Monday, July 13, 2015

Ramadhan 2015: Day 25 Berbuka with Family

Salam,

Dah masuk minggu terakhir kita berpuasa. Insyaallah kita akn beraya hari Jumaat ni.

So yesterday I was scrambling buat persiapan last minute beli baju raya budak-budak. 
Nasib baiklah One Utama kosong so senang nak parking. Tak koserlah nak pergi bazaar raya kat PWTC tu sebab tengok gambar dari Instagram pun dah seram ....punyalah ramai orang. Lepas tu kena ambik nombor beratur nak masuk. No way I'm gonna bersesak-sesak semata-mata nak cari baju raya.

Selamat dah semalam beli baju jalan-jalan for the kids. Budak-budak ni kejap jer pakai baju raya pastu mesti 'menggeletis' nak tukar baju. Dapatlah the girls T-shirt 2 pasang sorang and Abang 2 pasang seluar baru and a new t-shirt. Baju melayu dan baju kurung dah kawtim awal-awal lagi so tak payah nak fikir lagi.
Kasut Raya jer yang tak beli lagi, maybe beli kat Jelly Bunny jer udah. 

Mak tahun ni tak ada baju baru accept the jubah that my dad belikan from Mekah. Actually bila dah jadi mak-mak ni keperluan anak-anak sentiasa diutamakan. I pun tak kisah sangat sebab ada baju raya tahun lepas yang I pakai sekali jer so no hallah kalau repeat pun.

Abang kami dah selamat jemput from hostel last Saturday. 2 minggu budak tu cuti Raya. 
Dia ingat dia boleh bersenang lenang dirumah....hmmm silaplah cause I have a lot of things for him to do. Muahahaha....

House chores for him :

1) Basuh toilet
2) Mop lantai
3) Tukar langsir
4) Bersihkan lampu and kipas.
5) Lepas raya ingat nak suruh dia cat balik dinding hall. (bulan puasa tak sampai hati nak suruh sebab penat puasa)

Wah banyak pulak choresnya....dah macam maid for hire pulak hahaha....

Anyway, semalam I berbuka puasa at my parent's. Semua adik beradik, ipar duai, anak-anak buah balik berbuka puasa. Memang meriah sangatlah semalam. Happy my mom sebab dapat berbuka puasa dengan semua orang.



my mom belanja kami makan satay Samuri semalam. Makanlah 100 cucuk sampai muntah.
I made puding roti special request from my youngest sister. Nasib baik sodap hahaha....mesti korang kata puding roti bukannya susah sangat pun =P
Then I sponsor air macam-macam jenis. Kebetulan semalam pergi Giant ada pulak bottle coke tulis 'Atuk' dan 'Nenek' terus beli. Then I beli murtabak Singapore.
My youngest sister pulak goreng kuew teow sedap ...licinlah bekas tupperware tu. Bertambah-tambah Abang makan. Siap cakap makcu goreng kuew teow sedap....inilah kuew teow tersedap dia dapat sepanjang Ramadhan. Kembang montot makcu dia.
My other sister tukang beli satay. Alhamdulillah.



Rumah meriah semalam tapi I lupa nak tangkap gambar cause sibuk nak siapkan meja makan. 
Yang ada pun gambar my youngest nephew melekap kat daddy dia macam kangaroo cause takutkan Pak Long dia (my husband). Hehehe.....padan muka tak boleh notty-notty.



Dapatlah seketul hamper tahun ni. Alhamdulillah.

Counting days to Raya as I am still working this week till eve of Raya #cry
Nasib baiklah I'm a local.....kalau kena Raya ke Utara atau Selatan mau nangis sebaldi. 

Tahun ni tak ada orang sudi nak hantar kad raya kat Akak...sedih Akak tau. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin