Assalamualaikum,
School holiday is just around the corner. Syoknyalah hai budak-budak cuti sekolah 2 minggu. Kalau kita yang bekerja ni boleh cuti macam budak-budak sekolahkan best.
I will be taking leave 2nd week of the school holidays, InsyaAllah. Cuti pun tak apply lagi ni, hopefully boss approve ler. My boss tu sekarang angin puting beliung dia bukannya betul sangat pun. Asyik nak naik angin jer kerjanya.
Petang ni nak kena pergi jemput anak bujang tu balik dari hostel. Next year MRT kat rumah I tu siap, baliklah sendiri. Malas Mama nak pergi jemput lagi. Lebih-lebih lagi kalau petang Jumaat tau-tau jerlah jalan jam gila. Nak sampai hostel Abang kat Cyberjaya kadang-kadang makan masa sampai 2 jam. Ikutkan kalau tak jam dalam sejam macam tu boleh sampai dah. Kematu bontot duduk lama-lama dalam kereta tau.
So my father dah selamat sampai kampung malam tadi. Satu bag penuh dengan souveniers from Mekah dah selamat kami selongkar hahahaha....jahat sungguh itu yang diselongkar dulu.Ada jubah, songkok, air zam-zam, kismis, kurma dan hadiah-hadiah lain for us and the rest of the clan. Paling penting my father sihat balik dari mengerjakan ibadah umrah.
My father kata sekarang ni kat Mekah panas dan berhabuk disebabkan construction around masjid. So hidung dia berdarah sikitlah. Then his hotel is about 3km from the Masjidil Haram. So daily memang berjalan jauh jugaklah. Keluar pagi selalunya lepas isya' baru balik hotel. Boleh tahan jauh jugaklah walaupun untuk orang 'muda' macam I. Nasib baiklah my father ni routine dia berjogging hari-hari so tak adalah difficulty sangat berjalan jauh naik dan turun bukit. My mother kata nasib baik jugaklah dia tak ikut sebab dia dah tak daya nak jalan jauh. Haritu my sister bawak jalan ke IOI Mall pun dia dah sakit pinggang berhari-hari.
few of the jubah that he got for us.
No comments:
Post a Comment