Hallo....hallo....seronoknya cuti panjang.
Akak hari Khamis lepas dah cuti, ingatkan nak pergi settlekan hal perbankan yang asyik tertangguh tapi pagi-pagi dah dapat call dari bapak Akak. Dia accident, kereta masuk longkang. Teruk jugaklah sampai kereta tak boleh nak jalan.
Lepas mandi tak sempat breakfast berdesup pergi tengok kereta orang tua tu.
Rasanya rod kat bawah tu dah bengkok. Terpaksalah panggil tow truck seret pergi bengkel.
Tapi sebelum tu kena pergi balai polis dulu buat report sebab nak claim insurance.
Tapi walaupun dah buat report kat balai polis kat TTDI tetap kena pergi Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk tangkap gambar.
Nasib baiklah sempat makan heavy breakfast sementara tunggu tow truck datang.
Kalau tak mau kebulur kitaorang sebab banyak benda nak kena urus.
Dari Jalan Bandar kena pergi Perodua Segambut. Nak cari Perodua Segambut ni lagi satu hal. Nasib baiklah ada Waze, selamat sampai.
Almost pukul 4 petang baru settle. Lepas tu terus ke Cyberjaya untuk jemput Abang balik cuti long weekend.
Kesimpulannya kereta bapak Akak kena duduk kat Perodua for 3-4 weeks. Sekarang ni patah kakilah orang tua tu. Nak pergi masjid jalan kaki jauh sangatlah pulak. So terpaksalah dia memerap kat rumah jer.
kereta baru guna tak sampai 4 bulan dah selamat masuk longkang.
Mak Akak terus tak terkata apa dah. Komen banyak-banyak kang kena marah hehe...
kejadian pukul 6 pagi hujan renyai-renyai.
Kitaorang dah pesan jangan ikut lorong sempit tu tapi biasalah .....(malas nak cakap. Kang termengumpat bapak sendiri pulak hahahaha)
Jakun Akak masuk KL. Lama dah tak lalu lebuh Ampang tu.
Dulu time sekolah hari-hari lalu sini sebab nak kena kejar bas Seri Jaya balik rumah.
Kalau hari biasa tunggu bas depan Krftangan tu jer, kalau terlebih rajin terus pergi Kotaraya.
Kalau korang terrer cuba teka Akak sekolah kat mana?
papan tanda pun terbalik...ko mampu?
Rupanya Sinar Kota dah jadi perhentian bas....Akak baru tahu Khamis lepas. Nampak tak berapa lama tak jejak kaki kat situ. Kalau time muda remaja dulu itulah tempat bertenet....eh =P
Akak sebenarnya nak cerita pasal Butik baru Vendville tapi nantilah Akak sambung lagi sebab nanti panjang pulak post ni.
Akak cuma nak cakap penat gak duduk rumah 4/5 hari cuti sebab hari-hari nak kena masak banyak-banyak kali untuk isi perut-perut naga kat rumah tu.
No comments:
Post a Comment