Assalamualaikum,
Salam Jumaat. Gumbiranya hati sebab dah Jumaat walaupun kena drive sendiri kereta ke opis harini. Official driver I kena pi kursus pulak the whole day. Pastu tinggalkan kita dengan tank minyak yang dah nyawa-nyawa ikan. So terpaksalah isi minyak kereta pastu konpius kaler hijau ke kuning yang murah ni *bimbo mode sangatkan*.
Masuk parking visitor sekali penuhlah pulak. Selalu ample parking tapi hari ni boleh penuhlah pulak. Rupanya KDU College ada graduation day kat One World Hotel dan semua orang park kat my office building. Patutlah pagi tadi nampak ada brader jual patung bear dengan bunga tepi jalan. Heran gaklah sebab my office building macam kolej yang berdekatan.
Hobi I hari-hari buka nuffnang dan check keywords favorite ramai.
Adoiii dik/ Abang......tak yahlah google alamat Kiambang Dangdut kat blog Akak ni. Akak tak pernah masuk kelab dangdut. Tak sanggup Akak nak tengok pakcik-pakcik buncit pertengahan umur berjoget dalam kelab malam dengan gadis-gadis genit (genitkah?). Ini semua pengaruh TV terus stuck image tu dalam otak. Kat blog ni tak ada alamat okay.
sampai 3 orang pulak tu yang google...apakah?
malam semalam I masak sambal ikan bilis. Sedap sangat (puji diri sendiri tu). Makan denagn nasi panas memang terangkatlah. Ni kalau Chef Wan nampak ni mau kena bebel sebab banyak minyak bergenangan.
pagi ni pulak ada orang tinggalkan sebekas maruku, coklat dan vadeh atas meja I. Rezeki, Alhamdulillah.
Anyway, semalam boss baru tu dah mai tapi haram nak perkenalkan diri kat I. Tak per sombong sangat dia ya.....tak nak kawan. Asal jangan kacau hidup I udah.
Then petang my sister message mintak tolong jaga baby dia malam. I ni bab jaga budak I surrender sebabnya I tak boleh nak dukung baby sangat. Siaplah nanti lepas tu sakit tengkuk dan belakang. So I decline her.....sorry sangatlah tak boleh nak jaga anak dia. Anak dia bangsa tak boleh nak letak, asyik nak berdukung pulak tu. Told my husband about it. Akak kena tarbiyah balik dengan dia sebab tak nk tolong adik beradik sendiri.
Udahlah balik kerja nak kena masak untuk King and princesses kat rumah tu. Terkontang-kanting sorang-sorang kat dapur bersilat bagai. Kalau kena jaga my sister's baby mau I jugak yang kena dukung baby tu nanti sebab my kids tu sekejap jer keterujaan nak jaga baby. Nanti dah penat sure pass the baby back to me. I am too old for a baby.....tak ada stamina dah nak jaga baby. Akak larat jaga baby-baby tua jer sekarang. Baby yang boleh kerah buat kerja-kerja rumah sahaja.
No comments:
Post a Comment