Friday, July 24, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 - Syawal ke 3 Duduk hospital kita


Patutlah tahun ni Akak tak ada rasa nak beli baju raya baru. Rupanya Allah dah tetapkan Raya ke tiga sampai Raya ke 6 Akak kena berumah tangga kat hospital.

Adik hari Khamis minggu lepas demam panas. Akak kerja lagi hari tu. So Akak suruh husband bawak dia pergi klinik. Doktor just bagi ubat demam dan surat referal. Kalu demam lagi in within 24 hours suruh bawak hospital check.

Tapi memandangkan Jumaat (1st Syawal) kami balik Melaka beraya, Akak just suruh Adik makan jerlah ubat demam yang doktor kasi tu. Demam dia pulak on-off. Kejap panas....kejap sejuk so Akak ingat demam biasa jerlah.

Hari Sabtu tu badan dia dedar lagi. Balik dari Bentong tu kami decide bawak dia terus pergi klinik lain untuk buat check darah. Doktor check platlet darah dia dah turun ke 99. Normal platlet selalunya antara 150 - 400. Doktor terus suruh refer dia ke hospital untuk further investigation.

Balik rumah dulu mandi solat dan bawak baju selai dua terus kami ke Damansara Specialist. Budak ni dah lembik time tu. 


puas nurse cucuk sana sini nak cari veins dia nak ambik darah.
Dia relaks jer muka....Adik memang sadolah.

Result blood test dapat dalam pukul 10.30 - 11.00 malam.....memang confirm Adik kena denggi. Doktor terus suruh admit malam tu jugak.

Dekat pukul 1 pagi baru kami dapat bilik. Dapat pulak bilik untuk 2 katil.....sorrylah orang katil sebelah sebab kami bising masa masuk bilik. Budak katil sebelah tu pun kena denggi jugak dah 4-5 hari admit. Nurse kata memang banyak kes denggi. Sampaikan baby 8 bulan pun ada yang kena denggi. Rupanya anak my neighbor pun masuk hospital yang sama dari  Raya pertama lagi sebab denggi. 

So kalau ada family member yang demam tak baik-baik tu bawaklah pergi check klinik.



denggi tak ada ubat. Doktor just instruct suruh bubuh drip dan rest.

Kena tunggu tengok platlet turun pastu satu stage tu tengok platlet naik balik ke tak.
Setengah orang akan keluar rash kat badan. 

Budak ni masa dalam hospital tak ada selera nak makan dan minum. Memang kena paksa makan kalau tak mana nak ada tenaga, macamana nak recover.


budak manja. Bengkok badan Akak sebab kena share satu katil dengan dia malam-malam.
Mengerekot kami berdua atas katil sebab aircond hospital sejuk sangat. Dah adjust temperature pun masih tahap beku. 

Pakai sweater dan selimut dua lapis pun tak lut jugak tu.

Hari ke dua tu kami mintak tukar bilik single sebab senang sikit kami anak beranak. Barulah ada space nak bernafas sikit sebab bilik dah luas. TV ada pastu internet pulak laju kat DSH tu memang happylah Kakak dan Abang. I pun sempat download movies hehehe...



makanan hospital. Budak ni tak makan last-last Mama dan Ayah yang makan bagi licin.
Youghurt coklat tu sedap.


hari ke dua tu I sempat balik rumah kemas baju dan masak untuk lunch kat hospital.
Kedai makan pun semua tak bukak lagi, yang ada pun kedai mamak. Lauk kedai mamak Akak tak leh nak masuk sangat, tu yang sanggup balik masak. 

Orang kata sup ketam bagus untuk denggikan. Gigih Akak mencari kat Hero Supermarket tapi tak adalah pulak. Nasib baik pasar besar TTDI dah bukak. Dapatlah Akak beli 2 ekor ketam. Tau tak 2 ekor ketam RM21. Redhooo jerlah demi kesihatan anak terchenta. Last-last dia hirup sikit jer sup ketam tu, kami yang tukang menghabiskan. Sedap wehh ketam  tu, isi padat-padat.


hospital ada provide jus daun betik tapi upon requestlah.
Masa order meal tu kena bagi tau nak jus daun betik. Derang akan bagi 2 kali sehari. 
Kita usaha, insyaalah dengan izin Allah. Mujarablah kot jus daun betik ni.
Kat certain mamak pun ada jual jus daun betik. Haritu Akak beli sebotol dalam RM10.60.


anak-anak buah datang melawat. Best friend Adik sekeluarga pun ada datang. Siap bawak hamper dan duit Raya lagi. Thank you for coming semua.


kita akhiri dengan gambar makanan di hospital.

Adik dah discharge Rabu lepas. Ni doktor kasi MC sampai hari ni (Jumaat).
Besok lusa bolehlah Akak sambung beraya balik hehehe....

Stay safe okay semua. Tengok-tengok sikit persekitaran kita.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin