Wednesday, June 1, 2016

Post holidays blues

Assalamualaikum,

Akak cuti 2 hari sebab budak-budakkan sekarang cuti sekolah. Saja nak spend time jalan-jalan lepak-lepak dengan anak-anak. Cuti sekolahlah baru cukup bilangan anak kat rumah.

Apa yang Akak buat semasa cuti tu?

1) Akak pergi checkout baju raya CheTax Tesco

Bila dah tengok dekat-dekat baju-baju tu, my personal opinion is that baju tak berpadanan dengan harga. Material dia tak lawa plus bila belek dekat-dekat jahitan dan lace semua tak kemas. What to expectkan....sah-sah jual kat Tesco

Verdict: hanya Che Ta jer yang pakai baju-baju dia nampak lawa kot.
Kalau Akak pakai nampak macam khemah bergerak nanti.






2) Ahad pergi meneman Adik dan BFF dia pergi Comic Art Festival kat Quill City Mall

Akak tak masuk pun so Akak tak tahu apa ada kat dalam tu. Just janji dengan budak-budak ni tunggu kat mana at certain hour.


BFF ni sejak dari darjah satu


Akak saja jer nak ikut sebab Akak tak pernah jejak kaki pun ke Quill City Mall.
Hokehlahhh....a decent mall. Banyak kedai tak bukak lagi kot.
Sephora tak ada so terus menjadikan mall ni membosankan hahaha....


kematu bontot tunggu budak berdua tu dari pukul 2 sampai 5 petang.
Nasib baik ayah budak2 belanja makan Kehepsi (KFC - lah)
Pusing-pusing Aeon sekejap tengok apa yang best...tapi tak membeli apa pun sebab hari Sabtu lepas tu Akak dah beli baju raya budak-budak sikit-sikit. Weekend ni nanti nak kena pergi cari lagi (kalau rajin).

3) Neng Geulis

Butik favorite Akak ni sebab Akak suka kumpul 'Naomi Blouse'.
Naomi Blouse tu sejenis blouse yang tak payah gosok.
So Akak gila mengumpul. Akak rasa Akak ada dekat 7 helai Naomi Blouse macam-macam warna.


lokasi: Kota Damansara


minggu lepas ada promo. Beli 1st item 2nd item dapat 80%
Akak beli Naomi Blouse satu RM79.55, baju yang kedua tu Akak bayar RM16.75
Happy Akak.....pastu dapat free tudung bawal lagi. Bertambah happy Akak.

Harini Akak datang kerja rasa macam 'Monday Blues' walaupun hari ni Wednesday.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin