Friday, October 10, 2014

Kesusahan orang lain


Assalamualaikum.

 Salam Jumaat kepada semua. 

Hangat hari ni cerita tentang seorang wanita yang terpaksa duduk di lantai dan menyusukan anak di dalam ERL dari KL ke Salak. Rakyat Malaysia memang dah lama dah hilang kesedaran sivik dan empathy terhadap orang lain. Bukan baru lagi isu tak bagi orang tua dan perempuan mengandung duduk dalam LRT atau mana-mana pengangkutan awam. 

Dari zaman I biasa naik pengangkutan awam 10 tahun lepas pun macam tu. Kalau naik jer LRT seat semua penuh diduduki kaum Adam yang gagah perkasa sihat tubuh badan. Boleh pulak dah duduk tu sedap pura-pura tidur . Waima kalau ada perempuan mengandung sembilan bulan sekalipun berdiri depan dia jangan haraplah dia nak give away seat dia. Malu sungguhlah........baik tukar jer anu tu atau buang saja. Kita yang perempuan ni pulak yang selalu mengalah bagi orang tua atau wanita mengandung duduk. 

Tapi dalam kes atas tu perempuan yang sihat pun tak ada perasaan simpati nak bagi orang yang ada anak nak menyusu duduk. Hai dik, kadang-kadang kita kenalah ada perasaan kesian kat orang. Hari ini hari dia, mungkin esok lusa hari kita. Kot kita pengsan ke atas train tu nanti sapa nak tolong. 

Baru-baru ni ada my collegue yang pitam dalam LRT, nasib baik ada Aunty yang sempat 'tangkap' dia dan papah dia keluar dari train tu. Aunty tu siap tunggu dan sapu minyak sampai dia back on her feet. So please be nice to strangers yang kita tak kenal cause we never know when we will need their help.


Orang Malaysia ni tak cukup sivik lagi rasanya. Kalau tak, takkanlah dalam klinik ibu mengandung pun ramai suami-suami yang sibuk duduk dan membiarkan ibu-ibu mengandung berdiri. Pleaselah husbands, give up your seats to the expecting moms. Kalau bini kau salah seorang yang kena berdiri tu, apa yang kau rasa. 

Satu perkataan jer, lelaki Malaysia tak gentleman dan bermulutlongkang!

Pagi tadi I ada baca post yang one of my FB friend letak di wall dia. Tentang anak kecil yang bawak bekal nasi goreng dalam bekas sabun Axion. Bacalah sendiri di link ini..... hibanya hati. 




Masih ramai lagi rakyat yang hidup susah di tanah sendiri. Menteri kata gaji basic RM2,500 cukup untuk siswazah yang baru bekerja jika diuruskan dengan baik tapi Ahli Parlimen yang bergaji RM6,500 pula minta dinaikkan gaji sebab katanya terpaksa 'mengikat perut'. Orang lain yang jauh lebih susah ikat perut tak pulak kau ingat. Mungkin pemimpin kita kena mengikut cara Khalifah Umar Al-Khattab barulah dia sedar kesusahan rakyat. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin