Sambung balik kisah balik dari kenduri kahwin di Muzium Sultan Alam Shah haritu.
Sebelum pergi lagi I dah sound the husband kata dah alang-alang sampai Shah Alam I nak pergi Seksyen 7. Kat sanakan prime area banyak butik-butik muslimah femes amos.
Tujuan sebenarnya nak pergi butik Bella Ammara. Excited sangat nak pergi sebab Bella Ammara buat sale sempena soft launch. Bergasak-gasak orang pergi membeli sampai kena ambik nomborlah on the first day tu sebab ramai sangat.
Butik located belakang bangunan JM. Kira satu jalanlah dengan Sugarscarf dan butik2 lain tu.
Nasib baiklah Akak pergi hari kedua tu dah tak payah ambik nombor. Kalau tak mau aku kensel beli. Tak laratlah nak menunggu nombor giliran.
Cantik interior butiknya tapi idoklah I mengambil gambar sebab keseganan pulak. Almaklumlah masuk sorang-sorang, so macam pelik nak snap-snap gambar. Pastu terpegun pulak melihat owner butik Bella Ammara yang cantik itu. Kecik jer orangnya.
I managed to grab one Pudore scarf (RM49) and satu jubah Pudore (RM159). Jubah simpan untuk raya Haji. I nak puji staff-staff di Butik Bella Ammara semua very helpful dan friendly. Tapi kalau nak pergi butik ni kena bayar semua cash ya sebab they do not accept credit card or debit card.
me selfie dengan kadar secepat kilat dalam butik sebab segan.
Masa nak pergi balik ke kereta tu, nampak ramai orang sibuk ambik gambar. Rupa-rupanya di lorong belakang tu banyak wall painting. So ramai yang take the opportunity untuk bergambar.
me in Bella Ammara jubah. Baju raya hari tu. Jubah dia memang comfy sesangat.
tudung kilat baru kita hehe
No comments:
Post a Comment