Bulan puasa ni nafsu makan tu membuak-buak. Apa nampak, semua nak beli kat Pasar Ramadhan tu. Kata setan dah kena ikat, sebenarnya diri sendiri yang setan.
Nasib baiklah ada pokcik tukang lecture sebab selalu sangat beli makanan pastu tak habis. Membazir...isyk...apalah nak jadi.
tapi ayam panggang di Pasar Ramadhan Kota Damansara ni memang enak. Sekor RM16.
Dia siap bagi air asam untuk cecah dengan ayam tu. First timelah makan ayam cicah air asam. Tapi percayalahhhh...memang sedap. Kalau nak cari ni Pasar Ramadhan yang dekat dengan McD Kota Damansara. Gerai dia menghala ke kedai barang elektrik corner tu.
Tengok tak semalam ending cerita Dejavu di Kinabalu. Isykk...tak puas hati sungguhlah ending si Nadira kawin dengan Bazli. Tak feeling langsung. Ingatkan masa Bazli kejar Ammar tu dia nak suruh Ammar kawin dengan Nadira. Rupanya......nak suruh jadi saksi jer ke?. Cisss kurang asam sungguh. Ending tak best....ni koranglah ni yang vote nak Nadira kawin dengan Ammar =P
Tapi tak apa, katanya ada ending version kedua kat www.tonton.com.my.
Lebih tangkap leleh dengarnya. Ni yang tak sabar nak balik, nak tengok versi kedua.
Selamat berhujung minggu. Orang Selangor bestlah ya cuti straight sampai Isnin.
P/S: Peminta sedekah yang bawak baby dah tak ada kat Pasar Ramadhan Kota Dsara, sekarang ni keluar pulak perempuan peminta sedekah yang berkaki kudung. Nampak macam sindiketlah pulak sebab dia pandai keluarkan macam2 versi peminta sedekah.
No comments:
Post a Comment