Monday, May 23, 2016

Concept Store Jepun, Korea dan China

Assalamualaikum,

Sebenarnya Akak tak tahu nak letak tajuk apa kat atas tu. Minggu lepas Akak ada pergi a few kedai, panggil concept storelah agaknya dari Jepun, Korea dan barang-barang dari China. 

So Akak buat review lite-lite jerlah ya.

1) Yubiso - One Utama
Location: Nearby Daiso New Wing One Utama


Dah lama dah Akak nampak kedai ni tapi tak pernah tergerak pulak hati nak masuk.
Last week tiba-tiba macam berminat pulak nak check it out. 
Best jugaklah kedai ni. Conceptnya macam Daiso tapi kedainya tak sebesar Daiso. 
Disebabkan Akak blogger penyegan so Akak tak ambik gambar banyak dalam kedai ni. Takut kena sound pulak kang.


Colored pen and highlighter...kinda cheap. 3 batang for RM5
Kalau Adik nampak ni mesti dia suka.


tak tau panggil apa tapi I know it's a concealer blender.
It's only RM5 each


segala mak nenek getah rambut



gambar dari google


gambar dari google

From what I know barang-barang dalam kedai ni range from RM5 to RM15.


2) Kio Da @ Kota Damansara 
Location: 3, Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway Kota Damansara


 

kedai ini pulak kebetulan Akak perasan Jumaat lepas. Akak jarang ikut jalan tu tapi ntah macamana boleh pulak lalu situ. Memang saja jerkan. Kedai ni sebaris dengan Burger King dan berhadapan dengan food court.


Akak suka kedai ni sebab banyak barang make up dari Korea. 
Produk terkenal Magic Snow Cushion - April Skin pun ada dijual tapi disebabkan Akak kedekut nak spend RM90 so Akak tak beli. Tak per lain kali kalau hati Akak terbuka nak beli, tahulah mana nak cari.


banyak knick knack lain dalam kedai ni. Tapi sayang....Akak penyegan nak ambik gambar hehehe


End up Akak beli face mask saja. Each for RM2.50
Malam tu kami berempat ber-face mask. Lepas tanggal face mask tu lembut jer kulit muka kami. 


Boleh follow mere di FB dan IG

3) Market @ eCurve, Mutiara Damansara
Location: Lower Ground


kedai ni pulak Akak terjumpa masa pergi cari barang Cosplay Adik kat e-Curve.
Dari kejauhan dah silau mata Akak sebab kedai ni terang flourescent sangat.
Dinasihatkan pakailah kaca mata hitam kalau tak mau pening.

Akak rasa barang-barang dalam kedai ni dari China kot. Sebab bila Akak belek semua macam made in China jer.






Akak beli stokin kaki 5 pasang untuk RM10 dan budak-budak ni pow Akak sorang satu headphone for RM20. Akak rasa kena pandai pilih barang sebab bila Akak pergi Kio Da tu ada jer headphone RM15. Dah terbeli tak apalah.


dah kenapa muka Akak macam tu?

Anyway, weekend dalam eCurve tu ada flea market jugak.
So sapa-sapa yang tak nak kena hujan atau panas can check them out on weekends.
Macamlah depa jual....tudung Naelofa pun ada. Tapi jangan datang awal sangat sebab pukul 10 pagi baru derang set up stall rasanya.

Itu sajalah.....Tata

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin