadiah birthday dia. Birthday Kakak Sabtu ni. According to budak SA Converse tu, Converse hanya sale sekali jer setahun iaitu every March. So disebabkan kami masuk dah nak hujung-hujung sale, banyak kasut yang design best-best dah habis stock.
Terus pakai tak payah nak tunggu birthday =P
No comments:
Post a Comment