Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Nasi Impit

Salam Khamis,

Kuih Raya Akak dah selamat ambil dari rumah mak Akak semalam. Tapi Akak tak keluarkan dari plastik lagi sebab kalau keluar kang laju jer habis kuih tart tu sebab ada hantu tart nenas kat rumah. Tak sempat nanti nak bubuh dalam balang kuih raya. So biarkan kuih tu semua dalam plastik sampai dah dekat Raya baru kita keluarkan.

Hujung minggu ni Abang balik cuti Raya untuk 2 minggu. Akak ingat Akak nak buat duty roaster suh budak-budak ni kemas rumah dsbgnya. Kalau tak bagi instruction nanti masing-masing buat bodoh mengadap computer jer. Adik dan Kakak pulak mula bercuti sekolah hari Rabu depan. Rasanya tahun ni cuti Raya paling singkat kot sebab Rabu satu lagi dah sekolah balik. Maknya pulak cuti sakan 5 hari lepas Raya sebab terpaksa ambik block leave. Benci sangat dengan rule kena ambik block leave 5 hari ni. Membazir cuti ai tau.

Semalam Adik teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Terpaksalah sebelum buka puasa tu merebus nasi impit instant. Nasib baiklah ada kuah kacang dalam peti ais so tambah air dan panaskan jer. Tak sempat sejuk lagi nasi impit tu Adik dah potong makan. 
-_______-


tak sempat Raya lagi dah selamat merebus nasi impit



2 comments:

Leila said...

teringin pulak makan nasi impit dgn rendang tok :)

Pink Mama said...

Hi Leila,

Akak selalu baca your blog...tapi silent reader jerlah hehe. Akak kalau nak makan rendang tok kena tggu Rayalah nampaknya =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin