Wednesday, November 23, 2011

14 yesterday and scope procedure

Anak bujang saya dah turn 14 semalam. Tak celebrate besar-besaran pun sebabnya pagi semalam I pergi schedulekan untuk buat *gastroenterology scope procedure kat Damansara Specialist Centre. I buat procedure pukul 8.30 pagi by 10.30 dah balik tapi dalam keadaan mamai yang teramatlah sebabnya doktor kena put me to sleep to do the procedure.

Mamai ler sampaikan jalan dari Emergency ward ke pharmacy tu macam orang mabuk, terhoyang hayang. 2 minggu lagi baru dapat results. Doktor ada bagi CD macamana dia buat procedure tu, so bolehlah nampak macamana view dalam perut I tu.....seram jugak. Patutlah doktor cakap selalunya kalau buat procedure scope ni, ladies selalu kena tido sebabnya ladies cepat menggelupur. Mau taknya ....wayar kamera tu panjang dan ada besar sikit dari ibu jari tangan I ni masuk ke dalam rongga mulut sampai ke perut. The best part was that I don't remember anything sebabnya lepas doktor doktor spray ubat untuk numbkan tekak & suruh bite plastik untuk penahan gigi tu I terus pass out...bangun-bangun jer dah pukul 10 lebih.

Balik dari hospital, singgah Pizza Hut sebabnya birthday boy nak makan pizza untuk birthday dia. Layankan jerlah.....anyway it's his day rite?

Sebenarnya both of us dah belikan dia hadiah birthday tapi barang tu stock tak sampai-sampai lagi. Salesman tu kata sampai either semalam atau hari ni tapi semalam bila tanya salesman tu cakap hari Khamis pulak. Alamak...habis tak boleh nak surprisekan birthday boy. Terpaksalah tipu cakap tak belikan dia hadiah apa-apa. Bagi duit kat dia and suruh dia pilih barang sendiri.





budak terlebih excited.




Balik rumah I terus kong sampai petang. Ubat tidur yang hospital bagi tu memang powerlah.

Disebabkan kesiankan anak tak ada birthday cake so malam semalam pergi beli Chocolate Indulgence Secret Recipe untuk dia tapi beli in slices. Buat syarat jer nak tiup lilin.....sekali sebatang mancis pun tak ada kat rumah. Rumah tak ada smoker dan yang ada kat dapur tu pistol pencucuh api jer...itu pun yang keluar spark jer. Spoilt betullah.



lilin buat deco jer



nanti hadiah dia dah sampai baru kita tiup kek betul-betul ya Abang


Happy Birthday my only boy. Mama, Ayah dan adik-adik <3 you.







*With the procedure known as gastrointestinal endoscopy, a doctor is able to see the inside lining of your digestive tract. This examination is performed using an endoscope-a flexible fiberoptic tube with a tiny TV camera at the end. The camera is connected to either an eyepiece for direct viewing or a video screen that displays the images on a color TV. The endoscope not only allows diagnosis of gastrointestinal (GI) disease but treatment as well.





2 comments:

wantie said...

Happy b'day to your boy. kalau la barang tu leh datang awal tentu surprise giler anak akak ye.

by the way akak buat menda menda tu semua untuk apa ek? nak check apa?

Pink Mama said...

wantie,

Thank you dear.

Akak buat scope nak check dalam perut sebab lately ni asyik sakit perut and bloated.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin