Anak dara bungsu tu demam panaslah pulak. Hari Ahad lepas dia sendiri mintak pergi klinik sebab tak tahan demam. Selalunya payah nak ajak pergi klinik.
Rupanya temperature dah naik sampai 39C.....memang panas sangatlah.
Sakit badan-badannya....sebelum tu memang dah batuk dan selsema lebih dua minggu.
Ubat batuk dan selsema dah habis tapi tak baik-baik jugak batuk selsema.
Kali ni doktor tambah bagi antibiotik sebab tak sihat-sihat jugak termasuk dua hari MC.
Sebenarnya periksa dah mula 1hb Mac tapi disebabkan dia demam dan weak sangat doktor tak advise dia pergi sekolah. Itu pun sebenarnya Isnin kami pergi klinik lain untuk 2nd opinion. Temperature hari Isnin 38.5C .....tak kebah sangat demamnya. Dia demam dan cirit-birit. So doktor advise stop makan ubat lain kecuali ubat demam dan ubat tahan diarrhea jer. Buat blood test dan ambik X-Ray sekali kat klinik. Alhamdulillah blood test okay tak ada yang abnormal. Kami risau gaklah sebab simptom demam Adik sama macam simptom demam denggi yang dia kena masa raya tahun lepas.
Doktor kata lepas habis antibiotik kena buat X-Ray lagi sekali sebab dalam X-RAy tu macam ada white spots so dia nak compare samada ada beza ke tak. Masalahnya budak ni bila demam dia tak ada selera nak makan dan susah nak makan antibiotik yang besar tu.
Itu pun Akak paksa dia minum 100plus untuk bagi tenaga. Dan Ayah dia kena jerkah dia baru dia makan ubat antibiotik sambil ngalir air mata. Ngada tau anak manja Ayah ni. Kalau Akak marah ....macam angin lalu jer dibuatnya. Tak takut langsung......suara mama kau ni tak cukup petir ke?
budak manja....semalam kami bawak makan di Uncle Lim
sebenarnya Ayah yang craving nak makan mee kari
Mama dan Kakak makan porridge dan chicken chop.
Dah petang-petang ni besar pulak portionnya....kalau datang tengahari sikit jer dibubuhnya
Nak habiskan stok makanan agaknya petang-petang.
Budak demam tak selera makan so Akak belikan dia jeruk mangga supaya berasa sikit mulutnya.
Bila tak makan tu yang jadi lebih lembik tu. Nampak gayanya kena skip semua exam minggu ni. Dahlah dia pressure sebab duduk dalam kelas pertama so cikgu expect semua dapat straight A's untuk exam. Nak tukar kelas Cikgu tak berapa bagi sebab kelas dia tu semua murid terpilih based on academic achievement....kira budak-budak yang excel pelajaran. Dia nak masuk kelas yang ada music, kelas pertama ni lebih ke academic. Lagipun Cikgu kata budak kelas pertama ni ada extra advantage sikit. Mama dan Ayah tak pressure Adik tapi peer pressure ...so bertahanlah anakku. Budak ni sebenarnya lebih minat to benda-benda art dan music.......tersilap masuk kelas pulak. But what to do hopefully you can excel in academic as well as your art and music too.
Tengahari tadi budak demam tu nak makan mash potatoes....so kami yang lain pun ambik kesempatanlah. KFC ada set murah sekarang ni. 9 pieces, 2 mash potatoes dan 1 coleslaw only RM39.90.
Doakanlah semoga Adik cepat sembuh.
1 comment:
Alahai kesiannya..hope yr daughter get well soon
Post a Comment