Saturday, November 12, 2011

Boleh tahan sibuk jugaklah hari ni


manis tak senyuman saya?

tu senyuman terpaksa sebab hari ni memang busy benarlah

Pagi-pagi lagi dah berkejar pergi sekolah Kakak sempena Jogathon. Pengetua call semalam suruh datang sebab Kakak nak kena naik pentas masa Zainal Hijau nyanyi. Nasib baiklah sempat sebab rupanya larian Jogathon habis cepat pagi ni. Jadual asal patutnya Zainal Hijau nyanyi pukul 10.45 pagi....ni pukul 10 pagi dah ada atas pentas. Gambar nantilah minggu depan I letak.


Habis Jogathon....cepat-cepat makan breakfast kat kedai Mamak. Sempat lagi sebelum tu bayar bil talipon Maxis. Dah settle bil semua barulah lega.

Pukul 12 tghari, dua pupu pulak kahwin kat Nilai. Hujanlah pulak perjalanan ke rumah pengantin. Seronok jumpa sedara mara sampaikan tak sedar duduk atas kerusi yang basah.




Kelakarlah pulak tengok pengantin lelaki kena denda bayar tol sebelum dapat naik pelamin. Nasib baiklah pengapit dah sediakan banyak envelope duit untuk bayar tol. Ntah berapa ringgitlah dalam envelope tu. Nanti nak tanya Papalah berapa ringgit dia dapat hehehe



Berhiburlah dengar paluan kompang ya


Patutnya lepas kenduri kahwin ni, ada satu lagi wedding kena attend tapi disebabkan dah terlepas simpang nak masuk Ampang tu, kita balik rumah teruslah.

Pukul 7 malam nanti lepas maghrib nak hantar Adik pergi sekolah sebab pengakap ada malam BBQ.

Mata pulak dah berat ni, rasanya nak kena tidur seround dulu ni sebelum keluar balik nanti.

Happy weekend semua orang.







1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin