Boleh kata every yearlah BFF Akak mesti belanja makan birthday lunch.
Khamis lepas kami pergi makan kat Charms One Utama. Akak yang suggest sebab dekat dengan opis Akak. Lagipun Akak tak payah berpanas keluar opis....pandai tak Akak. Pandaikannnn....
Charms ni rasanya dah lama bukak kat One Utama tu tapi Akak jer tak pernah pergi.
Akak order spaghetti bolognese haritu. Lupa pulak Akak nak snap gambar tapi memang sedap dan very big portion. Akak siap suruh derang letak dalam to go box bawak balik. Tukang menghabiskan spaghetti tu si Kakak. Kakak pun puji sedap.
pengantin baru dah ada panda eyes. Almaklumlah kena adjust kehidupan baru.
Tengok gambar kek ni tertelan-telan air liur Akak sebab sedap sangat.
Ni Chocolate Nutella kek. Disebabkan sedap sangat, keesokan harinya Akak beli satu slice lagi makan sorang. Satu slice dalam RM15 ++ sebelum GST.
Tapi rasa berbaloi duit yang Akak keluarkan.
Thank you Reen sebab belanja makan.
Semoga kau murah rezeki sentiasa.
Out of topic sekejap. Harinikan ada pemandu teksi lancar protest against Uber and Grabcar di Jalan Bukit Bintang. I have a personal experience yang mana I rasa trauma jugaklah nak naik teksi sorang-sorang. Masa muda-muda dulu, adalah kami 3/4 orang naik satu teksi. Pemandu teksi tu dari kami naik teksi asyiklah melucah. I tak tahulah nak cakap apa. Awkward gila rasanya. Nak turun destinasi jauh lagi so kami pretend jerlah tak dengar apa yang pakcik tu cakap.
Then last year kot Akak terpaksa naik teksi balik rumah. So Akak grab a cab dari One Utama tu. The moment I sat down in the taxi terus drebar teksi tu lock the doors. Akak rasa macam nak nangis sebab lock teksi tu semua dah dipatahkan so I cannot unlock the door from inside myself. Kena tunggu drebar teksi tu unlock dari pintu dia baru boleh buka pintu. I felt so unsafe. Terpaksalah Akak sembang baik-baik dengan drebar teksi tu. Cuak jugaklah....mintak dijauhkan. Akak nekad dah kalau jadi apa-apa Akak ketuk jer kepala dia dengan payung Akak. I always carry an umbrella when I need to take the cab alone. Pengajaran jugaklah buat Akak. Lepas ni kalau nak naik teksi kena tengok dulu lock dia plus sekarang Akak ambik teksi book from Grabcar punya apps jer. At least I've got the info before hand on the taxi driver.
So pleaselah pemandu teksi sekelian, improve on your services and maintenance of your car tak adalah orang nak cari other alternative. I am not saying that all taxi drivers are bad people. There are a lot who is living an honest life. Banyak yang baik-baik cuma ada a few bad apples among them. Infact, I berhutang budi dengan a taxi driver for a good deed that he does towards my family member. Hopefuly there is a win-win situation for both sides.
Anyway, we as the consumer have the right to choose which services we want to....right?
No comments:
Post a Comment