Monday, March 7, 2016

Harapkan Waze.....Waze sesatkan kami

My legs are still sore from too much walking on Saturday and Sunday.
Harini macam in denial jer sebab dah hari Isnin. Malam tadi tak leh tido lena sebab kaki sakit.

Saturday morning pi jumpa makcik bawah ni sebab nak discuss/ chat pasal ada event penting. Event apa nanti Akak cerita lepas majlis selamat sudah. Ialah bukan majlis kita so tak baik kita nak war-warkan dulu.


nampak idok gigih bawak keluar note book buat catat apa2 yang penting.
Tulis semua kalau tak nanti ada yang lupa.


lawa idok bag Mini Niko-niko Akak ni. 
Kekadang jer bawak dia keluar tengok dunia sebab bag ni kocik jer so limited barang boleh isi. Bag Akak selalunya gedabak-gedabak sebab macam bag Doraemon semua nak sumbat. 

Akak telah dipersuade untuk menemankan dia pergi ke beberapa tempat hari Sabtu tu.
Tempat pertama yang kami pergi adalah satu kedai di Aeon Kota Damansara tapi kami decide pergi survey tempat-tempat lain dulu. Nak compare kot-kot ada lagi banyak choice yang lebih cantik dan murah. Chop .....sebelum tu kami singgah Ariani tapi tak ada tudung yang berkenan. Lama dah Akak tak masuk Ariani sejak-sejak banyak butik-butik muslimah lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. I have more cheaper and nicer choices than Ariani's scarf. Cheaper yang penting okay.

Pastu kami plan nak ke Kenanga FM tapi Waze gila tu bawak kami ke mana-mana ntah.
Tetiba jer Waze tu announce 'YOU HAVE ARRIVED". Kami yang dalam kereta tu terpinga-pinga sebab tak nampak pun bangunan Kenanga tu. Yang ada bangunan rumah kedai jer hahaha.... Rupanya Waze bawak kami ke Kenanga Warehouse sale at Jalan Kuchai.
Sesat barat kami hahahaha.....elok-elok boleh sampai awal jadi lambat sebab bila Waze recalculate balik perjalanan lagi 20 minit baru sampai Kenangan Fashion Mall.


huru-hara okay...hahaha...


sesampai kami pergi makan dulu sebab masing-masing dah lama tak lunch lagi.
Ni anak dara my BFF. Baru terima keputusan SPM. Tahniah Nana untuk keputusan SPM.
Aunty doakan Nana dapat masuk Asasi Sains macam yang Nana mintak tu.



 berapa floor kami pusing cari barang last-last dapat jumpa satu jer.
End up kami beli tudung dengan seluar tido kat Kenanga tu hahaha....
Barang yang dicari tak jumpa....barang lain yang dibeli


tudung murah-murah....pilih-pilih...


yang belakang pakai baju hitam tu kan sampai sekarang Akak tak tahu gegirl ke boboy...


budak comel yang suka menyanyi. Kami dihiburkan dengan nyanyian dia dalam kereta.

Disebabkan tak jumpa barang yang kami cari di Kenanga, kami pergi GM Chow Kit pulak.


Nampak tak kereta tengah nak masuk tu. Tetiba pak guard tunjuk kami suruh pergi ke sebelah. Kami pun heran....apahal pak guard ni suruh kami double park ni.



Rupanyaaaaaa.....kena queue untuk naik lift untuk kereta ke level parking kat tingkat 8.
We were horrified sebab tak pernah seumur hidup naik lift dengan kereta-kereta.
Menjerit-jerit kami dalam lift tu hahaha.....si Reen siap lemah lutut sebab minah tu calustrophobic hahaha.

Anyway, I tak akan pergi GM Chow Kit tu lagi sebab tempat tu teruknya. Dengan sempit pastu lift pun seksa. Kalau nak beli barang berniaga in bulk okaylah kot but we couldn't get the things that we wanted. End up kami beli kat kedai kat Aeon Kota Damansara tu jugak hahaha....

Itu cerita hari Sabtu.....cerita hari Ahad nanti Akak sambung. Nasib baiklah dua-dua haritu Akak dah prepared pakai kasut sports kalau tak mau lagi macam nak tercabut kaki ni.

1 comment:

~SESEMUT~ said...

waze waze.. i pon x suka waze.. i dgn bangganya jawap kat smeul org i x reti pakai waze..
tak map and address lagi best.. yakin set.

bestnyer shopping .. tu semua tempat tanah tumpah darah jatuh bangun lagi dikenang favorite i tu..

anyway.. selamat la yer saya doakan untuk majlis tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin