Tuesday, November 8, 2011

I know what we did last Raya

Assalamualaikum,

Masih dalam mood raya lagikah? Bagi yang masih lagi bercuti tu.....jelesnyaaaaa. I dah start kerja dah hari ni dengan berat hatinya hehehe.

Tahun ni kami beraya di rumah my parents jer dengan ketiadaan adik beradik lain sebab masing-masing berangkut balik rumah mertua. Kami jer yang tak ada kemana-mana, almaklumlah my MIL passed away 2 yrs ago.

Raya haji buat kami tak semeriah macam raya Aildilfitri. Mengadap TV jerlah kerjanya. Ada satu rancangan TV petang tu pukul 5, Sejernih Sinar Matamu....very inspiring. Kalau ada peluang pergilah cari balik, rasanya kat tonton.com.my ada link pautannya. Dr. Muhaya ialah seorang yang patut dicontohi, seriously rasa kagum sangat dan rasa diri I ni kerdil sangat compared to her. What I learned from that siri is that kita kenalah ikhlas dengan kerja kita dan sentiasa positif. Allah bagi kita dugaan kita kena tabah dan redha. Banyak lagi pengajaran lain yang berguna. Insyaallah.

Sinopsisnya:

Dokumentari mini ini mengisahkan perjalanan hidup seorang tokoh ilmuwan iaitu Dr Muhaya Muhamad yang turut memaparkan pandangan dan pengalaman hidupnya sebagai seorang perjuang medan ilmu. Blok pertama menceritakan Prof Dr Muhaya sewaktu kecil yang membesar dalam keluarga Islamik, serta bagaimana beliau memilih kerjaya sebagai seorang pakar mata. Blok kedua menyelitkan keperibadian Prof Dr Muhaya sebagai seorang ibu. Beliau menceritakan detik pemergian anak bongsunya pada 2000. Blok ketiga pula menyentuh rutin hidup beliau serta impiannya sebagai seorang muslimah sejati


Selain dari tu apalagi if not makan and more makan-makan.



nasi impit, kuah kacang and kari ayam



roti jala...so delish. Ini order jer, 1kg RM25. Tak ada orang yang nak menjala roti canai dah. Dulu kalau my parents buat open house, I lah selalu jadi mangsa menjala roti jala ni.


Tiap-tiap tahun perkara wajib yang mesti kena buat adalah tengok lembu korban yang terkorban.










Allahu Akbar



Bomba pun turut turun padang melapah lembu korban.

Penuh peti ais I dengan tulang lembu korban.






Balik dari tengok lembu korban kerahan tenaga bermulalah.



stylo tak anak bujang saya tumbuk cili padi


si kecik ni sukalah kalau suruh potong-potong bawang



sup tulang siap. Makan panas-panas memang enak.
Tapi siaplah lepas tu nak membasuh pinggan mangkuk.

Apa juadah raya korang? Kongsilah =)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin