Salam Jumaat,
Hari ni nak cerita pasal peminta sedekah asing yang makin ramai di area rumah I.
Boleh kata hari-hari ada jer peminta sedekah kat jalanraya.
Bertukar-tukar orangnya. Hari ni tengok perempuan, besoknya perempuan pulak tapi bangsa yang sama.
Derang mintak sedekah time traffic light warna merah. Dia akan jalan dari kereta ke kereta mintak duit. I feel it's a bit dangerous to them and also to the motorcycle rider. Silap-silap boleh accident.
Mula-mula tu kami bagi jugaklah tapi kalau dah hari-hari ada jer yang mintak sedekah macam ni, kitaorang sekarang ignore jer.
Ada sekali tu my husband kata dia nampak sorang peminta sedekah ni time mintak sedekah tu jalan macam mengheret kaki yang sakit tapi bila jalan balik ke depan arah traffic light tu eloklah pulak kakinya berjalan. Berdosa pulak nak menuduhkan.
dah jadi macam pemintak sedekah kat Jakarta pulak
Bunga-bunga putih atas dashboard tu anak dara bungsu yang buat :D
Semalam kami makan malam di warung Tomyam tempat biasa area rumah.
Tengah makan datang perempuan asing (tak tahu bangsa apa) dukung anak tepi meja.
I tak tahu apa butir bahasanya......mintak sedekahlah agaknya.
I just geleng kepala. Hujung-hujung I dengar perkataan 'please jer'.
Adik kata dia dengar macam perempuan tu nak RM10. Wow peminta sedekah sekarang pun dah pandai letak harga.
Anyway, I jarang bagi sedekah kat bangsa asing macam ni sebab selalunya derang ni sindiket.
Ntahlah.
Memberi tu lebih baik dari menerima tapi zaman sekarang ni ramai penipu dari yang genuine.
No comments:
Post a Comment