Salam,
Dah masuk Raya ke 6 baru berkesempatan nak update blog. Akak busy jaga Adik dalam hospital ni. Nanti Akak cerita kemudianlah.
Sebelum lupa jomlah kita cerita pasal hari raya.
Malam sebelum raya kami adik beradik berkumpul kami my parents house sebab my 2nd sister beraya belah mak mertua dia. Raya ke 4 baru dia balik rumah our parents.
Gambar kat atas tu attempt ketiga. Payah gila nak ambik gambar budak-budak ni. Kalau ambik gabar kat kedai gambar mau stress Apek photographer tu.
1 Syawal kami pagi-pagi lagi dah pergi rumah my parents. Breakfast sana sebab Abang dan Ayah nak solat kat masjid TTDI. Kami ni tiap-tiap tahun tak pakai baju sedondon macam orang lain. Sukahatilah nak pakai baju kaler apa asalkan happy. Jangan buat perangai nak pakai suar jeans dengan tshirt udah.
Tunggu my sister sampai pastu kami bertolak balik Melaka 2 kereta dengan my parents sekali. My father mesti nak balik jengok adik dan kakak-kakak ipar dia kat kampung.
Alhamdulillah jalan tak jam sangat.....jam lite-lite nak masuk Senawang tu jer.
First house rumah adik my father.
Kebetulan orang balik solat Jumaat, masjid depan rumah. So kena tunggu orang balik masjid baru boleh parking kereta.
Kalau balik Melaka, makan semua memang best sebab ikut tekak kami.Lemang, ketupat, rendang is a must.
cap ibu dan anak....gang jubah.
Tak pakai baju kurung tak semestinya kami less a malay. So tak payahlah nak pertikaikan sangat pakaian orang. Kecohkan sekarang kenapa orang melayu nak jadi Arab. Habih yang pakai seluar jeans tu semua, tak ke nak jadi Barat?. Sorry termelalut....
my father pulak sampai rumah my mak ngah terus terjah pokok rambutan gading.....bukannya pergi cari tuan rumah dulu hahaha....
Berplastik okay dia menggangkut balik rambutan. Semut dari Melaka siap turun KL pastu naik ke Pahang. Rambutan gading ni kurang semuat tapi rambutan merah tu ...hoiiii banyaknya semut hitam.
kalau rumah my mak ngah memang kami looking forward makan laksa. Laksa Johor ada, laksa Utara ada. My cousins memang terrer masak. Siap whatsapps gambar kat my sister ....bakar perasaan dia sikit hahaha....
my sister and I infront of our grandmother's home.
Budak yang photobomb kat belakang tu bukannya sihat sangat. Demam dari last Thursday.
Demam pun kena ikut balik Raya. Takkan nak duduk rumah sorang-sorang kot.
Kami balik hari jer. Malam sempat singgah rumah my cousin dulu beraya kat Bukit Jalil sebelum balik rumah. Dekat pukul 11 malam baru sampai rumah. Letihnya. Nasib baiklah baju Raya budak-budak dah siap gosok sebab besok nak balik beraya kat Pahang pulak.
Rindu raya kat Melaka zaman kecik-kecik dulu. Seminggu sebelum Raya dah balik kampung. Pastu rindu main bunga api dengan cousin-cousin. Raya pusing satu kampung collect duit Raya. Anak-anak sekarang tak merasa dah experience ni. I nak lepaskan derang pun I tak berani sebab ramai sangat psikos sekarang.
Oklah nanti I sambung Raya kedua pulak ya .....
Selamat Hari Raya.
No comments:
Post a Comment