Monday, May 16, 2016

Aktiviti hujung minggu


Assalamualaikum,

Akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada tenaga pengajar. Terima kasih Cikgu. 

Hari Sabtu kitaorang pergi Giant sebab Adik nak cari baju jersi tapi tak jumpa. Kemudian ayah budak-budak ni ajak pergi Tesco Mutiara Damansara. Kecik tapak tanganlah sebab dah berapa minggu Akak tak keluar berjalan terperap dalam bilik. Bila dapat jalan tu rasa macam happy sangat hahaha. Alamak baju raya CheTaxTesco tak keluar lagi, kalau tak mau jugak Akak tengok lawa ke tak. Tengok kat website Lazada boleh tahanlah lawa-lawa jugak design baju Che Ta tapi naklah kena sentuh material apa. 

Tengahari tu kami terus lunch di foodcourt Tesco. Ada satu stall western tu memang favorite kami anak beranak. Adik kalau datang mesti order lasagna. I pulak makan spaghetti bolognese. Akak pernah cuba nak buat lasagna kat rumah tapi tak mejadi....kulit lasagna tu jadi rentung hahaha.... nak kena berguru dulu kot baru menjadi.

Hari Ahad pulak kena bawak mak Akak pergi dentist balik. Klinik sms kata ada masalah dengan acuan gigi so kena ambik balik acuan baru untuk gigi palsu. Isnin sepatutnya nak pasang dah gigi plasu baru. Risau gak Akak kalau tak siap gigi mak Akak tu. Nasib baiklah doktor assured gigi boleh siap on Monday.


muda lagi doktor giginya.

Kejap jer appoinment giginya sebab nak ambik mould jer. Pastu mak Akak kata dia nak pergi pasar pagi Penchala sebab dia nak cari anak tudung/ serkup. Serkup dia ada satu kat rumah Akak hehehe...haritu Akak masuk sepital dia pinjamkan telekung dengan serkup. Telekung Akak dah basuh dan pulangkan, serkup tu lupa pulak nak pulangkan.


kecik jer Pasar pagi Penchala ni. 10 minit boleh kawtim kalau tak menyinggah satu kedai lama-lama ler. Akak terbeli satu selendang plain panjang RM15. Koser Akak nak beli  kat butik-butik muslimah, sehelai selendang plain tu depa jual RM35.....berapa percent dah tu mark up gamaknya.


Omak dan anak


lepas hantar Nenek balik, hantar budak ni pulak ke library.
Katanya nak buat study group dengan kawan-kawan sebab periksa start hari Selesa.

Lepas hantar Adik, kami ke Aeon Big pulak sebab nak cari sayur- sayur sikit dan Ayah nak cari pokok-pokok plastik untuk mini akuarium dia.


nak bayar tiba-tiba Ayah letak sampai 3 Glo. Terkejut Akak apahal yang beli banyak sangat.
Rupanya 3 botol untuk RM10. Patutlah pakcik tu ambik.

Balik kami makan lauk simple jer sebab tinggal bertiga jer kat rumah.



Akak panaskan balik kari ayam malam semalam, buat sambal belacan dan telur dadah. 
Kakak makan bertambah-tambah semalam sebab ada sambal belacan. Memang favorite dia sangat sambal belacan tu. Tapi husband Akak komen dia kata sambal belacan Akak kurang belacan. Akak tak beranilah nak bubuh belacan banyak-banyak, nanti terbersin-bersin pulak. Pastu Akak terbubuh gula terlebih sikit kot so sambal belacan Akak tu tak berapa pedas.



Itu jerlah kisah weekend kami.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin