Monday, July 6, 2015

Ramadhan 2015 - Day 18 Nak jugak balik

Hari Sabtu menjemput anak bujang dari hostel. Nak jugak tu balik rumah walaupun minggu depan dah nak balik cuti Raya 2 minggu. Nasib baiklah kat Cyberjaya tu jer, kalau outstation sorrylah ayah nak pergi jemput. Dia bukannya rajin nak drive jauh-jauh. 

Kita mak-mak ni lembut sikit bila dengar anak mengadu yang buka puasa hari-hari makan nasi dan satu lauk (either ayam, ikan atau daging). Pastu bila tengok Instagram mak makan sedap-sedap....sian dia.  

Lepas jemput Abang dari hostel balik singgah Giant sekejap sebab nak beli barang dapur dah habis. Ramai jugak orang membeli-belah kat Giant. Kaya-kaya sebenarnya orang Malaysia ni. 
Haritu tengok berita TV3 siap tunjuk ada Akak ni beli baju kat Jakel spend sampai RM1000.....macam tu nak kata orang Malaysia tak ada duit. Kalau boleh beli baju raya sampai RM1000 maknanya orang Malaysia ni tak rasa terjejaslah dengan GST, kenaikan harga minyak dan barang. Pasal tu lah PM tak kisah nak kenakan pelbagai cukai kat kita....ehh harga tol pun nak naikkan.

Rakyat marhaein macam Akak ni terasa bila harga barang naik sebab kalau pergi pasar malam duit RM50 tu dapat beli barang sikit jer. Kalau pergi Giant atau Aeon trolley separuh barang pun dah beratus (nangis tepi bucu katil!)

Ha...kan dah melalut. Balik Giant sempatlah grill ayam sekor dah oven pastu masak terung masak sambal. Lain-lain tu beli jer kat pasar ramadhan. Kami berbuka puasa di rumah mak Akak. Penuhlah meja makan dengan lauk-lauk dan kuih pelbagai. Bapak Akak ada satu habit suka sangat bawak lebihan lauk dari masjid. Puas mak Akak cakap tak payah bawak balik sebab tak ada orang nak makan tapi dia bawak balik jugak. Itu yang jadi banyak lauk tu.


balik dari rumah nenek kami sempat mengeteh kat kedai mamak.
Asalnya Akak teringin nak minum teh tarik tapi masuk-masuk kedai bahangnya terus tukar ke teh ais. Anak bujang pulak teringin nak makan roti Naan...tu ha gambar kat atas Naan cheese with extra cheese lagi. 

Ahad pukul 4 petang, menghantar Abang balik ke hostel. Tapi sempatlah singgah pasar malam/ramadhan TTDI beli makanan sikit untuk berbuka. Tapi panasnya bahang matahari. Macamanalah agaknya orang yang meniaga tu mesti lagi panas.

Dua beradik keletihan menunggu ayah membeli juadah berbuka.


Nasib baiklah sempat sampai balik KD dalam pukul 6.30 petang. Sempatlah pergi beli air untuk berbuka.


Sekejap jerkan hari ni dah 19 hari berpuasa. Minggu depan dah nak raya.....nak nangis tepi bucu lagi sebab tak buat persiapan Raya apa pun lagi ni.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin