Mesti ramai orang dah bercuti. Tadi tengok masjid Taman Tun pun dah tak ramai jemaah solat Jumaat macam biasa. Jeles I sebab orang dah ramai cuti tapi I gak kena kerja. Ni tengah sangap kat ofis sementara menunggu pukul 5. Sangap-sangap pun sebenarnya banyak kerja kena settle before pergi bercuti. Ni pun dah siap compose email nak bagitahu that I will be on leave next week. Ingat nak tulis kat situ "P/S: Please don't call my handphone =P". Sebabnya tak pernahlah I aman nak bercuti sebelum-sebelum ni.....ada jer calls dari ofis. Menyampah.
Semalam my office belanja staff buka puasa at restoran Peranakan Place, One Utama. Payah nak dapat peluang office belanja staff buka puasa ni, so harus pergi. Meny semalam Otak-otak, Gerang Asam Fish, Butter Prawn, Honey Sotong, Pandan Chicken, Tomyam Soup, Cincalok Omellete, Kailan Salted Fish and Steamed White Rice. The whole set is RM369 untuk 8-10 orang makan. My table semua ladies tapi licinlah semua pinggan unlike meja sebelah yang kena duduk semeja dengan bosses. Kesian derang kena control makanlah tu LOL. Nasib baik my fren and I datang awal sikit so kitaorang bolehlah chop meja mana nak duduk hehe.
Semalam masa buka puasa macam tak boleh masuk sangat nasi sebab selalunya I memang makan sikit jer. Bila dah banyak lauk ni mulalah tamak semua nak rasa.
now I am salivating over the asam pedas.
Kuah dia tak pedas and very sedap. Tengok gambar pun air liur dah keluar. Nak kena google ni macamana nak buat asam pedas style Peranakan.
Pandan chicken was delicious. Nak makan silalah tanggalkan daun pandannya dulu ya =P
butter prawn sedapnya. I siap makan nasi dengan "sampah-sampah" dalam pinggan butter prawn tu lagi. Sampah-sampah tu is actually eggs. Tapi macamana telur boleh jadi macam tu eh?
penuh dengan kulit udang. I memang hantu udang <3>3>
Tak ada gambar my collegue sebab semua dalam my camera. Malas nak transfer gambar. Gambar-gambar ni semua from my iPhone. Dah nak habis makan semalam baru perasan yang Erra Fazira pun ada buka puasa kat situ dengan anak dia. Nak ambik gambar seganlah pulak.
teh tarik sorang-sorang kat foodcourt Jusco sementara menunggu drebar I pick up
Itu pun malam tadi terembat jugaklah tali pinggang dan rantai 3 tier. Pastu ada cardigan yang I berkenan on 70% discount tapi tak ada price tag. Jenuh menunggu salesgirl tu check harga tapi dah lama sangat malas I nak tunggu lagi.
I got duit raya. Dah tua-tua pun dapat raya....ni yang suka ni. Bolehlah beli baju raya lagi sepasang =P
So how's your Raya preparation? Dah cukup semua?
No comments:
Post a Comment