Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan 2012 - Day 10



Rezeki hari Isnin, orang bagi present.
Coklat datang jauh dari Australia. Saiz pun 4 kali dari coklat Cadbury biasa

Si adik ni pantang apa yang abang dia ada dia pun nak jugak. Tengoklah budak dua beradik ni dah jadi macam boria Kampung Pinang.


depan kedai kueyteow goreng feberet budak-budak ni at Pasar Ramadhan Kota Damansara.

tudung baru aii...lawa tak?
Ni antara tudung baru yang beli kat Al-Humaira Contemporary hari tu.

Kesian dengan derang sebab terpalit dengan kontoversi Abby Abadi. I totally agree with them that it is their prerogative untuk tamatkan kontrak Abby. Abby should have read the contract thoroughly instead of melemparkan tuduhan macam tu.

Geram jugaklah baca komen-komen peminat tegar Abby kat fan page Abby. Siap buka fan page nak boikot AHC. Masalahnya yang ramai mengondem dan mengkritik AHC jantan-jantan bukannya kaum hawa. Ehh jantan-jantan ni semua bertudung ke?. Ada pulak jantan bangang yang cakap AHC buat silap sebab wanita PAS bertudung lagi ramai dari Wanita UMNO. Ehh bodoh....this is not about politiklah. Lagipun I rasa target market AHC bukannya wanita PAS yang bertudung labuh dan berjubah. Pergi tengok kat Butik AHC tu selendang and tudung mereka macamana. Lain kali nak kondem orang guna otak dulu. Orang bisnes mestilah nak kena fikir tentang perniagaan derang. Cuba kau ada bisness, kau nak rugi ke?. Nak boikot perniagaan orang Islam. Bagus sangatlah tu. Abby should've just kept quiet. Ni sekarang macam kau pun sama nak tutup periuk nasi orang. Kontrak awak kena terminate, mungkin Allah akan bagi kau rezeki lebih besar but nooooo...you choose to make a big hu ha out of it. Bagus sangatlah tu. Ilmu didada tak cukup lagi dah macam nak tunjuk bagus. Sorrylah seriously I tak berkenan. Artis lain pun ramai yang berhijrah dan berdakwah tapi tak adalah yang gila publisiti macam Abby. Siap tanya kenapa wanita Islam lain tak bertudung. Itu bukan cara nak tegur orang. Islam itu lembut. Ini tak, soalan lebih kepada nak menyakitkan hati orang.

Mintak maaflah kalau ada yang terasa tapi emo pulak menengokkan orang yang baru pakai tudung sebulan dua, ilmu pun tak cukup lagi dah nak tunjuk bagus. Pergi bergurulah dulu, cukupkan ilmu didada. CUba didik orang keliling dulu sebelum nak menegur orang lain. Diri sendiri perbetulkan.

Haaa...kan tak boleh stop nak tarbiyah. Itu sajalah syarahan Ustazah PM hari ni. Assalamualaikum.

Anyway this is my personal opinion. Jangan ambik hati peminat tegar Abby. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin