Wednesday, November 30, 2011

Checking Chatime...what's all rave about


Chatime One Utama dah buka almost a month. Boleh kata almost hari-hari mesti ada queue panjang.

Tak terbuka lagilah hati I selama ni nak try walaupun ramai orang cakap sedap. Reason was that the queue was always long, being me the lazy bum....memanglah malas nak beratur.

So today I finally caved in to popular demand. There was no queue when I reached Chatime....so why not give it a try.

So with my friend suggestion I got myself Roasted Milk Tea with Red Bean.

Don't ask me what other favor they have cause I don't know but you can go to their website and check, it's http://www.ichatime.com/




My honest opinion about the drink

Peminat Chatime jangan marah tau...janji....



It tasted like cendul saja to me......larikkkkkk (to Starbuck =P)


Tuesday, November 29, 2011

Sapraissss.....belated birthday gift

Birthday Abangkan last week, so actually kami dah belikan dia hadiah tapi disebabkan stok tak sampai lagi kenalah tangguh dulu presentnya. kelentong dia cakap yang tahun ni no birthday present......sian dia.

12 hari jugaklah menunggu stok sampai.....agaknya naik tensen muka budak salesman tu sebabnya every other day I gi tanya bila nak sampai stok. Ialah spoil jer tau sebab hadiah birthday tak sampai-sampai.

So semalam, redah lagi kat kaunter Jusco tu tanya stock dah sampai ke tak. Wahhh...dah sampai tapi budak salesman tu tak call pun inform *desyum dia sekali*
Nasib baiklah I ni stok muka tak malu, kalau tak merasalah menunggu ntah bila dia nak call.

Eksaited sangat...I yang eksaited sebenarnya. Siap pergi balut hadiah kat kaunter customer service Jusco. Sekali, ayah dia kata kena bawak pergi maxis dulu sebab nak kena masukkan sim card. Kenalah bukak balik hadiah yang dah berwrap cantik *tepuk pala*. .


made her swear not to blabber to her brother....shhh....kita nak surprisedkan Abang




ha...inilah hadiahnya Samsung Galaxy Y





Kata nak surprisedkan diakan....
so what we did was sorokkan hadiah dalam laci meja dia masa dia tak ada dalam bilik then bila dia masuk bilik, kita call the handphone.

Tapi budak ni blur sebab ayah dia call pun dia tak pergi cari walaupun dia kata dia ada dengar bunyi pelik.

I yang tak tahan sebab lama sangat and he still don't have a clue. Terpaksalah I pretend kata nak cari barang dalam bilik dia, then tanya dia ada dengar bunyi tak coming from laci table dia.

Part paling kelakar tu, dia boleh tak perasan yang ada kotak hadiah dalam laci....isshhh budak ni ler. Happy sakan dia bila bukak kotak hadiah sebab he wasn't expecting any birthday gift this year....siap kiss kami berdua lagi.




One happy boy....happy birthday Abang


Masalahnya sekarang......Adik pun nak handphone. Birthday Adik bulan depan.... Kopaklah Mama dik sebab bulan depan pun birthday Ayah ....dahlah birthday korang berdua selang 2 hari jer >.<





- Posted using BlogPress from my iPhone

Food court Dataran Sunway

Tengahari ni actually kali kedua I menjejakkan kaki ke food court Dataran Sunway.
Itu pun plan sebenarnya nak ke Bank Islam KD tapi perut dah berdondang sayang. Makanya tempat makan yang terlintas dalam otak adalah foodcourt DS. Kali pertama hari tu masa teringin makan Bawal Power tapi hari tu pergi malam. Siang rupanya boleh tahan ramai juga pengunjung food court ni.

Banyak choice kedai...pilih jer nak makan masakan melayu atau western.


Gerai nasi ayam, nasi campur


segala jenis mee, ayam penyet, bakso, @bawal power (Bawal Power Maharaja Lawak tu....), masakan western, pari bakar dan macam-macam lagilah yang dibakar



Popia, Yong Tow Foo, Kebab...nak Shisha pun ada tapi malam jer kot

Lunch kami tengahari tadi...


chicken chop with french fries dan coleslaw as side dish.  Sedap.
Kuah black pepper dan mushroom disimmer atas ayam yang cukup garingnya.

Harga sepinggan RM10



my pari set comes with ulam, sambal belacan, kicap cicah untuk ikan dan kuah masak lemak cair.

Nak komen sikit jer...ikan pari tu agaknya dibakar terlalu lama so dia jadi dry. So bila makan isi macam dah kering...so tak berapa syiok sangat. Tapi tak per sebab perut hari ni pun tak berapa baik bloated semacam.

Harga pari set ni pun RM10 saja

I had my eyes on the kebab....rasa macam nak balik singgah beli kebab pulak karang tapi mau ke pak supir saya tu berenti kejap...hmmm


Cuti sempena Maal Hijrah pergi mana? Nanti I cerita ya what I've been up to during the holidays. Chiao Bella!

Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah







Selamat Tahun Baru



Semoga tahun baru ini kita menjadi manusia yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 25, 2011

Muhibbah, Kg Sg. Penchala

Gambar hari tu pergi lunch kat Muhibbah






nak ucap Selamat Awal Muharram kepada semua pembaca

Jangan lupa ya baca niat akhir tahun dan awal tahun.

Selamat cuti panjang!


Thursday, November 24, 2011

Surat saman ke??

Dua hari lepas, ayah budak-budak ni dapat mail courier. Kawan tu dah panik dah....aikk takkan saman kot. Selalu saman jerkan yang dihantar thru courier. Cuak jugaklah nak bukak tu.

Terus dia suruh I  bukakkan....I pun saspen gaklah. Kalau saman mau RM300 tu....


Baca Bismillah dulu sebelum bukak...




Hembus sikit kiri kanan....








Hmm.....nak koyak dengan tangan payahlah pulak.








Cari gunting dulu...

















Bismillah lagi sekali...



































Laaaa.....tau tak apa isi dalam courier tu?































 
2 tiket free GSC gift dari Maxis

Alhamdulillah....Edward....Bella....Jacob...

I'm comingggggggggggg.......



Ehh tapi apasal I tak dapat pun free ticket....I pun pelanggan post paid Maxis jugak...

tak aci ni!!!


Teringin




 
kadang-kadang craving tu datang tak boleh ditahan-tahan
 
 
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 23, 2011

14 yesterday and scope procedure

Anak bujang saya dah turn 14 semalam. Tak celebrate besar-besaran pun sebabnya pagi semalam I pergi schedulekan untuk buat *gastroenterology scope procedure kat Damansara Specialist Centre. I buat procedure pukul 8.30 pagi by 10.30 dah balik tapi dalam keadaan mamai yang teramatlah sebabnya doktor kena put me to sleep to do the procedure.

Mamai ler sampaikan jalan dari Emergency ward ke pharmacy tu macam orang mabuk, terhoyang hayang. 2 minggu lagi baru dapat results. Doktor ada bagi CD macamana dia buat procedure tu, so bolehlah nampak macamana view dalam perut I tu.....seram jugak. Patutlah doktor cakap selalunya kalau buat procedure scope ni, ladies selalu kena tido sebabnya ladies cepat menggelupur. Mau taknya ....wayar kamera tu panjang dan ada besar sikit dari ibu jari tangan I ni masuk ke dalam rongga mulut sampai ke perut. The best part was that I don't remember anything sebabnya lepas doktor doktor spray ubat untuk numbkan tekak & suruh bite plastik untuk penahan gigi tu I terus pass out...bangun-bangun jer dah pukul 10 lebih.

Balik dari hospital, singgah Pizza Hut sebabnya birthday boy nak makan pizza untuk birthday dia. Layankan jerlah.....anyway it's his day rite?

Sebenarnya both of us dah belikan dia hadiah birthday tapi barang tu stock tak sampai-sampai lagi. Salesman tu kata sampai either semalam atau hari ni tapi semalam bila tanya salesman tu cakap hari Khamis pulak. Alamak...habis tak boleh nak surprisekan birthday boy. Terpaksalah tipu cakap tak belikan dia hadiah apa-apa. Bagi duit kat dia and suruh dia pilih barang sendiri.





budak terlebih excited.




Balik rumah I terus kong sampai petang. Ubat tidur yang hospital bagi tu memang powerlah.

Disebabkan kesiankan anak tak ada birthday cake so malam semalam pergi beli Chocolate Indulgence Secret Recipe untuk dia tapi beli in slices. Buat syarat jer nak tiup lilin.....sekali sebatang mancis pun tak ada kat rumah. Rumah tak ada smoker dan yang ada kat dapur tu pistol pencucuh api jer...itu pun yang keluar spark jer. Spoilt betullah.



lilin buat deco jer



nanti hadiah dia dah sampai baru kita tiup kek betul-betul ya Abang


Happy Birthday my only boy. Mama, Ayah dan adik-adik <3 you.







*With the procedure known as gastrointestinal endoscopy, a doctor is able to see the inside lining of your digestive tract. This examination is performed using an endoscope-a flexible fiberoptic tube with a tiny TV camera at the end. The camera is connected to either an eyepiece for direct viewing or a video screen that displays the images on a color TV. The endoscope not only allows diagnosis of gastrointestinal (GI) disease but treatment as well.





Tuesday, November 22, 2011

14 on 22.11.11

my darling boy is 14 today





Happy Birthday Abang

Mama love you so much!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 21, 2011

This weekend random pictures


Quite a hectic weekend.

Sabtu Kakak ada masuk persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah.
Pagi-pagi lagi ayah dia dah hantar ke sekolah while mak dia zzzzz.....sorry anak...Mama weekend liat sikit bangun awal.





Both pictures taken by Ayah.

Ada macam anak patung tak budak-budak ni?

 Penari-penari twist =D


Tengahari Sabtu rushing ke Batang kali untuk hubby's friend daughter's wedding.

Saturday....Batang Kali...jam.....wearing black......hot weather.....STRESS!




pompuan yang cerdik pakai tudung baju kaler hitam tengahari buta.
Pengajaran lain kali tengahari buta pakailah kaler cerah so tak serap haba.




1 1/2 jam perjalanan baru sampai ke rumah pengantin. Sampai-sampai pulak perut buat perangai so tak berapa selera nak makan nasi minyak =(

Balik dari majlis, we decided untuk ikut jalan Ulu Yam. Budak kecik tu awal-awal lagi dah spare baju sebab ayah dia cakap kalau sempat boleh pergi mandi sungai.




budak penakut nak mandi bawah air terjun



nasib baiklah sempat lari ke kereta sebab hujan lebat after 20 minutes budak ni mandi


Sunday kami lepak kat One Utama.
Menghabiskan voucher Jusco yang dapat hari tu =P



muka tensen sebab mata ada nak keluar ketumbit kecik.

Sapa tengok FFM24 malam tadi? Tengok tak Anuar Zain menyanyi?
Masa Anuar Zain keluar menyanyi, I saja jer cakap kat Adik yang tu boyfren Mama.
Pastu dia kata...."eeee.......Anuar Zain muka tua". Pastu dia tanya siapa yang main piano tu....I cakaplah Acis. Terus dia cakap boyfren Mama, Acislah. 

O.O

Sampai hati anakku, kau kata Anuar Zain muka orang tua....huhu


Random pictures taken at One Utama


flying angel


Gintel Mr Octopus was a hit with the kids. Ramai budak-budak beratur nak bergambar.


So how was your weekend? Great? Tiring?


Sunday, November 20, 2011

Handsome 20 day old


My nephew is 20 day old today on 20.11.2011
Cool date right?

Rindu sangat sebab dah almost seminggu tak jumpa si kenit ni cause my sister berpantang at her in-laws house. Semalam my mom called cakap that my sister is at her house. So lepas balik dari majlis perkahwinan the hubby's friends daughter ( anak classmate dia yang kahwin....my...oh my...tuanyalah laki aku ;) .....next month ada lagi sorang lagi classmate dia yang nak menikahkan anak) terus balik rumah my mom.


 
20 day old today...handsome boy right? He's wearing a 3 months old baby's shirt.
Gedebab tak...geram sangat. Rasa nak gigit-gigt jer. Sedapnyalah hai bau baby baru lahir.






            He smiles....ahhh.....awwww....

      "I'm 20 day old and I'm surrounded by girls =P"






all he do all day long is sleep....and more sleep...



 
kena bedung terus piss him off...hehehe...
 
Bedung tu actually belongs to my 14 year old son. Dah turun ke adik-adik dia and his young cousins. Elok lagi tu.....walaupun dah boleh masuk muzium =)
 
Cuti sekolah pun dah mula. So apa plan cuti sekolah?. As for as tak plan apa-apa lagi sebab kalau nak pergi mana-mana pun kena tunggu I clear leave next month, baru boleh fikir nak pergi mana. Tapi sang ayah budak-budak ni nampak macam dah browse internet untuk tengok hotels and locations. Kita tunggu jerlah nanti...
 
 
 
 
 
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 18, 2011

Klinik gigi gomen

My wisdom tooth buat perangai lagi....sakit sangat. Malam-malam tidur siap sakitlah gegendang telinga.

Semalam doktor panel ofis kasi MC 2 hari...wohhoooo. Doktor panel I kata that I kena jumpa Orthodontist sebab macam payah nak cabut gigi geraham tu. So he suggested that I go either Cahaya Suria or the one at UMMC/PPUM.

Kebetulan earlier of the week, my collegue ada cerita yang dia pergi cabut gigi geraham bungsu at Klinik gigi kerajaaan di Rawang. She only paid RM2 for registration and cabut. She also said that surprisingly tak payah tunggu lama untuk turn dia and the procedure was painless. Lepas cabut gigi siap boleh pergi jalan-jalan and makan-makan.

So I pun macam...hmm...why not try pergi klinik kerajaan.  I actually went to Klinik Pergigian Cahaya Suria pagi tadi. Kepada sesiapa yang tak pernah lagi mendaftar silalah bawa kad pengenalan anda untuk tujuan pendaftaran.

I had to wait about 10/15 minit for my turn walaupun depan no giliran I ada dalam 11 orang. Ada 3 orang doktor gigi yang bertugas sekali.

Unfortunately, dentist tak boleh nak cabut my gigi immediately cause it will require surgery. So she set another date for the surgery appoinment. I don't think I can wait till January to abstract the tooth....tau-tau jerlah sakit gigi ni mana boleh postpone. Ada manusia yang bertukar jadi hulk nanti.

Ohh, Adik pun tampal gigi geraham dia tadi. We had to pay only RM5 untuk tampalan tu. Kalau tak silap kanak-kanak sekolah kalau ada surat dari sekolah, tak payah bayar langsung.






                                I only had to pay RM1 for the checkup and medicines. 
                                         
                                          1st time bayar check gigi murah gila !



Ponstan dan antibiotik

Overall.....klinik gigi kerajaan ni not badlah. Servis pun laju dan effisyen. Cuma kalau bab macam wisdom tooth ni kalau nak tunggu appoinment date seterusnya baru nak cabut memang pengsanlahkan.

Sakit gigi....sakit gigi.....gotta go now.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, November 17, 2011

Voucher





voucher redeem hasil belian semalam :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 16, 2011

J-Card Day....habislah Akak!

Jusco Bandar Utama ada J Card member day hari ni dan besok.

Plan asalnya nak turun beli air dan sandwich jer untuk lunch. Sekali jahat sungguh kaki ni melangkah jugak ke depan pintu masuk Jusco. Alang-alang dah sampai depan pintu Jusco, masuk jerlahkan hihi.

Baju budak-budak memang murah, ada diskaun sampai 70%. Tengok mak-mak bergasak jugaklah membeli belah. Ada ofismate I beli seplastik besar baju untuk anak-anak dia. I bahagian baju budak-budak ni jeling ala-ala manja jerlah sebab hari tu dah habis beratus jugaklah beli baju dan seluar jeans kat Uniqlo untuk derang.




tapiiiiiii....I paling tak tahan bila sampai seksyen ni




Akak terjebak membeli langsir.....whyyy ohh whyyy....

Langsir murah sampai 70% mau tak gegar iman hahahaha....

Tu lahkan gatal sangat masuk ....padan muka. Patutnya stick to my original plan just to buy air & sandwich.

Turun ke Ladies department....wahhh menariks jugak. Baju kerja and seluar kerja ada discount 50%. Hmm....rembat selai seluar kerja. Adoii...lagi lama dalam Jusco tu kang lagi macam-macam benda merepek I beli. Habis bayar seluar, paksa diri keluar dari Jusco. Takuttt.....bila ada sale ni, nafsu pelik-pelik semua keluar. Barang tak perlu pun siap nak justify kenapa perlu beli. Hampir nak terbeli thermos airlah...nampak nau nafsu merepek sampai.



ni baru shopping lite-lite dikkk....

sat lagi Akak nak pergi balik Jusco sebab orang rumah kita ada nak beli henpon untuk besday anak lelaki dia. Kan dah kata dahkan....

Harap-harap Akak dapatlah menahan nafsu sat lagi. Doakanlah ya.....

Monday, November 14, 2011

Jauhnyalah hai Kem Ibadah


budak kecik mengenangkan nasib yang kakak dia tak ada kat rumah 4 hari.

"Sapalah yang Adik nak suruh ambik baju dengan towel ni nanti", tu yang Adik menung jauh tu.


"Padan muka Adik......ambiklah sendiri". Agaknyalah kakak dia cakap dalam hati hehehe...


Mama dialah yang paling sedih dan risau sebab Kakak dah bertolak pagi tadi ke Kelantan ikut rombongan sekolah anjuran Kementerian Pendidikan. 4 hari Kakak kat sana macamanalah tu. Risau sebenarnya nak lepaskan Kakak pergi Kelantan tapi ayah dia dah bagi kebenaran makan terpaksalah izinkan jugak.

Habis semua biskut, roti, air,selimutbantal I bekalkan sebab 1st time ni kakak nak berjauhan lama dengan kami. Mama dia kena kuatkan semangat dan kentalkan hati.

Insyaallah selamat pergi dan pulang dengan keizinan Allah swt. Doa-doakanlah ya semua.



budak duaorang ni memang sah-sahlah rembat tudung mak masing-masing tu

Kakak & her best friend

Saturday, November 12, 2011

Boleh tahan sibuk jugaklah hari ni


manis tak senyuman saya?

tu senyuman terpaksa sebab hari ni memang busy benarlah

Pagi-pagi lagi dah berkejar pergi sekolah Kakak sempena Jogathon. Pengetua call semalam suruh datang sebab Kakak nak kena naik pentas masa Zainal Hijau nyanyi. Nasib baiklah sempat sebab rupanya larian Jogathon habis cepat pagi ni. Jadual asal patutnya Zainal Hijau nyanyi pukul 10.45 pagi....ni pukul 10 pagi dah ada atas pentas. Gambar nantilah minggu depan I letak.


Habis Jogathon....cepat-cepat makan breakfast kat kedai Mamak. Sempat lagi sebelum tu bayar bil talipon Maxis. Dah settle bil semua barulah lega.

Pukul 12 tghari, dua pupu pulak kahwin kat Nilai. Hujanlah pulak perjalanan ke rumah pengantin. Seronok jumpa sedara mara sampaikan tak sedar duduk atas kerusi yang basah.




Kelakarlah pulak tengok pengantin lelaki kena denda bayar tol sebelum dapat naik pelamin. Nasib baiklah pengapit dah sediakan banyak envelope duit untuk bayar tol. Ntah berapa ringgitlah dalam envelope tu. Nanti nak tanya Papalah berapa ringgit dia dapat hehehe



Berhiburlah dengar paluan kompang ya


Patutnya lepas kenduri kahwin ni, ada satu lagi wedding kena attend tapi disebabkan dah terlepas simpang nak masuk Ampang tu, kita balik rumah teruslah.

Pukul 7 malam nanti lepas maghrib nak hantar Adik pergi sekolah sebab pengakap ada malam BBQ.

Mata pulak dah berat ni, rasanya nak kena tidur seround dulu ni sebelum keluar balik nanti.

Happy weekend semua orang.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin