Tuesday, November 29, 2011

Food court Dataran Sunway

Tengahari ni actually kali kedua I menjejakkan kaki ke food court Dataran Sunway.
Itu pun plan sebenarnya nak ke Bank Islam KD tapi perut dah berdondang sayang. Makanya tempat makan yang terlintas dalam otak adalah foodcourt DS. Kali pertama hari tu masa teringin makan Bawal Power tapi hari tu pergi malam. Siang rupanya boleh tahan ramai juga pengunjung food court ni.

Banyak choice kedai...pilih jer nak makan masakan melayu atau western.


Gerai nasi ayam, nasi campur


segala jenis mee, ayam penyet, bakso, @bawal power (Bawal Power Maharaja Lawak tu....), masakan western, pari bakar dan macam-macam lagilah yang dibakar



Popia, Yong Tow Foo, Kebab...nak Shisha pun ada tapi malam jer kot

Lunch kami tengahari tadi...


chicken chop with french fries dan coleslaw as side dish.  Sedap.
Kuah black pepper dan mushroom disimmer atas ayam yang cukup garingnya.

Harga sepinggan RM10



my pari set comes with ulam, sambal belacan, kicap cicah untuk ikan dan kuah masak lemak cair.

Nak komen sikit jer...ikan pari tu agaknya dibakar terlalu lama so dia jadi dry. So bila makan isi macam dah kering...so tak berapa syiok sangat. Tapi tak per sebab perut hari ni pun tak berapa baik bloated semacam.

Harga pari set ni pun RM10 saja

I had my eyes on the kebab....rasa macam nak balik singgah beli kebab pulak karang tapi mau ke pak supir saya tu berenti kejap...hmmm


Cuti sempena Maal Hijrah pergi mana? Nanti I cerita ya what I've been up to during the holidays. Chiao Bella!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin