Wednesday, October 1, 2014

TV series musim fall dah kembali yaaayyy...


Selain daripada melayan sakit gusi yang berdenyut-denyut dari kesan cabutan gigi geraham Jumaat lepas, I sekarang sibuk melayan Fall season TV series. 

Happy gila bila semua cerita favorite macam The Good Wife, Revenge, Downtown Abbey, The Blacklist, The Mindy Project, New Girl, Scandal dan banyak lagilah dah boleh download. 

Tu yang balik laju-laju buat apa yang patut pastu download cerita-cerita favorite. Tapi ntah apahal Unifi kat rumah tu dah lembab macam siput sabar jerlah. Nak download satu cerita pun berjam. Bertabah jerlah. Ni mesti pasal kitaorang dah habis guna kuota sebab asyik download cerita jer, tu yang internet lembab tu.

Suka sangat season baru new plot. Hari-hari tak sabar nak balik tengok cerita yang dah didownload.Kalau tak 3 bulan bosan jer sebab tak banyak cerita boleh tengok.



my favorite ladies <3 font="">

Season ni ada cerita baru start. How to get away with Murder dan Madam Secretary antara cerita baru yang best jugaklah based on the episodes yang dah tengok. Hopefully adalah lagi cerita-cerita yang best. So boleh balun tengok. At least kalau stuck dalam kereta boleh tengok. I siap dah download all the TV series dalam my phone and iPad. Dalam kereta selalunya tak layan orang sebelah bercakap sebab concentrate tengok cerita. So kalau ayah budak-budak ni bercakap I just angguk jer tapi sepatah haram tak tau apa yang dia sembangkan hahaha.....

Oh yeah....so happy that Grey Anatomy is back. Si Grey ni banyak nau adik beradiknya. Oppsss...tak nak bagi spoiler kalau you all tak tengok lagi =P

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin