Tuesday, March 22, 2016

Makan seafood

Lama dah cakap kat ayah budak-budak ni nak pergi makan seafood. 
Alih-alih dia bersetuju.....makan teruslah kami ke Kuala Selangor hari Sabtu tu.
Nasib baik jugaklah kelas gitar cikgu Adik kata cancel sebab dia ada hal. Kalau tak sampai lambatlah kami.


Sejam perjalanan dari rumah kami


Tempat makan pilihan mestilah Aroma Ikan Bakar.
Kena take note lain kali kena booking dulu kalau nak datang sebab masa kami sampai dalam pukul 5.30 ptg tu banyak meja orang dah booking. Tak dapatlah makan sambil menikmati pemandangan laut. 

Jadi kami duduklah mana-mana meja yang kosong kat dalam tu. Ayah budak-budak ni dah sulking sebab tak dapat makan kat tempat yg dia idam-idamkan. Ada Akak kisah....Akak datang nak makan seafood bukannya nak tengok pemandangan. Kejam tak? Hahahaha....




beratur pilihlah nak makan apa dan nak buat masak macamana



ambik air dalam jag terus senang. Satu jag air limau dan satu lagi air tembikai.






kami order Siakap makasak stim limau, Udang bakar, sotong, Pari bakar, Lala masak tiga rasa dan Ikan kembong dua ekor untuk anak bungsu kesayangan.

Ikan pari dia fresh...sedap. Lala masak tiga rasa tu pun kuah dia makan dengan nasi kosong jer pun dah sedap. 


close up sikit udang kesayangan hamba. Separuh udang ni Akak makan sorang hehehe...


anak bertuah ni tak makan seafood, so dia order kueyteow goreng. Nyampah kalau bawak budak ni makan sebab fussy sangat. Itu tak makan...ini tak makan. Sekarang ni pasal duduk asrama baru dia makan variety sikit. Kalau tak dia nak makan ayam atau telur jer. Itu pun duduk hostel kalau ada hari yang derang serve ikan, memang dia tak makan. Nasiblah bang...pandai-pandailah nak hidup kat hostel tu.



fuhh berpeluh Kakak makan ikan. Sambal kicap dengan asam cicah tu meletop pedas tapi sedap.


Terkejut jugak sebab bil tak mahal sangat. Akak estimate dalam dua ratus lebih....ni pun cecah RM200 disebabkan oleh GST. Consider murahlah tu. Sediakan cash sahaja yer sebab kredit card rasanya tak diterima.

Next post nanti Akak tunjuk gambar kami menikmati pemandangan sunset ditepi laut pulak ya.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin