Thursday, May 5, 2016

Akak kena kuarantin pasal tu Akak senyap


Assalamualaikum,

Ada lagi ke orang yang baca blog Akak. Akak membisu lama sebab Akak tak sihat.
Minggu lepas Akak kena hospitalize 5 hari sebab kena infection teruk pastu white blood count pun tinggi. Akakkan minggu sebelum tu memang dah tak sihat sangat tapi Sunday 24hb April tu Akak dah rasa teruk sangat so Akak pergi balik klinik. Antibiotik klinik semua dah habis tapi Akak tak sihat-sihat jugak. Jadinya doktor klinik terus refer Akak ke hospital suruh buat blood test dengan X-Ray. 

Pergi emergency ward siap package semua kena semput, selsema batuk dan demam. Terus doktor tahanlah hospital. Merasa duduk 4 malam 5 hari kat hospital. Udahlah duduk level orang sakit jantung semua......seram jugaklah. Nasib baiklah anak dara ada nak temankan.....kalau tak mau Akak tido malam buka semua lampu bilik sepital tu. Tu pun sebenarnya tido malam buka jugak lampu headlamp kecik sebab penakut hahaha...

Disebabkan lepas 2 hari batuk berkahak kuning Akak tak baik-baik, doktor attending terpaksa refer Akak to doktor ENT. Bila jumpa doktor ENT, discover Akak ada nanah/kahak yang banyak dalam pipi kanan sebab tu Akak batuk mesti keluar kahak kuning pekat. Merasalah doktor tu masukkan kamera dalam lubang hidung. After buat head CT scan memang nampak yang pipi kanan ni penuh dengan nanah/kahak. 

Disebabkan immune system Akak yang very weak doktor bagi 2 minggu MC....Akak kena kuarantin u'olls. Doktor tak bagi pergi kerja sebab aircond dan carpet akan memburukkan lagi keadaan kesihatan Akak. Doktor nasihatkan Akak keluar dari KL kalau nak sihat sebab kualiti udara Lembah Klang ni sangat tak sihat. Ibarat macam sakit Akak ni flame, bila keluar KL baru api tu boleh mati. Ada ke dia nak suruh Akak pergi New Zealand....meh sini duit....gladly Akak pergi hahaha. Doktor siap pesan kat rumah tu tak boleh sapu rumah pun.....kena mop jer sebab dustmite ni bahaya. Akak nak pergi mana.....duduk rumah jerlah ngadap TV, makan ubat, tido......tunggu budak balik sekolah. Itu jerlah rutin harian duduk rumah ni. Tak seronok okay. Semua cerita kat Astro tu Akak dah habis repeat.


mula kena cucuk tangan kanan, lepas 3 hari urat dah mengembang sakit tukar pulak tangan kiri.
Merasalah dua2 tangan kena cucuk. Nasib baik nurse kat ward tu cucuk tak sesakit nurse kat Emergency ward. Every few hours kena cucuk ubat dan antibiotik.


antara makanan hospital


amboi sedapnya dia makan.....dia memang suka makan makanan hospital



duduk hospital 5 hari tu, at least 3/4 kali sehari kena guna nebuliser.
Akak dah rasa macam Darth Vader dah.....


ini saline water untuk hidung. 
First time guna sampai terpancut-pancut ke mata sebab tak reti guna.
Bila guna saline water ni hidung dah tak tersumbat terukkalau tak everynite hidung Akak mesti tersumbat sampai tak boleh tidur.


alamak sedaplah pulak tengok makanan hospital ni....seronok jugak duduk hospital sebab order jerlah nak makan apa nanti orang datang hantar makan jerlah tak payah nak fikir nak masak apa.


ni kat X-ray. Akak kena buat head CT scan


ni pulak pemandangan dari bilik hospital Akak.
Depan tu pasar besar Taman Tun Dr. Ismail.
Depan pasar tu pulak Insyaaallah office baru Akak in next few months.


orang selalu flatlay kan makanan....ni Akak flatlaykan ubat-ubatan Akak.
Banyak tak banyak Akak kena makan dalam sehari. 
2 jenis antibiotik, 2 jenis ubat batuk, ubat selsema, Inhaler, pastu drug apa ntah lagi yang Akak kena makan 3 kali sehari. Manalah Akak tak ting tong seharian. Nak jalan dekat-dekat pun berpeluh-peluh tak boleh fokus. Harini baru Akak rasa okay sikit....tu yang Akak baru boleh menulis harini.

 Isnin depan Akak ada appoinment follow up dengan doktor, harap-harap tak payahlah sedut nanah dalam pipi ni. Doa-doakan Akak sihat seperti biasa ya.

1 comment:

SueGinola said...

Semoga cepat sembuh akak...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin