Friday, July 31, 2015

Perkongsian yang baik - Emergency number

Akak terbaca dalam facebook Akak so benda baik kita sharelah.
Credit to FB Sukan Star TV - dipetik dari FB Faris Foxx.

Tips bawah ni elok sekiranya kita letak lock screen untuk handphone kita.
Takut kalau ada apa-apa emergency nanti orang tak boleh nak access emergency contact dalam phone kita pulak. Kalau dah letak siap-siap kat Lock Screen lebih memudahkan.



 


janganlah korang pergi call pulak nombor orang tu. Marah pulak dia karang hahaha














cara ni hanya apply kat phone Samsung. Kalau iPhone tu ada cara lain kot.

Kat phone Samsung pun actually kita boleh store 4 nombor untuk phone dialer. 

So selamat mencuba. Stay safe everybodeh!


Thursday, July 30, 2015

Asam laksa

Akak sebenarnya busy ni. Busy isi yearly performance report form.
Penat Akak mengadjust markah Akak. Buh tinggi sangat kang boss muntah pulak.
Letak rendah sangat pulak nanti, kalau dicantasnya markah tu tinggal berapa pulaklah nanti. Berdebor nak send ni....alah tawakkal jerlahkan. Kita dah buat kerja sebaik mungkin so biarlah Allah yang tentukan.

Sebelum Akak mengundurkan diri....cewah bahasa macam orang dulu-dulu. 
Akak tinggalkan korang dengan gambar lunch Akak semalam.


Asam laksa makan kat The Curve semalam. Semangkuk RM9.90 sebelum GST.
Berbaloi kot harga sebab sedap sangat. Ikan pun ada dua ketul besor dalam tu. Mee pulak diganti dengan spaghetti. Garnishnya semua cukup....ada bawang, timun, nenas, cili.....meleleh air liur hirup kuahnya. Air teh ais limau tu jer potong sikit sebab masam sangat.....terpejam-pejam mata Akak masa minum air tu.

Alamak air liur Akak dah kecur sambil menulis ni. Dahlah....Akak nak keluarkan calculator kira balik KRA Akak......


Tuesday, July 28, 2015

Senang masak Soto

Minggu lepas tak tahu nak buat apa so I decide masak soto jerlah untuk makan malam.
Bila mood rajin datang, kena layankan aje.

Senang jer sebenarnya nak buat soto ni antara rajin dengan tak jer. 

Nasi impit Adabi peket kecik-kecik tu pun banyak lagi balance makan dengan kuah kacang haritu. So rebus dalam 12 paket. Ayam pun ada dekat 1/2 ekor so rebus jerlah. 


Ayam dan nasi impit yang dah direbus


disebabkan I terjumpa serbuk rempah sup soto ni kat kedailah I decide nak buat soto.
Kalau ikut instruction belakang paket tu sure gerenti menjadilah kuah soto.
Tak susah pun blend/ tumbuk jer bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sampai naik bau, pastu masukkan air rebusan ayam tadi. Bila dah panas baru masukkan rempah sup soto tu. Pastu masukkan ayam yang dah kita carikkan-carikkan. Jangan lupa pulak letak garam secukup rasa.


bergedil pun I buat jugak (gambar atas tu bergedil belum goreng lagi). Barulah ada feel nak makan dengan sotokan.
I beli kentang pastu rebus sampai empuk. Kalau mak I dia akan goreng dulu kentang tu tapi I kan pemalas hahaha...
Dah empuk, kita suh assistant kita (Kakak ler tu) lenyekkan kentang tu. 
Pastu masukkan garam, lada hitam secukup rasa dan bawang goreng.
Kakak ditugaskan untuk buat bulat-bulat kentang tu tapi dia buat punyalah besar gajah sebijik-sebijik.So bila I nak goreng I kena bahagi dua lagi kentang bergedil tu.
Masa nak goreng tu celurkan dulu dalam putih telur yang kita dah pukul. Barulah sedap.


Siap....tak ada taugeh segala sebab I tak makan hehe....I letak bawang goreng jer.
Gambar pun blur sebab pelahap nak makan cepat.
Kakak makan sampai tambah 3 kali malam tu.
Ayahnya pulak menghabiskan bergedil. Letih Akak goreng bergedil 2/3 round tau.

Senang jerkan.

Monday, July 27, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 - Syawal ke 11 Dah mula kerja

First of all I tak tahu nak suka atau nak sedih sebab selepas 10 hari straight bercuti I kena kembali ke alam nyata. Syawal yang ke sebelas I kembali bertugas.

Duduk rumah kerjanya asyik masak dan makan. Gemuklah Akak kalau berterusan duduk rumah. Sehari sampai 3 kali meal Akak masak. Gigih okay masak sampai 3 kali hahaha.....asyik nak melantak jer kerjanya. In between tu duk merapu goreng itu ini lagi untuk snacks.

Bagus jugaklah balik kerja at least tak ada makanan atas meja ni. Besok Akak ingat nak bawak kuih raya ler bawak ofis. Boleh jugak kunyah-kunyah menghilangkan kebosanan.

Sorrylah Akak lambat update harini. Selain daripada menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak, Akak sibuk backlog gossip-gossip hangat hahahaha.....

Minggu lepas after Adik dah discharge dari hospital kami book tiket wayang untuk tengok Ant-Man. Ialah dah janji nak bawak derang adik beradik tengok wayang, sekali Adik kena admit pulak.


dah macam cover album kumpulan rock kapak dulo-dulo pulak budak-budak ni posing.


duduk atas lantailah sementara menunggu ayah budak-budak ni pergi solat dulu.
Tiket beli online so tak payah nak beratur ambik tiket. Makanan tu kalau boleh beli online, dah lama beli online jugak hehehe....


Kalau peminat Marvel mesti nak tengok. Anyway, to me cerita ni bestlah jugak sebab tengok jam dah separuh movie berjalan. Tak rasa bosan pun sebab cerita pantas dan tak meleret.



teringin punya pasal beli jugak sebiji D24. Harga sebiji dalam RM36 @38 macam tu tapi puaslah sebab semua isi dia elok. Puas makan. Durian you are the king!

Nak repeat lagi takut ayah budak-budak ni tak nak layan jer sebab dia tak minat bau durian. 
Arwah my MIL dulu jual durian so everytime musim durian kami memang makan free. Dia akn bagi top quality pulak tu. Siap bawak balik untuk my parents lagi. Told my husband, times like thislah yang I miss his mom more. Bertuah punya menantu ya. 
Al-Fatihah untuk Mak...you are still the coolest MIL.

Friday, July 24, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 - Syawal ke 3 Duduk hospital kita


Patutlah tahun ni Akak tak ada rasa nak beli baju raya baru. Rupanya Allah dah tetapkan Raya ke tiga sampai Raya ke 6 Akak kena berumah tangga kat hospital.

Adik hari Khamis minggu lepas demam panas. Akak kerja lagi hari tu. So Akak suruh husband bawak dia pergi klinik. Doktor just bagi ubat demam dan surat referal. Kalu demam lagi in within 24 hours suruh bawak hospital check.

Tapi memandangkan Jumaat (1st Syawal) kami balik Melaka beraya, Akak just suruh Adik makan jerlah ubat demam yang doktor kasi tu. Demam dia pulak on-off. Kejap panas....kejap sejuk so Akak ingat demam biasa jerlah.

Hari Sabtu tu badan dia dedar lagi. Balik dari Bentong tu kami decide bawak dia terus pergi klinik lain untuk buat check darah. Doktor check platlet darah dia dah turun ke 99. Normal platlet selalunya antara 150 - 400. Doktor terus suruh refer dia ke hospital untuk further investigation.

Balik rumah dulu mandi solat dan bawak baju selai dua terus kami ke Damansara Specialist. Budak ni dah lembik time tu. 


puas nurse cucuk sana sini nak cari veins dia nak ambik darah.
Dia relaks jer muka....Adik memang sadolah.

Result blood test dapat dalam pukul 10.30 - 11.00 malam.....memang confirm Adik kena denggi. Doktor terus suruh admit malam tu jugak.

Dekat pukul 1 pagi baru kami dapat bilik. Dapat pulak bilik untuk 2 katil.....sorrylah orang katil sebelah sebab kami bising masa masuk bilik. Budak katil sebelah tu pun kena denggi jugak dah 4-5 hari admit. Nurse kata memang banyak kes denggi. Sampaikan baby 8 bulan pun ada yang kena denggi. Rupanya anak my neighbor pun masuk hospital yang sama dari  Raya pertama lagi sebab denggi. 

So kalau ada family member yang demam tak baik-baik tu bawaklah pergi check klinik.



denggi tak ada ubat. Doktor just instruct suruh bubuh drip dan rest.

Kena tunggu tengok platlet turun pastu satu stage tu tengok platlet naik balik ke tak.
Setengah orang akan keluar rash kat badan. 

Budak ni masa dalam hospital tak ada selera nak makan dan minum. Memang kena paksa makan kalau tak mana nak ada tenaga, macamana nak recover.


budak manja. Bengkok badan Akak sebab kena share satu katil dengan dia malam-malam.
Mengerekot kami berdua atas katil sebab aircond hospital sejuk sangat. Dah adjust temperature pun masih tahap beku. 

Pakai sweater dan selimut dua lapis pun tak lut jugak tu.

Hari ke dua tu kami mintak tukar bilik single sebab senang sikit kami anak beranak. Barulah ada space nak bernafas sikit sebab bilik dah luas. TV ada pastu internet pulak laju kat DSH tu memang happylah Kakak dan Abang. I pun sempat download movies hehehe...



makanan hospital. Budak ni tak makan last-last Mama dan Ayah yang makan bagi licin.
Youghurt coklat tu sedap.


hari ke dua tu I sempat balik rumah kemas baju dan masak untuk lunch kat hospital.
Kedai makan pun semua tak bukak lagi, yang ada pun kedai mamak. Lauk kedai mamak Akak tak leh nak masuk sangat, tu yang sanggup balik masak. 

Orang kata sup ketam bagus untuk denggikan. Gigih Akak mencari kat Hero Supermarket tapi tak adalah pulak. Nasib baik pasar besar TTDI dah bukak. Dapatlah Akak beli 2 ekor ketam. Tau tak 2 ekor ketam RM21. Redhooo jerlah demi kesihatan anak terchenta. Last-last dia hirup sikit jer sup ketam tu, kami yang tukang menghabiskan. Sedap wehh ketam  tu, isi padat-padat.


hospital ada provide jus daun betik tapi upon requestlah.
Masa order meal tu kena bagi tau nak jus daun betik. Derang akan bagi 2 kali sehari. 
Kita usaha, insyaalah dengan izin Allah. Mujarablah kot jus daun betik ni.
Kat certain mamak pun ada jual jus daun betik. Haritu Akak beli sebotol dalam RM10.60.


anak-anak buah datang melawat. Best friend Adik sekeluarga pun ada datang. Siap bawak hamper dan duit Raya lagi. Thank you for coming semua.


kita akhiri dengan gambar makanan di hospital.

Adik dah discharge Rabu lepas. Ni doktor kasi MC sampai hari ni (Jumaat).
Besok lusa bolehlah Akak sambung beraya balik hehehe....

Stay safe okay semua. Tengok-tengok sikit persekitaran kita.



Thursday, July 23, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 - Syawal ke 2

Salam,

Raya kedua tiap-tiap tahun kami mesti balik beraya di kampung my mom in Bentong Pahang. Kalau tak balik Raya mesti mak I merajuk agaknya.

Walaupun dah Raya ke 2 tapi tol Gombak tetaaaap jam. Sempatlah kami beli McDonald's dulu kat Petronas Gombak sebelum teruskan perjalanan. Nasib baiklah lepas tol Gombak jalan smooth tak jam. 

Adik beradik my mom ramai dah meninggal. Only surviving mak sedara and uncle tak balik pulak beraya kat Bentong tahun ni. So kitaorang sempat pergi beraya 4 biji rumah jer tahun ni.



us at my late aunty's home in Bentong. Rumah wajib visit sejak I kecik lagi. Dulu masa my aunty ada kitaorang memang tido rumah dia. Berlambaklah kami beramai-ramai termasuk my cousins tido kat hall rumah. Nak mandi pun silalah ambik nombor sebab 3 family balik beraya. 



Gambar raya dengan anak bujangku. Orang sibuk raya makan rendang lemang semua ...dia pagi raya pertama nak makan maggi #nangismak. Nak makan maggi silalah masak sendiri. 



Kalau rumah arwah my atok sedara mesti makan best sebab my auntys rajin masak. Ingat lagi masa I kecik-kecik my atok sedara selalunya bagi kami duit raya kurang2 RM50. My grandmother's brother ni kira senanglah sebab dia ada stesyen minyak. Suka kami adik beradik and cousins memang suka sangatlah kalau pergi rumah dia.



perut dah kenyang sangat so tak makan red velvet cupcake ni. Tengok gambar ni 
menyesallah pulok. Chocolate moist cake my aunty pun meletop sedapnya....kalau makan banyak mau gain a few kilos.

House visiting lagi 2 rumah di Bentong pastu kami bertolak balik KL. I sedar-sedar dah sampai Gombak.....tertidur dalam kereta tak sedar. Sebelum sampai tol Gombak hujan turun selebat-lebatnya.

Sampai Gombak my parents nak singgah rumah arwah brother my late grandmother pulak. Kami menurut perintah jerlah. Setahun sekali pun nak visiting sedara marakan. Sementara parents ada ni kita layankan jerlah kehendak derang. Asalkan derang bahagia. I hope my kids pun satu hari nanti akan layankan kami macamana kami layan our parents. Make your parents happy always.

So that's basically our second Raya. Besok sambung lagi ya Insyallah.


Wednesday, July 22, 2015

Hari Raya Aildilfitri 2015 - 1 Syawal

Salam,

Dah masuk Raya ke 6 baru berkesempatan nak update blog. Akak busy jaga Adik dalam hospital ni. Nanti Akak cerita kemudianlah.

Sebelum lupa jomlah kita cerita pasal hari raya.



Malam sebelum raya kami adik beradik berkumpul kami my parents house sebab my 2nd sister beraya belah mak mertua dia. Raya ke 4 baru dia balik rumah our parents.

Gambar kat atas tu attempt ketiga. Payah gila nak ambik gambar budak-budak ni. Kalau ambik gabar kat kedai gambar mau stress Apek photographer tu.



1 Syawal kami pagi-pagi lagi dah pergi rumah my parents. Breakfast sana sebab Abang dan Ayah nak solat kat masjid TTDI. Kami ni tiap-tiap tahun tak pakai baju sedondon macam orang lain. Sukahatilah nak pakai baju kaler apa asalkan happy. Jangan buat perangai nak pakai suar jeans dengan tshirt udah.



Tunggu my sister sampai pastu kami bertolak balik Melaka 2 kereta dengan my parents sekali. My father mesti nak balik jengok adik dan kakak-kakak ipar dia kat kampung.
Alhamdulillah jalan tak jam sangat.....jam lite-lite nak masuk Senawang tu jer. 



First house rumah adik my father. 
Kebetulan orang balik solat Jumaat, masjid depan rumah. So kena tunggu orang balik masjid baru boleh parking kereta.

Kalau balik Melaka, makan semua memang best sebab ikut tekak kami.Lemang, ketupat, rendang is a must. 


cap ibu dan anak....gang jubah.
Tak pakai baju kurung tak semestinya kami less a malay. So tak payahlah nak pertikaikan sangat pakaian orang. Kecohkan sekarang kenapa orang melayu nak jadi Arab. Habih yang pakai seluar jeans tu semua, tak ke nak jadi Barat?. Sorry termelalut....



my father pulak sampai rumah my mak ngah terus terjah pokok rambutan gading.....bukannya pergi cari tuan rumah dulu hahaha....
Berplastik okay dia menggangkut balik rambutan. Semut dari Melaka siap turun KL pastu naik ke Pahang. Rambutan gading ni kurang semuat tapi rambutan merah tu ...hoiiii banyaknya semut hitam.



kalau rumah my mak ngah memang kami looking forward makan laksa. Laksa Johor ada, laksa Utara ada. My cousins memang terrer masak. Siap whatsapps gambar kat my sister ....bakar perasaan dia sikit hahaha....


my sister and I infront of our grandmother's home.
Budak yang photobomb kat belakang tu bukannya sihat sangat. Demam dari last Thursday.
Demam pun kena ikut balik Raya. Takkan nak duduk rumah sorang-sorang kot.

Kami balik hari jer. Malam sempat singgah rumah my cousin dulu beraya kat Bukit Jalil sebelum balik rumah. Dekat pukul 11 malam baru sampai rumah. Letihnya. Nasib baiklah baju Raya budak-budak dah siap gosok sebab besok nak balik beraya kat Pahang pulak.

Rindu raya kat Melaka zaman kecik-kecik dulu. Seminggu sebelum Raya dah balik kampung. Pastu rindu main bunga api dengan cousin-cousin. Raya pusing satu kampung collect duit Raya. Anak-anak sekarang tak merasa dah experience ni. I nak lepaskan derang pun I tak berani sebab ramai sangat psikos sekarang.

Oklah nanti I sambung Raya kedua pulak ya .....

Selamat Hari Raya.

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya

Dear Readers tersayang,



Dikesempatan ini Akak menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf diatas segala kesilapan. Ialah menulis blog ni kadang-kadang manalah tahu tersalah karang ayat sampai mengguris hati orang lain. 
So kalau Akak ada tersalah cakap ke...maafkanlah.

Bagi yang travelling outstation pulang ke kampung, please drive safely and be alert denagn persekitaran kita. Be extra careful. 

Kalau makan ketupat, rendang dan lemang tu ingatlah kat Akak (ehh dah kenapa ya hahaha)

Semoga kita berjumpa kembali minggu hadapan kalau Akak rajin update memandangkan Akak akan bercuti sepanjang minggu hadapan. 


- Salam dari penghuni KL. Nangis sebab orang lain semua balik kampung.

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 2015: Day 26 Brother and sister


Semalam kami beli juadah berbuka di TTDI...tak adalah pulak jumpa artis kecuali Datuk Hattan and wife. Tak happening sungguh....

Selain dari Datuk Hattan I tersrempak ngan musuh ketat I masa tuition form 5 dulu...isykk.
Bolehlah pulak mamat tu tegur I kat bazaar ramadhan tu. Kecohlah anak-anak I tanya sapa yang tegur I tu. Terpaksalah mengeksplain yang tu kawan tuition I masa form 5 dulu. 
Lain kali kalau pergi TTDI kena pakai burkha....baru orang tak kenal hehehe...
Selalunya kalau I nampak sesiapa from my old school I buat tak kenal jer unless kawan-kawan perempuanlah. Kalau lelaki tu malas I nak beramah tamah di tengah orang ramai.



Abang tunjuk gesture yang Adik kemetot hahaha...

Malam tadi kan malam 27 Ramadhan so kemungkinan malam Lailatul qadar selalunya jatuh pada malam yang ganjil. So pagi tadi I tanya my husband, "Yang, cuba tengok pokok semua tunduk ke tak.....malam Lailatul qadar ke?'
Him: 'memanglah pokok tunduk sebab pagi tadikan hujan ....... pokok berat sebab air hujan"

-_________________________-


sabar jerlah...nasib baik bulan puasa.

Monday, July 13, 2015

Ramadhan 2015: Day 25 Berbuka with Family

Salam,

Dah masuk minggu terakhir kita berpuasa. Insyaallah kita akn beraya hari Jumaat ni.

So yesterday I was scrambling buat persiapan last minute beli baju raya budak-budak. 
Nasib baiklah One Utama kosong so senang nak parking. Tak koserlah nak pergi bazaar raya kat PWTC tu sebab tengok gambar dari Instagram pun dah seram ....punyalah ramai orang. Lepas tu kena ambik nombor beratur nak masuk. No way I'm gonna bersesak-sesak semata-mata nak cari baju raya.

Selamat dah semalam beli baju jalan-jalan for the kids. Budak-budak ni kejap jer pakai baju raya pastu mesti 'menggeletis' nak tukar baju. Dapatlah the girls T-shirt 2 pasang sorang and Abang 2 pasang seluar baru and a new t-shirt. Baju melayu dan baju kurung dah kawtim awal-awal lagi so tak payah nak fikir lagi.
Kasut Raya jer yang tak beli lagi, maybe beli kat Jelly Bunny jer udah. 

Mak tahun ni tak ada baju baru accept the jubah that my dad belikan from Mekah. Actually bila dah jadi mak-mak ni keperluan anak-anak sentiasa diutamakan. I pun tak kisah sangat sebab ada baju raya tahun lepas yang I pakai sekali jer so no hallah kalau repeat pun.

Abang kami dah selamat jemput from hostel last Saturday. 2 minggu budak tu cuti Raya. 
Dia ingat dia boleh bersenang lenang dirumah....hmmm silaplah cause I have a lot of things for him to do. Muahahaha....

House chores for him :

1) Basuh toilet
2) Mop lantai
3) Tukar langsir
4) Bersihkan lampu and kipas.
5) Lepas raya ingat nak suruh dia cat balik dinding hall. (bulan puasa tak sampai hati nak suruh sebab penat puasa)

Wah banyak pulak choresnya....dah macam maid for hire pulak hahaha....

Anyway, semalam I berbuka puasa at my parent's. Semua adik beradik, ipar duai, anak-anak buah balik berbuka puasa. Memang meriah sangatlah semalam. Happy my mom sebab dapat berbuka puasa dengan semua orang.



my mom belanja kami makan satay Samuri semalam. Makanlah 100 cucuk sampai muntah.
I made puding roti special request from my youngest sister. Nasib baik sodap hahaha....mesti korang kata puding roti bukannya susah sangat pun =P
Then I sponsor air macam-macam jenis. Kebetulan semalam pergi Giant ada pulak bottle coke tulis 'Atuk' dan 'Nenek' terus beli. Then I beli murtabak Singapore.
My youngest sister pulak goreng kuew teow sedap ...licinlah bekas tupperware tu. Bertambah-tambah Abang makan. Siap cakap makcu goreng kuew teow sedap....inilah kuew teow tersedap dia dapat sepanjang Ramadhan. Kembang montot makcu dia.
My other sister tukang beli satay. Alhamdulillah.



Rumah meriah semalam tapi I lupa nak tangkap gambar cause sibuk nak siapkan meja makan. 
Yang ada pun gambar my youngest nephew melekap kat daddy dia macam kangaroo cause takutkan Pak Long dia (my husband). Hehehe.....padan muka tak boleh notty-notty.



Dapatlah seketul hamper tahun ni. Alhamdulillah.

Counting days to Raya as I am still working this week till eve of Raya #cry
Nasib baiklah I'm a local.....kalau kena Raya ke Utara atau Selatan mau nangis sebaldi. 

Tahun ni tak ada orang sudi nak hantar kad raya kat Akak...sedih Akak tau. 

Friday, July 10, 2015

Ramadhan 2015: Day 23 Happy Birthday Tun

pic courtesy of google

Happy Birthday Tun Dr. Mahathir.

May Allah give you health and bless you always.

You're always my idols regardless of whatever people say about you.


Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Nasi Impit

Salam Khamis,

Kuih Raya Akak dah selamat ambil dari rumah mak Akak semalam. Tapi Akak tak keluarkan dari plastik lagi sebab kalau keluar kang laju jer habis kuih tart tu sebab ada hantu tart nenas kat rumah. Tak sempat nanti nak bubuh dalam balang kuih raya. So biarkan kuih tu semua dalam plastik sampai dah dekat Raya baru kita keluarkan.

Hujung minggu ni Abang balik cuti Raya untuk 2 minggu. Akak ingat Akak nak buat duty roaster suh budak-budak ni kemas rumah dsbgnya. Kalau tak bagi instruction nanti masing-masing buat bodoh mengadap computer jer. Adik dan Kakak pulak mula bercuti sekolah hari Rabu depan. Rasanya tahun ni cuti Raya paling singkat kot sebab Rabu satu lagi dah sekolah balik. Maknya pulak cuti sakan 5 hari lepas Raya sebab terpaksa ambik block leave. Benci sangat dengan rule kena ambik block leave 5 hari ni. Membazir cuti ai tau.

Semalam Adik teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Terpaksalah sebelum buka puasa tu merebus nasi impit instant. Nasib baiklah ada kuah kacang dalam peti ais so tambah air dan panaskan jer. Tak sempat sejuk lagi nasi impit tu Adik dah potong makan. 
-_______-


tak sempat Raya lagi dah selamat merebus nasi impit



Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan 2015: Day 21 Parcel dan kuih

 Alhamdulillah pagi ni hujan. Nyaman sekali selepas beberapa hari panas terik.
Husband Akak kata pagi tadi masa dia pergi solat Subuh di masjid, penuh saf sampai belakang. Ialah 10 malam terakhir ni orang berlumba-lumba nak mengejar keberkatan dan malam Lailatul Qadar. Alhamdulillah. 

Tahun ni Akak tak buat persiapan raya awal macam tahun sebelum-sebelum. Macam rilek jer tahun ni. Barang baru yang Akak beli ialah alas meja makan. Itu pun sebab dah boring tengok corak alas meja lama tu.

Weekend ajak ayah dan budak-budak keluar cari baju raya depa buat tak tahu jer. Semua muka tak interested jer nak keluar rumah. Agaknya sebab panas tu yang semua malas.

So terpaksalah Akak cari alternative lain....shopping online. Kalau tak tak berbaju rayalah budak-budak tu nanti. Gigih pergi korek cari tali tape measure ukuran badan budak-budak ni. Nasib koranglahkan kalau tak berkenan apa yang Mama beli sebab semua jual mahal bila Mama ajak pergi kedai.

 Minggu ni dah selamat sampai dua parcel jubah dan baju Kakak dan Adik.
Amin....kalau tak korang rayalah pakai seluar jeans dengan t-shirt. Adik sah-sahlah tak boleh pakai baju tahun lepas sebab tetiba tahun ni dia meninggi banyak.



shopping jubah di Nile.com.my. Senang membeli belah dihujung jari ni.
Letak alamat ofis senang....kalau letak alamat rumah nanti banyaklah ayah budak2 ni bersoal jawap hehehe...



Beli blouse untuk Kakak dan Adik di Zalora
Senang kerja mak korangkan. Ni pun rasa macam nak beli jubah sendiri online jerlah. Adik Akak kata minggu lepas dia pergi Bella Ammara on weekdays, orang beratur panjang nak masuk butik. 
Koser Akak nak pergi bersesak-sesak sebab nak shopping baju raya.


kuih raya pulak adik Akak dah kawtimkan. Dia nak pergi beli kuih raya so dia tanya Akak nak beli kuih raya, dia belikan sekali. Takat ni baru 4 jenis....tengoklah nanti kalau mood baik boleh buat sendiri atau tunjuk-tunjuk jerlah nanti.

So macamana persediaan raya 'uolls'? Dah siap 100% ke?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin