Thursday, March 24, 2016

Birthday yang ke ......

Semalam birthday Akak yang ke tigapuluh (mementang birthday sama hari ngan Lisa Surihani ada hati nak claim sebaya hahaha)

Anyway.....syukur Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberi kesempatan untuk menyambut birthday lagi setahun. Semoga dengan pertambahan umur ini, Akak menjadi insan yang lebih baik dan penyabar hehehe.....

Bapak Akak call wish semalam pastu lepas dia sebut umur Akak dia siap gelak-gelak lagi.... sampaihati hehehe....

Thank you to my kids, close family members and friends for the birthday wishes. 
Huda terima kasih untuk hadiah birthday dan Azlina untuk birthday kek. 

Dah tua-tua ni tak adalah nak expect apa sangat. Tapi kalau ada yang nak bagi hadiah lagi Akak terima dengan hati yang terbuka hahaha.....


Akak paksa budak pompuan dua beradik tu nyanyi lagu birthday untuk Akak ...hehehe...

Malam anak buah peberet Akak yang nak masuk 5 tahun tu call nyanyi lagu birthday untuk 'malong' dia...sia cakap nanti kita potong ciked.....Akak tanya dia potong ciked apa?......potong kek rupanya hahaha....comel jer.



lunch semalam.....puas hati Akak. Sampai kemalam kenyang sebab very big portion...siap share dengan husband Akak sebab banyak sangat. Memang puashatilah dapat makan...memang lama dah diidamkan. 

Cashier tu siap tegur lama tak datang. Husband Akak pelik sebab cashier tu boleh pulak ingat muka Akak sebab ramai gila customer kedai tu. Akak jawap tengok oranglah *flipmytudung* 


Doakan Akak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik ya =)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin